November 22, 2009

Proses Penuaan

_ _ _ e!

Berapa ringgit mau naik ini benda?

Eh...Eh...budak ni suka hati je panggil aku _ _ _ _ e!

_ _ __e ! I want two tickets.

Ahhhh...lantaklah malas nak layan suka hati korang la nak panggil aku apa.

_ _ __e ! boleh naik dua orang tak?

Eeeeee....dia panggil lagi.




Ini mendatangkan marah ni suka hati jer panggil Mr Jon UNCLE!

Tidak semena-mena Mr Jon pun naik HANTU!





Hey you.... what’s your name?

I’m Sarjeet Singh.

Sarjet sayang intan payung berlian emas permata please dont call me UNCLE. Call me abang ok....



Haih! Apa kena dengan Mr Jon ni tetiba sentap orang panggil dia UNCLE!

Kah..kah..kah... bukan apa sejak Mr Jon menjadi sukarelawan kat Petrosains ni budak-budak sekolah yang datang sini suka benar panggil Mr Jon uncle.

Mr Jon lebih berbangga sekiranya mereka memanggi Mr Jon sebagai ABANG dan bukannya UNCLE!

Sebabnya................


Mr Jon still young and hot! (tak layak di gelar uncle)

Hahahahahahahahahah....

Wuuueeekkkkkkkkk!

Apa ni angkat bangkul sendiri! Silakan kalian muntah secara berhemah.




Apa kena dengan kau ni Mr Jon! Benda macam ni pun nak sentap. Terimalah hakikat Mr Jon oiiii yang diri anda kian dimamah usia.

Untuk pengetahuan semua Mr Jon baru sahaja mencecah umur 23 tahun.

Lagi 2 tahun 25 tahun.

Lagi 5 tahun 30 tahun.

Ya Tuhan! cepatnya proses penuaan ini berlaku.

Orang kata, “Age is just a number”

Orang lah kata bukan Mr Jon kata. Betul ke?

Memang la umur diklasifikasikan sebagai nombor. Takkan la huruf pulak.

Ada orang kata huruf 1,2, 3........takde kan.... Orang kata nombor 1,2,3.....

Ahhhh! Sudah....jangan asyik dengar kata orang jer dengarlah kata hati anda sendiri.

Masalahnya umur ni bukan macam berat badan boleh turun naik.....umur ni nombor dia naik tak turun-turun.

Pokoknya sekarang Boss Mr Jon telah meraikan hari lahir Mr Jon di pejabat dengan sebiji kek coklat yang lazat lalu disertakan dengan aneka makanan yang menyelerakan.



Ya Tuhan! Mr Jon terkesima dan terharu.

Lepas habis waktu pejabat sekali lagi Bos dan rakan sejawat Mr Jon telah bermurah hati membawa Mr Jon melontarkan vokal Mr Jon yang tak seberapa ni pusat karaoke.

Hahahahahhaaha....mula-mula Mr Jon malu-malu nak nyanyi. Mr Jon duduk dalam keadaan sopan dan anggun.

Kemudiannya, sorang nyanyi, dua orang nyanyi dan.....


Tak boleh tahan...Tak boleh tahan..... lalu Mr Jon menunjukkan diri yang sebenar....

Sexy back.......sexy back.....

Hambik kau! Mr Jon bertukar menjadi Mr Justin Timberlake. Siap menari bagai.




Nak...nak pulak kawan Mr Jon yang sama giler karaoke ada di situ yakni, Mr FJ.....apa lagi naik hantu la kitorang menyanyi.

Selepas habis berkaraoke, tetiba rasa keinsafan mula menyelubungi diri Mr Jon.

Ya Tuhan....apa yang kau dah lakukan ni Mr Jon. Serius dekat seminggu Mr Jon malu pada Bos kesayangan Mr Jon dan rakan-rakan sejawat yang lain.

Mana taknya.....dekat pejabat Mr Jon punyalah protokol dan baik manusia, bak kata pepatah pijak semut pun tak mati.

Tapi bila dapat mikrofon sebiji terus bertukar menjadi macam orang hilang akal dan naik seh!

Hahahahahahahaha......tu lah terlajak perahu boleh diundur terlajak tindakan malu lah.. jawabnya.


Konklusinya, saban tahun kita meraikan hari lahir. Bukan seberapa besar sambutannya mahupun seberapa banyak hadiah yang diterima. Tapi tanda ingatan dan ucapan kata-kata indah itu menjadi taruhannya. Lebih penting hari lahir adalah masa kita menzahirkan kasih kita pada mereka yang kita sayangi.



