BOOOOOOOOOOOMMMMMMM!
Jantung Mr Jon hampir gugur apabila terdengar bunyi mercun yang meletup di tepi rumah pada satu malam yang hening.
Huh! Mr Jon mengeluh. “Mungkin ni mercun bom kot,” getus hati kecil Mr Jon tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda kemarahan.
BOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!
Mak kau! Mercun itu berdentum lagi. Lebih kuat dari dentuman pertama. Mr Jon terkejut manja…….walaupun agak manja kejutan itu tapi jantung Mr Jon berdegup kencang.
Kali ini bulu ketiak Mr Jon pula hampir gugur jatuh ke lantai. Namun masih tiada tanda-tanda kemarahan.
BOOOOOOOOMMMMMMMMMMMM!
Bongok la! Mercun itu berdentum lagi. Mr Jon mula menunjukkan tanda-tanda kemarahan kerana kali ini bulu mata Mr Jon gugur lalu jatuh ke dalam anak mata. Mr Jon gosok-gosok mata sampai merah. Ini bermaksud letupan mercun itu telah mencedarakan Mr Jon.
Mr Jon bermonolog…….. “Lagi sekali kalau bunyi memang kena budak yang main mercun ni”
BOOOOOOOOOMMMMMMMMMM !
Sepantas kilat Mr Jon keluar rumah. Cari siapa yang bermain mercun itu..... Budak sebelah rumah rupanya. Kalau ikutkan hati memang kena hamun budak ni. Tapi Mr Jon bagi renungan tajam macam nak telan dia hidup-hidup. Tak sampai hati nak marah. Lagi pula anak jiran sebelah rumah. Budak tu pun dah macam takut-takut jer muka dia. Lekas-lekas dia masuk rumah. Ha! Tahu takut. Nasib la Mr Jon ni punya kesabaran yang tinggi.
Lepas tu terus diam dah takde bunyi mercun dah. Kalau musim perayaan bunyi mercun tu benda biasa. Nak marah pun tak boleh sebab semua lapisan masyarakat bermain mercun termasuklah adik-beradik, sepupu-sepusat, saudara-mara dan jiran tetangga.
Masalahnya, sekarang ini bukan musim perayaan yang memerlukan mercun walaupun bulan Mei ni kita sambut beraneka perayaan seperti Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Wesak, Hari Guru dan macam-macam hari lagi lah.
Esoknya kira-kira pukul 10 pagi.
BOMMMMMMMMMMMMM !
Kesabaran Mr Jon sudah punah seraya Mr Jon melontarkan vokal yang maha kuat yang kenyaringannya melampaui 9 oktaf.
WOOOIIII!!!!!!!!!!!
Jeritan itu di sahut balik.
WOI!
Eh…eh melawan pulak dia…... Mr Jon pun balas balik.
BODOHHHHHHHHHHH KE!
Diam tak berbalas. Kalau jeritan itu dibalas memang Mr Jon akan keluar rumah untuk bersemuka dengan si pembuat onar itu.
Tiba-tiba ibu Mr Jon bergegas ke ruang tamu.
“Bang kau jeritkan sape?” tanya ibu Mr Jon.
“Bodoh mana ntah main mercun pagi-pagi ni,” balas Mr Jon sedikit emosi.
“Eh bang…….bapak dia la yang main bukan anak dia,” kata ibu Mr Jon lagi.
“ Padan la muka kena bodoh. Dari semalam main mercun. Biar dia rasa sape suruh dia main mercun. Itu nasib orang tak cakap bukan-bukan lagi!
Setelah pemikiran Mr Jon kembali rasional. Mr Jon pun tergelak terkekeh-kekeh. Tak pasal-pasal bapak dia yang kena. Pada perkiraan Mr Jon tentulah anak dia yang main mercun sebab semalam punya hal. Rupa-rupanya bapak dia punya kerja.
Mana la budak-budak sekarang tak main mercun bapak dorang pun main mercun sama. Jap lagi dah putus tangan baru terhegeh-hegeh nak masuk TV kata menyesal lah itu lah ini lah nak minta derma buat tangan baru lah.
Itu ok lagi. Kalau cederakan orang lain macam mana. Rumah terbakar ke ? Jiran anda terkejut sampai mati sebab ada lemah jantung ke ? Ha....siapa nak jawab.
Kesimpulannya, Mr Jon sarankan anda hormatilah jiran anda. Jangan buat perkara yang sakitkan hati jiran anda. Nanti tak pasal-pasal boleh bikin gaduh. Kalau tak tahu cara nak hormati jiran pinjamlah buku pendidikan moral di perpustakaan sekolah bacalah bab cara-cara menghormati jiran. Pada hemat Mr Jon mereka yang tidak pandai menghormati jiran ini sebenarnya kurang kesedaran sivik. Harus disekolahkan golongan ini sebaik-baiknya.
Akhir kata,
HORMATI DAN SAYANGILAH JIRAN ANDA.