February 16, 2009

CARI…..TAPI TAK PERNAH JUMPA.

Sekarang ni kalau buka mana-mana tv tak kira la tv berapa pun tv1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ker….pasti ada cerita hantu. Macam-macam versi. Tapi dalam banyak-banyak tu aku paling suka cerita KEKASIH KU SERU.

(Hahahahaha….tak pernah miss tau…kalau miss pun beberapa minit jer…tu pun aku akan tengok balik kat tv3 online…)


Suka tengok watak makcik kepada Mas Suri tu….apa ntah nama beliau…beliau sangat pandai berlakon...Hantu-hantu dalam cerita ini macam betul dan adakalanya sangat menyeramkan.


Kadang-kadang aku bersiap sedia dengan bantal untuk menutup muka…..kalau-kalau ada adegan yang mengejutkan….


(Hahahahaha…. bukankah aksi menutup muka dengan bantal itu kelihatan comel? Sudah-sudah…kita kembali)


Baru-baru ini layan drama seram KELIWON. Aku rasa bagus drama ni walaupun bukan drama seram berepisod. Penceritaanya menarik dan setiap watak berjaya dibawa dengan berkesan oleh para pelakon.



Tak macam cerita PUAKA NIYANG RAPIK yang merepek itu. Hantu telah hilang sifat exclusivity dalam cerita tersebut. Mana taknya dimana sahaja terdapat hantu tak kira pagi, petang, siang dan malam. Sehingga hilang keterujaan aku menontonnya.



Baiklah……


Kata-kata di atas itu hanya mukadimah sahaja. Sebenarnya aku nak ceritakan masa lepas habis SPM dulu dan awal-awal aku form 6…..aku dan rakan-rakanku telah membuat kerja….yang bila ku fikir-fikirkan balik…..sangat bodoh. Huh!


NAK TAHU APAKAH PEKERJAAN ITU?


JAWAPANNNYAAA………


Pergi mencari hantu di lokasi-lokasi yang dikatakan berhantu.


(Masa tu terpengaruh dengan kumpulan ENTITI yang cari hantu…SEEKERS belum glamour lagi…)


Macam bagus jer kitorang time tu. Pergi tanpa membawa apa-apa peralatan mencari hantu seperti pengesan haba atau tok bomoh atau orang yang bijak pandai dalam hal ehwal hantu.


Aku & The Geng pergi mencari hantu hanya berbekalkan keimanan.


Satu hari tu kitorang dapat maklumat hantu terdapat banyak di kawasan perkuburan cina di Bukit Seputeh. Apa lagi malam tu dalam pukul 12 pergi la cari tempat tu. Puas pusing-pusing tapi tak jumpa.


Kemudian kitorang tanya la sorang Pak Guard di stesen LRT berhampiran tu macam mana nak pergi kawasan kubur cina tu. Nak tak nak jer dia jawab….mungkin dia pun berfikir apa budak-budak ni nak buat dekat kubur tu.


Nak puja nombor ekor ker?


Choyyyyyyyyyyyyy…..kitorang kan pergi berbekalkan keimanan. Takkan la nak buat perkara yang dilaknat Tuhan itu.


Akhirnya….macam dah jumpa. Tapi ada seekor anjing hitam yang besar duduk ditengah jalan walaupun puas kitorang bermain-main lampu kereta untuk menghalaunya ke tepi.


Anjing tersebut sangat berpendirian teguh. Beliau tidak mahu bergerak walau seinci pun.


(Heyyyyyyyyy…anjing mana boleh guna beliau….apa lah….)


Operasi malam itu hampa tanpa sebarang hasil.


Kitorang pergi pula ke jirat cina yang lain. Siap dah masuk dalam-dalam. Kubur cina kan berbukit-bukau.


Kereta dipandu perlahan-lahan. Angin malam yang sejuk menyusup masuk melalui tingkap kereta yang di buka sedikit. Sesekali terdengar salakan anjing sayup-sayup kedengaran. Rasa seram mula menyelubungi kami. Bau colok menyengat masuk ke hidung.


TIBA-TIBA!


Segerombolan anjing hitam entah dari mana datangnya mengejar kereta kitorang. Banyak pula tu. Apa lagi kitorang menjerit bukan sebab takut tapi terkejut. Cepat-cepat keluar dari kawasan kubur tu.