Sehingga kita bertemu lagi.

November 03, 2009

HOLA!

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, sedar-sedar hampir 4 purnama blog ini terbiar sendirian membawa haluannya umpama kapal tidak bernakhoda. Si penulis blog diam membisu seribu bahasa langsung tidak berdecit.

Agaknya apa yang telah terjadi?

Semua orang cepat......

Fikir di luar kotak, Fikir di luar kotak....


MANA PENULIS BLOG INI MENGHILANG DIRI?


Apa binatang fikir di luar kotak ni?

Ala...orang putih kata,

THINK OUT OF THE BOX


Sebenarnya, tidak ada apa yang terjadi terhadap penulis blog yang kononnya ingin menjadi penulis profilik ini. Beliau yang bernama Mr Jon ini dalam keadaan sihat tubuh badannya tapi jiwanya kacau.


Ha! Jiwa kacau? Apakah itu?


Mr Jon dalam proses mencari diri. Tu pasal la menghilangkan diri. Cett ! sangat poyo MENCARI DIRI KONON !

Silakan kalian muntah sebanyak satu plastik.

Biasalah setiap orang ada masalahnya sendiri. Begitu juga Mr Jon. Lepas habis belajar hari tu macam-macam telah terjadi. Pergi temuduga kerja sana-sini, masalah hubungan sesama manusia, masalah persahabatan, masalah cinta.....

Aik! CINTA.... hahahahhaha...abaikan Mr Jon tiada masalah dalam percintaan.

Semuanya datang dalam satu pakej yakni datang bertimpa-timpa pada masa yang sama. Cukup setakat itu penulisan bercorak luahan hati kerna ini bukan ruangan meluahkan perasaan.

Sekarang Mr Jon sudah pun berkerjaya. Tuhan telah mengabulkan doa Mr Jon. Sudah 3 bulan Mr Jon bekerja. Hahahahaha.....sudah punya wang sendiri. Jadi Mr Jon punya sukalah nak buat apa dengan wang tersebut.


NAK JOLI SAKAN KE...... BERLIBUR DAN BERHIBUR BERSAMA TEMAN-TEMAN KE NAK MELABUR DI PUSAT-PUSAT MEMBELI BELAH KE....AKU PUNYA SUKALAH!


Ya rabbi! Berlagaknya budak ni...... Mr Jon tolong ingat masa depan. Simpan duit untuk masa depan yang belum pasti.

Puasa sudah, raya sudah, konvokesyen pun sudah. Kini apa lagi yang Mr Jon tak sudahi!

Banyak sebenarnya cukup banyak.....tapi takkan semua Mr Jon nak cerita dalam entry ini.

Nanti, di kemudian hari Mr Jon akan ceritakan kepada kalian semua cerita mengenai diri Mr Jon.

Mr Jon akan ekspresikan diri Mr Jon semahu-mahunya.

Biar kalian semua jelak dan jemu lalu muntah berbesen-besen.

Kah kah kah.......

Ya Allah....rindunya Mr jon pada dunia blog.

Rindunya Mr Jon pada kalian rakan- rakan blogger.

Mulai hari ini Mr Jon akan cuba untuk kerap menulis di blog ini.

Sehingga kita bertemu lagi di entry seterusnya.

Chow!

June 09, 2009

STATEMENT TAK BOLEH BLAH!


“Orang yang sibuk-sibuk nak buat friendster, myspace, facebook atau segala macam internet social networking ni adalah orang yang kekurangan interpersonal skill tak tahu berkawan secara realiti dan kurang keyakinan diri”

YA TUHAN! Siapa punya angkara ini mengeluarkan pernyataan sedemikian rupa. Berlagaknya! Bercakap tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan ke depan dan ke belakang. Apa bagus sangat ke interpersonal skill dia?

Apa patut kita buat terhadap pencaca yang mengeluarkan pernyataan berbaur berlagak lagi penuh ciri kebongkakan ini.

KITA LAUK DIA!

Bagus jugak idea itu. Kita lauk dia ramai-ramai. Maksudnya kita hentam dia secara fizikal dan mental. Biar dia merana dan hidup dalam keadaan yang hina lagi dina seumur hidup.

BIAR DIA RASA!

Baiklah cukup dengan penyeksaan yang telah dirancangkan itu. Sekarang mari kita selesaikan permasalahan ini secara hati ke hati bertemakan rancangan bual bicara WANITA HARI INI.

