February 03, 2009

KENAPA? KENAPA? KENAPA?


Kenapa aku sering kali kena buat sesuatu yang aku tidak suka? Kenapa benda yang aku tidak suka itu acap kali datang mengganggu hidupku? Kenapa aku tidak boleh kata tidak pada sesuatu yang aku tidak suka?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Persoalan kenapa ini bertubi-tubi menerjah ke dalam kotak fikiranku. Aku seperti orang yang hilang arah dan tidak keruan. Aku tidak tahu apa yang perlu aku buat untuk menanganinya. Aku buntu, kaget dan masih tercari-cari…………

(Suspen tak intro…… hahahahaha….mesti korang tertanya-tanya apa kes lah mamat sorang ni…..)

Kisahnya begini…..

Aku telah disuruh pergi berkursus mengenai cara-cara memuat turun maklumat ke dalam web portal.

(Mungkin sekarang ni korang tengah gelakkan aku.... ha... gelak la..gelak.... korang mesti kata…. ‘Ala benda kecik pun nak kecoh’ Korang tau tak benda kecik ni besar ertinya buat aku…. korang pun tahu aku ni fobia pada komputer dan teknologi….aku bukan seperti pemuda tipikal yang menggemari segala macam jenis teknologi baru… sedangkan excel pun tak lepas inikan pula web portal..)

Pensyarahku pernah berkata bahawa orang PR ni kena sentiasa perbaharui isi kandungan dalam laman web syarikat. Intepretasi aku, orang IT yang akan tolong muat turun segala macam nika maklumat tersebut ke dalam web dan aku hanya perlu sediakan kandungannya sahaja.Rupa-rupanya aku tersilap percaturan. Bukan sahaja aku perlu sediakan kandungannya tetapi aku juga perlu melakukan kerja-kerja memuat turun.

(I tell you… benda ni bukan sesenang memuat turun entry ke dalam blog…. Banyak betul prosedur yang perlu diikuti…. P/S: memuat turun tu download yer… kepada sesiapa yang masih keliru dgn istilah tersebut)

Selama sehari aku pergi belajar benda alah ni dari pagi sampai petang. Kakak yang ajar aku tu pun pening sebab aku asyik tanya macam mana nak buat itu dan ini.

(malas bertanya sesat jalan…betul tak?)

Selepas sehari suntuk belajar mengenainya tanpa kenal erti penat dan jemu aku berjaya memahaminya. Itu pun aku perlu banyak berlatih lagi. Aku pasti aku akan berjaya memuat turun maklumat tersebut walau apa jua rintangan yang melanda.

(Hehehehe….. aku tau korang mesti kata aku over benda kecik ni pun nak berintangan bagai…mcm nak naik Everest jer… tapi korang tolong lah faham aku…. Aku memang fobia tahap dewa benda2 mcm ni)

Tamat sahaja kursus Manager aku pun membuka mulut, seraya berkata,

“Awak jangan lupa apa yang awak belajar tadi… nanti esok2 awak ajar saya pula macam mana nak download dan update website kita tu”

Aku membalas,

“Boleh Puan……. No hal la…. Nanti saya ajar”

(Dalam hatiku…mampos! Aku pun bukan paham sangat buat benda ni…main angguk-angguk jer bila dorang ajar…bukan apa… aku tak nak kecik kan hati dorang…ye la dorang ajar bagai nak rak... yang aku ni masih tak paham2…nnt ape kata dorang pula…)



Sekian…….

10 comments:

  1. Wow, very unique blog.
    Fantastic pictures.
    I like your blog.

    Let's join to stop global warming.
    Please visit:

    http://globalgreenview.blogspot.com

    Keep blogging.
    Save our planet.

    ReplyDelete
  2. Hi… u has been tag by me…
    It’s for fun…
    Enjoy!!!

    ReplyDelete
  3. ahahah...
    ktrang mmg tau sgt la ko 2 fobia ngn teknologi..
    masih terngiang2 da dlm pale otak ni satu dialog 2..."apa???zul ada buat fb?lg da pndi buat blog???wahahaha....betol ke apa yg aku dengar ni.."haha..lebih kurang cm2 la..hihihi..

    ReplyDelete
  4. Hey.......
    Fami!
    Bukan main lagi kau kan...
    Itu semua berkat Pn Bani ajar New Media Technology....
    Hahahahah...

    ReplyDelete
  5. company takde hire outsider pny specialist ker..company cut budget kot en. john..gue pn buat bnda yg sme tpi juz input data aje..bab2 upload ni outsider yg buat..

    pape pn, selamat berjaya en. john..may luck b beside u..

    ReplyDelete
  6. gile r..
    kalau aku pon..xsgup aku nk wt kje ko tuh..
    mst terkontang-kanting gak r..
    hehe..

    p/s aku update blog tp cite ckit je..

    ReplyDelete
  7. To Hukuku...
    Ntahlah....tak pasti semua itu..
    Mungkin sebab web portal tu utk internal je kot...
    Thanks for the wish...
    U too za....gud luck

    ReplyDelete
  8. Hi Ida...
    Ok nanti aku lawat blog kau...

    ReplyDelete
  9. yo bro! again kursus about IT... TM is really the right place for u la..hahaha...blaja je...kot2 nanti taknak jd PR boleh wat website ;p

    ReplyDelete
  10. hahahahaah...
    iezy dont try to be sarcastic....
    hahahahaha....
    selalunya macam tu la...
    benda yg kita tak suka itu yang kita kene buat...

    ReplyDelete