Showing posts with label AKU DAN KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label AKU DAN KESIHATAN. Show all posts

February 10, 2009

PERUT IDAMAN



Aduhh…………. Aku lemah betulah dengan perut ni!

Makin hari makin membesar…. Dah semakin buncit ni. Malu lah berperut buncit di usia muda ini. Kelihatan seperti bapak-bapak.

Mana taknya sekarang ni duduk rumah. Makan tersangatlah teratur di jaga oleh ibu tercinta. Makan sampai terlebih-lebih.

Kadang-kadang melakukan penyelewengan dengan menelefon ibu di rumah menggunakan telefon office untuk bertanya masakan hari ini


Aku: Hello….Bu…. Hari ni masak apa?

Ibu: Hari ni masak asam pedas ikan pari, telur dadar, sayur campur
taruk cendawan butang, sambal belacan, ulam timun dengan
kembung goreng.
Aku: Perggghhhhhhhh….. Hantarkan kat office boleh tak…Ibu letak
dalam mangkuk tingkat...nanti orang tunggu bawah...

Ibu: Boleh….boleh… boleh…bla! Kau ingat aku dah takde kerja lain
nak hantarkan kau makanan.

Aku: Hehehehe…….ala gurau sikit pun tak boleh…


Masakan ibu ni menjadi motivasi untuk aku bekerja. Habis jer kerja terus balik rumah, tidak merewang ke tempat lain kerana dalam kepala hotak terbayang nasi…nasi…nasi…

(Teringat plak aku cerita Zombi Kampung Pisang….otak…otak…otak… hahahaha… lawak la citer tu.)


Pernahlah aku mencuba melakukan senaman ke atas perut ini supaya kempis. Tapi….GOSH! Cramp kejap perut time tu….Sampai aku terpaksa berbaring beberapa ketika menahan kesakitan. Puncanya…..aku pergi buat sit up 30 kali tanpa henti.

Hahahahaha…
tak pernah-pernah buat sit up…pastu buat sit up terus-terus 30 kali. Ha rasakan lah…….. Insaf aku lepas tu nak buat sit up.

Benarlah orang kata ‘Beauty is Pain’.

Then…. Aku cuba melakukan tekan tubi (pumping) pula. Belajar dari kesilapan aku buat sikit-sikit.hari ini 10 esok up 15 pastu up 20 sampailah 30. Seminggu jer aku buat….. kemudian datanglah penyakit malas aku.

Losyen Mustajab Pati Halia pun aku sapu kat perut sampai rasa nak tercabut kulit perut aku…Pedih! Tak juga berkesan. Hehehehe…aku kejap sapu kejap tak sapu…. Ya Ampun…. I tell you…. Losyen ni panas nak mampos!





Macam mana lah nak memiliki perut yang kempis dan menawan kalau cita-cita tak seiring dengan usaha.



Aku takut kalau tidak melakukan sesuatu ke atas perut aku ini dari sekarang. Kemudian hari nanti ia akan kelihatan seperti ini:



Aku juga takut setelah melakukan senaman perut aku akan kelihatan begini pula:



Kalau macam ni lah perut aku….. MY GOODNESS GRACIOUS! Seolah-olah mengalami gejala ke-bengkak-kan yang teruk pada perut.


TAK MAU!

Perut idaman aku ialah yang kempis, tegang, anjal dan tidak menggeleber. Orang putih kata very lean.



Agaknya bila la aku nak dapat perut idaman itu?



Sumber gambar:
bijakfajar.files.wordpress.com/2008/09/gendut.jpg
i.ehow.com
e-anggun.com/images/losen_halia.gif