Pernyataan bongkak tersebut telah dikeluarkan oleh seorang lelaki kacak lagi bergaya yang kini telah mengaplikasikan penggunaan teknik rebonding di rambutnya bagi menambahkan ke-kacak-kannya. Di samping itu beliau juga mengigihkan diri mewarnakan rambutnya menjadi perang gelap.

Kesannya beliau telah menerima berbakul-bakul komen negatif di atas ketelanjuran perubahan yang dilaksanakan ke atas dirinya. Walaupun begitu, beliau percaya untuk kelihatan kacak bergaya seseorang itu perlu berani menanggung risiko.

HALAMAK! Siapakah orang itu?

DAN ORANG ITU ADALAH............................

MR JON!

Hahahahaha......Silakan anda semua memaki-hamun Mr Jon secara batin. Yakni tidak mengeluarkan kata-kata. Senang cerita maki dalam hati. Tapi tak baik tau maki orang. Tuhan marah nanti masuk api neraka.

Memang benar Mr Jon yang keluarkan statement tersebut.

Mr Jon memiliki blog dan Facebook ketika di semester 5. Itupun sebab disuruh oleh pensyarah. Tekan disini untuk cerita selanjutnya. Kalau tidak Mr Jon tidak punya hati untuk memiliki segala bentuk sesawang sosial (social networking) ini. Pendek cerita Mr Jon ni bukan TECHNO SAVVY.

Sebabnya, Mr Jon rasa macam mencapap pulak letak gambar dalam sesawang sosial tersebut. Sangat bersikap EKSPRESIKAN DIRIMU. Kemudian letak profil diri. Setelah itu add dan approve kawan-kawan sama ada yang dikenali atau tidak dikenali.

Kemudian bermulalah episod cintan-cintun secara alam maya. Lepas tu gaduh pulak. Tinggalkan komen-komen buas dan berbaur cacian.

Yang tak seronoknya. Kawan kita jadi kawan orang jugak. Sudah tidak ada privacy dalam kehidupan. Segala macam aktiviti seharian menjadi tontonan umum.

KAWAN-KAWAN MR JON ketika itu pun berkata......

Zul buatlah friendster..........
TAK MAU!

Zul buatlah myspace.........
TAK MAU!

Zul meh kitorang buatkan…….....
TAK MAU!

KORANG NI TAK FAHAM BAHASA KE AKU KATA TAK MAU TAK MAU TAK MAU LA..............

KALAU MACAM NI LAH......... HANTAR AKU BALIK RUMAH MAK BAPAK AKU.......

Aik! Tetiba pulak ada dialog drama Melayu............. hihihihihihihihi.....sila kalian abaikan....

Blog MELALUT ini pada asalnya dikenali sebagai CERITA SAYA sebelum Mr Jon melaksanakan penjenamaan semula. Blog ini juga dibuat bertitik-tolak dari arahan pensyarah. Kalau tak buat blog maka tiada markah diberikan. Disebabkan ketika belajar dulu Mr Jon terlalu obses dengan markah ditambah lagi ketakutan terhadap ugutan pensyarah itu. Mr Jon akur lalu terhasilah blog ini. Sila tekan di sini untuk cerita selanjutnya.

Kini Mr Jon begitu ligat blogging dan facebooking. Mr Jon telah termakan dengan kata-kata sendiri.

PADAN MUKA AKU!

Benarlah orang kata terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya. Kajang pak malau kajang berlipat, Kajang hamba melintang patah.........

Sudah....sudah.....naik seh pulak bermadah pujangga...

Kini Mr Jon sangat berbangga dengan pencapaian diri Mr Jon yang sudah tidak takut pada teknologi. Bahkan bersedia untuk belajar tentang teknologi baru bagi menambahkan pengetahuan. Anda semua juga harus bangga dengan diri anda kerna punya blog dan sesawang sosial. Akhir kata, TEKNOLOGI MENGUBAH KITA, GUNAKANNYA PADA JALAN YANG BETUL.

SEKIAN,

June 04, 2009

CUBA MENCUBA

Hey...hey...hey....

Aku tak percaya cinta….

Aku tak percaya cinta…..

Aku tak percaya…

C.I.N.T.A


Kah…kah…kah…..pernah tak anda semua dengar lagu yang dinyanyikan oleh Liyana Jasmay ni. Mr Jon pertama kali dengar terus tergelak terkekeh-kekeh. Sebijik cam lagu Avril Lavigne. Mr Jon memang tak suka lagu ni. Tapi yang peliknya kerap betul lagu ni diputarkan di corong-corong radio sampai terlekat dalam kepala hotak ni. Alih-alih sekarang lagu ni sering meniti dibibir Mr Jon.