Mission failed!


Takde pun hantu. Asyik-asyik anjing hitam yang datang. Mungkin anjing-anjing itu hantu yang menyamar sebagai anjing. Mungkin juga anjing tu nak enter frame masuk dalam cerita di blog aku ini. Perkara ini masih menjadi misteri nusantara sehingga kini.


Ada pula satu malam tu aku tak turun operasi. Menurut rakan-rakanku dorang pergi cari hantu di International Hill……..ala Bukit Antarabangsa la….


Apabila mereka sampai di satu kawasan kereta tiba-tiba terhenti dan sukar untuk dihidupkan kembali. Kemudian mereka terdengar sesuatu.


ADAKAH ITU TANDA KEHADIRAN HANTU?


Persoalan ini juga masih menjadi misteri nusantara.


Sepanjang kitorang mencari hantu. Tiada seekor pun penemuaan hantu dicatatkan.

Tapi menurut seorang rakanku, waktu dia kecik-kecik dia pernah melihat toyol. Masa tu dia dan rakan-rakan se-flat-nya main kejar-kejar waktu malam. Masa sibuk berlari-larian itu tetiba ada satu mahluk kecil yang gendut, botak dan kaler hijau sama-sama lari beriringan dengan rakanku itu ke garisan penamat persis perlumbaan merentas desa.

EHHHHHHHHHHHH! TOYOL LA!


Terkejut Kak Ani la rakanku itu….. lekas-lekas pulang ke rumah sambil beliau menangisi akan penemuan toyol itu.


Kesimpulannya, aku suka tengok cerita hantu tapi yang sebenarnya tak nak dan tak suka pun kalau jumpa hantu tapi kalau Rozita Che Wan teringin nak jumpa.
(Hahahah..…tetiba lak…)




(Aku sangat suka tengok Rozita Che Wan...Dia sangat menawan…lagi pandai berlakon.)



Sebelum mengakhiri warkah ini, ingin aku bertanya kepada kedua rakanku Alizey dan Miss Two Million…..kata nak masuk Seekers….dah sampai musim ke empat dah... takde pun muka korang.




Yang Benar,
Mr. Jon




sumber gambar: www.google.com.my/image

23 comments:

  1. "Aku & The Geng pergi mencari hantu hanya berbekalkan keimanan."

    hahahah..aku gelak sampi kua air mate bace blog ko nie jon..

    weh aku nak sambung sikit nie..

    " kiteorg sampi di LRT seputeh(aku xsure sbb x igt name LRT station 2) jam exectly 12am and hari 2 khamis malam jumaat,yg drive kerete pade mlm 2 adelah seekor unta(hahaah)...

    boleh pulak Amir stop kat station 2 and cakap kat ade satu abang ni die nak smoke..ame cakap "bang! mane kubur cine taman seputeh??kawan saya tinggal kat situ) abang 2 pon tengok jam kat tangan die, pastu die light up rokok die 1st then die cakap x tau..(mesti abang 2 igt kiteoeg nie antu or maybe die antu yg kite sedang cari2)..

    tapi kenangan mencari hantu sangat best even x pernah jump pon antu 2..HAHAHA

    p/s: Jon aku malas la nk join games2 cari antu sume nie..bia uncle 2 cari Unkul sampi jumpe..

    ~Miss LiNNa~

    ReplyDelete
  2. Hahahahahaha....
    Betul apa confident jer kita pegi..takde bawa tok bomoh pun...
    Tu yang aku kata bebekalkan keimanan...
    Kanak2 ribena betul masa tu...
    Sampai tahap nak sewa van...semata-mata nak cari hantu..
    TAPI HARAM!
    Sekor hantu pun tak pernah jumper....

    ReplyDelete
  3. haha~
    gelak besa i bce entry u nie..
    nway, nice 2 noe u =)

    ReplyDelete
  4. Hi...good morning QeMa..
    Me too...nice knowing you..
    Mr Jon dulu sangat suka buat benda2 bodoh mcm ni...
    Hahahaha...