Hahahahahaha…. Tak pasal-pasal dah hafal lagu ni plak. Sebagai orang kebanyakkan yang tak punya vokal penyanyi, Mr Jon cuba berfikiran positif terhadap Liyana Jasmay walaupun pada dasarnya Mr Jon tak berapa nak suka beliau menyanyi. Tetapi kredit harus diberikan kepada beliau kerna punya keberanian mencuba bidang yang baru. Anda semua apa lagi sila beri sokongan pada Liyana yer.


Bercakap soal cuba-mencuba ni. Mr Jon suka benau dengan lagu CUBA nyanyian Faizal Tahir. Tapi perkataan CUBA ini disebut menggunakan Bahasa Melayu lama iaitu COBA. Memang hebat nyanyian beliau !


Pokoknya sekarang, Mr Jon telah memberanikan diri mencuba ujibakat menjadi pembaca berita di TV3.


Hahahahahaha.....Pengalaman menjalani ujibakat. Sangat memalukan ok!


Mana taknya.....masuk-masuk jer isi borang. Kemudian tidak bersedia lagi terus disuruh berdiri depan kamera dan lampu limpah (spotlight) yang sungguh menyilaukan mata.

Nak tahu siapa yang temuduga Mr Jon.

NURFARAHIN JAMSARI.

Pantas dia berkata,

Please introduce your name, hobbies, interest and your course.


Mr Jon pun menjawab,

Nama saya Zul……. Tettttttttttt!

Eh bukan dia cakap omputih ke nape aku jawab dalam Bahasa Melayu.


Mr Jon teruskan……..

Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda ……Tettttttttttt!

Ya Rabbi…apa kena dengan aku ni. Mr Jon punya gementar sampai nak tukar cakap omputih pun dah tak boleh.


My hobbies is reading, traveling……

Ha… kali ni boleh sikit omputih.


Saya ingin menjadi seorang.......Tettttttttt!

Aik! tukar balik Melayu.............


Sudahnya Mr Jon cakap Bahasa Rojak.....Melayu+English! Adoi! Apa punya bala la. Dahlah sepanjang sebulan Mr Jon menganggur ni…….ujibakat ni merupakan temuduga pertama Mr Jon hadiri.

Alih-alih Mr Jon nebes tak tentu pasal sampai tersasul-sasul jawab soalan. Sudahnya punah ujibakat tersebut Mr Jon kerjakan. Nurfarahin pun dah geleng-geleng kepala tengok gelagat Mr Jon kat depan kamera yang dah macam cacing kepanasan.

You prefer English or Malay........Nurfarahin memecah kebuntuan Mr Jon yang dah tak tahu nak cakap bahasa apa dengan English tunggang-langgang Melayu pun tunggang terbalik.


MALAY…. jawab Mr Jon.


“Ok… give him Malay Script,” beliau mengarahkan krew supaya Mr Jon diberi skrip berita Melayu.

Haih………….nasi sudah menjadi bubur. Mr Jon tak mengharap apa-apa pun. Tiba-tiba tanpa di sangka-sangka. Dua hari kemudian Mr Jon dapat panggilan telefon dari kerajaan untuk temuduga kerja.

Mr Jon pun pergi la. Ya Rabbi ramai giler.............. Mr Jon pukul 8.30 dah duk tercongok kat situ. Ironinya, pukul 1 tengahari baru dia panggil masuk. Dah la sejuk rasa macam duduk dalam iglu kat tanah orang-orang eskimo. Lapar tahap gaban pulak tu!


Tapi demi sesuap nasi Mr Jon gagahkan diri untuk menunggu selama 4 jam setengah. Belajar dari pengalaman. Kali ni Mr Jon tenangkan diri dan cuba menjawab setiap soalan dengan baik..


NAK TAHU APA KERJANYA?


Memantau blog kerajaan.

Haih.....dorang ni macam tahu-tahu jer Mr Jon ni kaki blog. Insyaallah kalau layak depa panggil la Mr Jon untuk bekerja secara kontrak. Kalau tiada Mr Jon akan teruskan usaha memburu kerja.

Kesimpulannya, YANG MAHA ESA telah menjawab rintihan Mr Jon yang menganggur ni. Allhamdullilah, ada juga dipanggil temuduga. Nasihat Mr Jon kepada anda yang menganggur teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada NYA. Insyallah akan di makbulkan.


Sekian,


Wasalam.....

May 26, 2009

APA NAK BUAT NI..........


Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah lebih sepurnama, Mr Jon duduk di rumah. Tiada gerangan pemilik nama Mr Jon ini berbuat apa-apa melainkan menjalankan kegiatan domestik seperti makan, minum, melayari internet dan tidak lupa berpeleseran di kedai-kedai mamak, shopping complex, dan pusat karaoke bersama teman-teman kala kekayaan melimpah ruah.



Tetapi bila kekayaan yang melimpah ruah itu habis dan kering-kontang, Mr Jon mengambil keputusan untuk berpeleseran pula bersama ibu dan makcik-makcik tercinta di gedung-gedung sekitar KL dan juga pasaraya-pasaraya besar yang menawarkan jualan murah. Ini semua dilakukan bagi menghilangkan kebosanan di samping meluangkan masa berkualiti bersama famili. Lagi satu keluar dengan mereka tidak perlu keluarkan duit walau sesen sekalipun. Hihihiihihihihhihi…… heaven sangat!



Sejak bergelar pengggangur ni Mr Jon rasa seolah-olah diri ini seperti tiada masa depan. Seolah-olah diri ini tidak berguna. Yelah duduk rumah goyang kaki sambil tengok WONDERPET. Ianya tidak mendatangkan hasil melainkan Mr Jon dah hafal semua lagu yang dinyanyikan oleh tiga ekor binatang perliharaan dalam cerita tersebut.



INI SERIUS……..


Ada kawan-kawan Mr Jon yang lain telah mendapat pekerjaan. Sedangkan Mr Jon masih terkontang-kanting memburu kerja. Haihhhhhhh……nasib…..nasib….. Puas sudah Mr Jon menjual diri secara beretika di sana sini.



Encik nak beli saya……saya ada degree, dah la baik pulak tu…. Pasti company Encik akan mendapat keuntungan beribu-ribu lemon dengan mengambil saya sebagai pekerja”



“Puan nak beli saya.......saya ni seorang yang berdedikasi lagi kacak bergaya.......saya yakin reputasi syarikat ini akan bertambah baik dengan adanya orang macam saya.”



“Cik, kalau Cik ambil saya kerja, I bet you company ni akan bertambah vogue lagi hebat di mata masyarakat……”



(Sila jaga pemikiran anda Mr Jon bukan buat kerja yang di laknat Tohan!)



Namun, Mr Jon masih belum mendapat wahima sebanyak satu temuduga sekalipun! Sangat menyedihkan. Entahlah, belum ada rezeki la tu gamaknya.



Susah-susah sangat Mr Jon nak jadi parajurit la. Kah....kah...Kah... macam lepas! Mr Jon ni dah la tak berapa nak tinggi ada yang kena tendang keluar dengan Sarjan Misai kang…… Buat malu keluarga dan masyarakat setempat! Eh tapi kan dulu masa sekolah Mr Jon aktif Kadet Bomba. Lagi pula Mr Jon masuk Khidmat Negara (PKN) tau! Bukan nak berlagak tapi Mr Jon masa kat PKN dulu pernah kena jemur dua jam kat padang kawad pukul 1 tengahari sambil berbaring atas tar hitam legam yang panas itu. Takde apa-apa pun sihat jer. Jadinya, Mr Jon mesti boleh lepas ujian nak jadi parajurit nanti.



Hahahahahaha…….sangat menjengkelkan pernyataan ini! Ok sila kalian abaikan….



Tak pun Mr Jon jadi pendidik la dan ambil Diploma Perguruan. Ada orang kata Mr Jon ni boleh jadi guru yang hebat! Hebat ke tak hebat ke see the leg la! Ok satu lagi kenyataan berlagak dari Mr Jon. Sila abaikan juga…….. Kalau Mr Jon seorang guru, Mr Jon nak ajar subjek Sejarah. Mr Jon suka giler Sejarah dan benci tahap gaban subjek Matematik! Mr Jon tahu ramai orang tak suka sejarah. Sebab buta Sejarah la Batu Putih tu terlepas ke tangan Temasik. Sebab buta sejarah ramai orang tak tahu signifikan hak istimewa orang Melayu. Oleh itu, sebagai guru Sejarah Mr Jon akan pastikan anak-anak murid Mr Jon menjadi celik Sejarah!



Ha! Mr Jon dah naik seh dah ni. Korang jangan tak tahu Mr Jon ni berjiwa patriotisme.