    ReplyDelete
  5. hahahah..sewa van..
    siap nak bwt t-shirt lagi...
    hahaah... =).

    but..












    normally bile nak start cari antu kiteorg mesti gi cuci mate 1st..
    hahahaha.,

    Jon!! sebab 2 la kite x dapat tgk antu..sbb da gi cuci mate..

    Miss LiNNa

    ReplyDelete
  6. Ha'ah cuci mata kat lorong haji taib...
    Tgk Mary Lily...
    keluar umah jerrr...dah takde tempat lain dah...straight g sane dulu..

    ReplyDelete
  7. Mary Lily..
    hahahahha..aku da lupe name die.. and there is nyah yang muke sebijik pupa...hahahah..

    Miss LiNNa~

    ReplyDelete
  8. a'ah.xle blah anjing tu.
    bole pulak block kete kite kan.
    aku rase anjing tu nmpk something dats why die block.haha.
    misteri tu.
    kne g siasat lg.

    tp yang xle blah yg kite g kubur cina.
    before tu siap beli rojak ke jambu ntah.
    smpi kat kubur bole lak stop by semata mkn jambu or rojak tu.
    gile pnye keje.

    den c pupa drive laju2 kat hway den jerit mivec!!
    haram pnye pupa.

    ReplyDelete
  9. Ha'ah makan rojak...
    Lupa lak aku scene makan rojak tu....
    Tapi dia penakut la ila....

    ReplyDelete
  10. ala bro..kat area umah aku penuh ngan hantu...
    tapi sbb dorg dh kenal aku, so aku xpnah kena kcu...hantu bukan boleh bg no ekor pn. aku dh try. dia kira 1 2 3 pn xpass...klu betul boleh, xde r hantu2 2 pkai baju koyak2 or kain putih xde corak. dulu time aku duduk kat rumah papan time kecik2, umh 2 mmg keras. biasanya org yg pernah dtg tdo xkan tido lagi. dorg serik...
    ntah r, bak kata ko, klu hantu cam rozita, aku sanggup duk kat umah kosong tiap2 malam.

    ReplyDelete
  11. mata mr. jon yg kt blog ni mmg mcm hantu la..
    huhu..

    ReplyDelete
  12. To Aur....
    Hantu ni sebenarnya humble...
    Tu pasal dorang pakai baju koyak-koyak...
    Kau jgn underestimate dorang Aur...

    ReplyDelete
  13. To Hukuku...
    Hahahahaha....
    Pepandai jer... Za ni..

    ReplyDelete
  14. huhuuu...mcm best jek g carik antu....tak seram keee...;p

    neway, nice blog n intresting...;)

    ReplyDelete
  15. wah...semakin mantap berbloging..

    nak sgt ke jmp hantu en.jon oi...
    apa kate en.jon pegi rumah tinggal yg penghuninya bunuh diri or kena bunuh...tak pun g tapak uma mona fendy...jgn kate hantu...segala keturunan hantu kuar..haha

    ReplyDelete
  16. To Mistaken identity....
    Thanks for dropped by...
    Sebenarnya seram jugak....tapi ntah kenapa pegi buat keje bodoh tersebut...
    Time tu darah muda...hahahaha

    ReplyDelete
  17. To Iezy....
    Cadangan2 anda itu sangat bernas...
    Tapi saya sudah tdk mahu buat kerja2 yg tidak mendatangkan hasil itu...
    Kalau teringin nak tgk hantu saya akan melawat tapak2 funfair terdekat..hahahaha ;)

    ReplyDelete
  18. ni lah die kesan daripada menonton terlalu kerap cerita hantu...
    memang hantu2 yg u tengok tu dah hilang exclusivity...
    x baik tonton cerita sebegini terlalu kerap...
    hilang akidah nanti kerana ianya sgt kurafat la...
    Ghee...
    ceritaaaa hantuuu niiiiii (kepit yg nyaring!)

    ReplyDelete
  19. Bercakap soal akidah!hahahahaa..
    mengangumkan.

    ReplyDelete
  20. mr.jon knp xde keje cr antu???....
    isssshhhhhhhhh....

    ReplyDelete
  21. hahahahaha....
    Tu masa zaman muda2..
    Skang ni waktu lapang di habiskan dgn berblogging...

    ReplyDelete