Kembali kita ke topik perbincangan yang utama iaitu, APA MR JON NAK BUAT KALAU TAK DAPAT KERJA.



Sertai MLM? Haissyyhhhh….. sejak kebelakangan ni adalah beberapa individu approach Mr Jon masuk MLM. Tapi Mr Jon tak minat la. Serius memang tiada minat. Tapi memang ramai betul orang masuk MLM sekarang ni. Mr Jon tepis semua ajakan mereka itu. Jadi setakat ni MLM tiada dalam perancangan Mr Jon. Hanya satu sebabnya iaitu TAK MINAT! Tapi manalah tahu satu hari nanti Mr Jon sertai MLM pulak dan siap keluar paper lagi jadi jutawan MLM.



Hahahahaha….Oleh itu, Mr Jon jangan nak berlagak, sila jaga bahasa anda….Kata orang terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya….



Buka perniagaan baru! Bagus juga idea ni kan. Mr Jon takdela minat bagai nak gila berniaga ni. Tapi Mr Jon suka la juga kalau memiliki perniagaan sendiri. Persoalannya sekarang Mr Jon nak jual apa? Takkan nak jual diri lagi? Choyyyyyyyy!!!! Kalau masa Raya Puasa ibu dan makcik Mr Jon jual kuih raya. Mr Jon pun selalu la jugak tolong. Kerja Mr Jon sira coklat Almond London dengan gulung tart. Oleh yang demikian, Mr Jon berpendapat nak jual kuih raya sepanjang masa. Tak payah tunggu raya. Hahahahahaha….itu pun kalau ada market dan permintaan dari pasaran. Adakah anda semua sudi nak beli kuih Mr Jon nanti? Sila angguk kepala anda di depan monitor kalau wujud kesudian itu dalam diri anda.



Kesimpulannya, Mr Jon nak cakap apabila anda seorang penganggur anda akan menjadi sorang yang sensitif atau bahasa mudahnya dipanggil cepat sentap. Anda akan jadi seperti perempuan yang datang bulan. Emosi tak stabil. Nak nak lagi kalau orang kata KAU NI APA NAK JADI KERJA TAKDE DUDUK UMAH JER atau malaun yang jumud fikirannya berkata APA GUNA KAU BELAJAR TINGGI-TINGGI TAPI TAKDE KERJA. Akhir kata salam mesra Mr Jon buat anda sekeluarga. Doakan Mr Jon cepat dapat kerja.




SEKIAN…


May 17, 2009

SAYANGI JIRAN ANDA


BOOOOOOOOOOOMMMMMMM!



Jantung Mr Jon hampir gugur apabila terdengar bunyi mercun yang meletup di tepi rumah pada satu malam yang hening.


Huh! Mr Jon mengeluh. “Mungkin ni mercun bom kot,” getus hati kecil Mr Jon tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda kemarahan.



BOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!



Mak kau! Mercun itu berdentum lagi. Lebih kuat dari dentuman pertama. Mr Jon terkejut manja…….walaupun agak manja kejutan itu tapi jantung Mr Jon berdegup kencang.


Kali ini bulu ketiak Mr Jon pula hampir gugur jatuh ke lantai. Namun masih tiada tanda-tanda kemarahan.



BOOOOOOOOMMMMMMMMMMMM!



Bongok la! Mercun itu berdentum lagi. Mr Jon mula menunjukkan tanda-tanda kemarahan kerana kali ini bulu mata Mr Jon gugur lalu jatuh ke dalam anak mata. Mr Jon gosok-gosok mata sampai merah. Ini bermaksud letupan mercun itu telah mencedarakan Mr Jon.


Mr Jon bermonolog…….. “Lagi sekali kalau bunyi memang kena budak yang main mercun ni”



BOOOOOOOOOMMMMMMMMMM !



Sepantas kilat Mr Jon keluar rumah. Cari siapa yang bermain mercun itu..... Budak sebelah rumah rupanya. Kalau ikutkan hati memang kena hamun budak ni. Tapi Mr Jon bagi renungan tajam macam nak telan dia hidup-hidup. Tak sampai hati nak marah. Lagi pula anak jiran sebelah rumah. Budak tu pun dah macam takut-takut jer muka dia. Lekas-lekas dia masuk rumah. Ha! Tahu takut. Nasib la Mr Jon ni punya kesabaran yang tinggi.



Lepas tu terus diam dah takde bunyi mercun dah. Kalau musim perayaan bunyi mercun tu benda biasa. Nak marah pun tak boleh sebab semua lapisan masyarakat bermain mercun termasuklah adik-beradik, sepupu-sepusat, saudara-mara dan jiran tetangga.



Masalahnya, sekarang ini bukan musim perayaan yang memerlukan mercun walaupun bulan Mei ni kita sambut beraneka perayaan seperti Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Wesak, Hari Guru dan macam-macam hari lagi lah.



Esoknya kira-kira pukul 10 pagi.



BOMMMMMMMMMMMMM !



Kesabaran Mr Jon sudah punah seraya Mr Jon melontarkan vokal yang maha kuat yang kenyaringannya melampaui 9 oktaf.



WOOOIIII!!!!!!!!!!!



Jeritan itu di sahut balik.



WOI!



Eh…eh melawan pulak dia…... Mr Jon pun balas balik.



BODOHHHHHHHHHHH KE!



Diam tak berbalas. Kalau jeritan itu dibalas memang Mr Jon akan keluar rumah untuk bersemuka dengan si pembuat onar itu.



Tiba-tiba ibu Mr Jon bergegas ke ruang tamu.



“Bang kau jeritkan sape?” tanya ibu Mr Jon.


“Bodoh mana ntah main mercun pagi-pagi ni,” balas Mr Jon sedikit emosi.


“Eh bang…….bapak dia la yang main bukan anak dia,” kata ibu Mr Jon lagi.


“ Padan la muka kena bodoh. Dari semalam main mercun. Biar dia rasa sape suruh dia main mercun. Itu nasib orang tak cakap bukan-bukan lagi!



Setelah pemikiran Mr Jon kembali rasional. Mr Jon pun tergelak terkekeh-kekeh. Tak pasal-pasal bapak dia yang kena. Pada perkiraan Mr Jon tentulah anak dia yang main mercun sebab semalam punya hal. Rupa-rupanya bapak dia punya kerja.



Mana la budak-budak sekarang tak main mercun bapak dorang pun main mercun sama. Jap lagi dah putus tangan baru terhegeh-hegeh nak masuk TV kata menyesal lah itu lah ini lah nak minta derma buat tangan baru lah.



Itu ok lagi. Kalau cederakan orang lain macam mana. Rumah terbakar ke ? Jiran anda terkejut sampai mati sebab ada lemah jantung ke ? Ha....siapa nak jawab.



Kesimpulannya, Mr Jon sarankan anda hormatilah jiran anda. Jangan buat perkara yang sakitkan hati jiran anda. Nanti tak pasal-pasal boleh bikin gaduh. Kalau tak tahu cara nak hormati jiran pinjamlah buku pendidikan moral di perpustakaan sekolah bacalah bab cara-cara menghormati jiran. Pada hemat Mr Jon mereka yang tidak pandai menghormati jiran ini sebenarnya kurang kesedaran sivik. Harus disekolahkan golongan ini sebaik-baiknya.



Akhir kata,




HORMATI DAN SAYANGILAH JIRAN ANDA.





May 09, 2009

DIA KEKASIHKU



Tidur malam Mr Jon tak lena,
Asyik teringat tentangnya.

Makan Mr Jon tak kenyang,
Asyik teringat tentangnya.

Mandi Mr Jon tak basah,
Asyik teringat tentangnya.

Serba tak kena. Siang terbayang malam merindu,
Semuanya kerna asyik teringat tentangnya.


Masih segar dalam ingatan Mr Jon, bagaimana dia mengalirkan air mata di perhentian terakhir itu. Mr Jon hanya mampu memujuknya supaya jangan menangis. Mr Jon katakan padanya masa akan berlalu dengan pantas sambil Mr Jon menyeka air matanya yang kian deras mengalir berjujuran jatuh ke pipi. Mr Jon kucup tangannya. Tanpa mempedulikan orang sekeliling Mr Jon terus mendakapnya lantas mencium pipinya. Lambaian terakhir itu hilang dalam sekelip mata.


AHAKS! Apakah itu?


Adakah C.I.N.TA.


Ya memang kerana cinta. Peristiwa itu berlaku 4 tahun yang lepas semasa Mr Jon menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dia yang Mr Jon maksudkan adalah IBU TERCINTA!


Betul, masa tu Mr Jon rasa kangen bangat sama ibu. Ye la tak pernah berjauhan.


Ok mungkin ia kedengaran seperti budak lelaki yang mengada-ngada duduk bawah ketiak mak. Heyyyyyy! Aku peduli apa! Sila klik disini untuk kisah duduk bawah ketiak.


Ketika itulah baru Mr Jon rasa betapa peritnya tiada ibu disisi. Tiada makanan sedap…..tiada orang basuhkan baju….lipat…dan gosok….tiada orang kejutkan bangun pagi…..tiada orang yang marah tuala basah letak atas katil…..seluar kecik bergulung-gulung dengan seluar jeans……stoking bau hapak 3 minggu tak basuh….


Kadang-kadang Mr Jon fikir ibu ni macam SUPERWOMAN. Semua kerja dorang buat. Urus rumah lagi, jaga anak, suami dan segala-galanya dari yang sekecil-kecil sampailah yang sebesar-besar perkara. Ibu merupakan wanita yang hebat!


Agaknya macam mana la kalau betul-betul kita ni kehilangan ibu?

Oh! Ibu

Kau disiram bayu pagi

Kehilangan terasa kini

Dan kesepian.. dan aku

Bagai purnama gerhana

Di ibarat lautan kering

Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini

Masih belum sempat

Kubuktikannya kepadamu

Ibu tersayang

Kucurahkan rasa hati


Begitulah bait-bait lagu Oh Ibu, nyanyian kumpulan Exist yang Mr Jon nyanyikan 17 tahun yang lampau ketika membuat persembahan sejurus mendapat segulung sijil dari TABIKA KEMAS.


Hahahahaha.....
Masa tu Mr Jon lead vocal, ntah kenapa pakcik sorang ni asyik jolok mikrofon ke mulut Mr Jon. Agaknya suara Mr Jon sedap sangat kot macam Susan Boyle.


Setelah diberi kepercayaan oleh Pakcik tersebut untuk mengepalai budak-budak lain menyanyi, Mr Jon apa lagi nyanyi la sampai tak hengat dunia.


Perghhhhhhhhhh.....I tell you time tu kan suara tak pecah belum akil baligh lagi la katakan. Mr Jon tarik suara masa korus tu sampai cecah 9 oktaf. Dah saing-saing ngan Mariah Carrey vokal Mr Jon.


Habis je nyanyi Syafinaz Selamat selaku juri lantas memberi komen, “Jon I just like your performance. I’m speechless while listening to your voice. It’s phenomenal”

Paul Moss pula cakap, “It wasn’t a great performance but I enjoyed it”

Hahahahahaha….
ok komen juri itu gurauan semata-mata. Tahun 1992 mereka berdua ini masih belum dikenali lagi secara meluas.


Tapi kan masa tu, Mr Jon tahu nyanyi jer. Tak hayati langsung maksud di sebalik lirik lagu tersebut. Bila dah besar-besar ni baru Mr Jon faham maksud di sebalik lagu tersebut.Ia mengisahkan seorang anak yang kematian ibunya.


Lagu tersebut sangat puitis dan meruntun jiwa jika di hayati setiap bait-baitnya. Mr Jon tidak mahu dan tidak sanggup untuk bayangkan kehidupan tanpa seorang ibu.


Setiap 10 Mei kita menyambut Hari Ibu. Hari Ibu pada kali ini, apa kata anda semua ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu anda sambil memberi mereka kucupan sayang.


Bagi Mr Jon hari-hari adalah Hari Ibu. Bukan maksudnya setiap hari kita perlu ucap Selamat Hari Ibu. Jap lagi ibu anda ingat anak dia buang tabiat dan gila meroyan pulak!


Maksud Mr Jon setiap hari kita perlu berbuat baik dengan ibu. Senangkan hati mereka. Tolong mereka buat kerja rumah atau urut kaki mereka dengan Losyen Mustajab Pati Halia agar mereka sihat dan panjang umur supaya kita sempat untuk membalas budi mereka nanti.


Hahahaha…bercakap soal urut kaki ni. Mr Jon suka pura-pura tidur kalau ibu Mr Jon suruh urut kaki. “Jon urut kaki aku ni,” Ibu Mr Jon mengeluarkan idea bernasnya kala menonton TV. “Krohhhh krohhh krohhh…,” itulah jawapan Mr Jon. “Tengok tu dia buat-buat tidur,” balas ibu Mr Jon. Haahahahaha….Sangat Jahat! Takpe lepas ni tak nak buat-buat tidur lagi.


Seorang ibu senantiasa mengingati anaknya.
Tak kira walau di mana sahaja anaknya berada.
Nama kita meniti dalam setiap doa mereka.
Oleh demikian sayangi dan hargai mereka sebelum masa meragut segala-galanya.


SELAMAT HARI IBU