February 23, 2009

ISNIN DATANG LAGI!

Ya Allah…..bencinya hari ISNIN! Malasnya nak mengharungi 4 hari lagi sebelum tibanya hujung minggu. Harap-harap minggu ni tak bosan macam minggu yang lalu. Dah la tak banyak kerja ditambah dengan persekitaran kerja yang membosankan.


Minggu lepas di tempat praktikal aku memainkan watak sebagai budak pejabat lepasan SPM. Umpama mengejar bola di Liga Perdana Malaysia yang hampehaku berlari-lari anak menghantar dokumen ke sana dan ke sini. Dah la bukan dalam bangunan yang sama…aku kena berjalan 500 meter dari bangunan asal mengharungi terik mentari yang tegak dia atas kepala.


Kala berjalan aku menyanyila…la..la..la..la..la..la…Kerja laaaaaaaaaaa” Lagak jalanku seperti model runaway di Paris Fashion Week. Saja menghiburkan hati yang lara.


(Dah la kasut kulit aku tu muncung tajam…asyik tersadung jalan raya yang macam permukaan bulan tu….pakai pula lengan panjang…panas buka kepalang!)



Aku juga menjadi penunggu di mesin fotostat. Sehingga aku mahir menggunakan mesin tersebut. Mula-mula hanya tahu photocopy yang satu muka sahaja tetapi kini sudah tahu double sided. Hendak dijadikan cerita kemahiran berfotostat semakin bertambah bila aku tahu setting supaya setiap set salinan itu secara automatik boleh terus di staple oleh mesin fotostat tersebut tanpa perlu melakukanya secara manual.


Ketika itu hatiku berbunga-bunga…seraya berkata, canggihnya mesin ni….aku sangat teruja sehingga bersedia bila-bila masa memberi perkhidmatan photocopy kepada sesiapa yang memerlukannya sementelah aku kebosanan tiada kerja.


Minggu itu juga minggu aku berpeleseran bersama teman-teman se-universiti ketika masih dalam waktu bekerja. Hari Rabu yang lalu minum pagi bersama teman wanitaku…. Miss Iezy pada pukul 9 pagi dan masuk kerja balik pukul 9.45 pg padahal masuk office 8.30 pagi.


Oh yer…jangan salah anggap tau…bukan teman wanita aku…tapi teman aku yang berjantina wanita. Waktu itu, beliau ada acara ditempat praktikalku. Setelah puas membuat onar dengan mengumpat orang itu dan orang ini aku kembali ke pejabat, Miss Iezy pula ke tempat acara berlangsung.


(Disebabkan aku seorang budak intern yang berdedikasi…aku telah minta kebenaran dulu dari Manager untuk bertemu rakan…Muliakan aku?....hahahahahahah)


Hari Jumaatnya pula berpeleseran bersama teman lelakiku….En Aur sehingga meninggalkan suruhan Tuhan! Sekali lagi jangan salah anggap yer…maksudnya temanku yang berjantina lelaki. Tempat praktikal beliau ada acara berhampiran tempat praktikalku.


Banyak betul topik yang dibincang dari ekonomi, politik, sosial sehingga ke acara kemuncak iaitu membuat onar dengan mengumpat orang itu dan orang ini. Aku juga masuk lewat setengah jam ke pejabat kerana aku pasti tiada kerja yang menantiku.


Disebabkan kebosanan aku membuat lawatan dari blog ke blog sambil mulut terkonyal-konyel memakan asam dan diselang-selikan dengan kerepek pisang. Rasanya sangat semacam! tapi apa boleh buat kalau aku bosan….aku pasti akan buat sesuatu yang tak masuk dek akal!


Aku juga tanpa rasa ragu-ragu melakukan penyelewengan dengan bergayut di telefon pemberian pejabat yang terletak elok di sebelah kiri meja...aku berhubung dengan ibu tercinta bertanyakan menu masakkannya pada hari ini……kemudian menelefon rakan-rakan yang lain bertanya khabar berita sambil-sambil mencari jalan bergosip untuk menambahkan dosa.

(Ya Allah.....ampunilah dosa hambamu ini...)


Harapan aku agar hari-hari yang mendatang akan lebih bermakna dan dipenuhi dengan keja-kerja berfaedah yang ada kena mengena dengan jurusan yang diambil di menara gading.



Wasalam,

18 comments:

  1. hehe~
    sronok btol mse praktikal u ye..
    pasni leh la ajar mcm mne nk gna photostate machine..

    ReplyDelete
  2. Qema...
    Mana ada seronok...
    Bosannnnnn...tak sabar nak habis ni.
    Berkaitan dgn mesin photostat...mmmmm jika saya ada kelapangan apa salahnya ajar Qema menggunakan mesin tersebut...Hahahahaha...

    ReplyDelete
  3. sronok la tu~
    bley g gosip2..men mesin fotostat..
    calling2 mak n member2..
    hehe~
    saba je la ek mr.jon..
    kejap je mse blalu..
    dun wory..chill out!! =)

    ReplyDelete
  4. hi handsome!


    ~shasha~

    i dont have any blog :(

    ReplyDelete
  5. Hi Jon..

    Jon..kau bwt la traffic and online chat 2..
    le chat ngn kau..

    anyway..aku pon hate MONDAYs...

    Miss LiNNa~

    ReplyDelete
  6. hehe..
    best la mr.jon dpt gak jumpe ngn teman wanita dan teman lelaki se-universiti...
    hahaha..
    sue xdpt jmpe sape2 pon...erm..
    btw, dpt jmpe u all nnti, we will make a sweet memory again k..

    benci ari isnin jer ke?
    hari lain x benci?
    kahkahkah...

    ReplyDelete
  7. Tak sabar nak jumper Misz Sue...
    Hari Isnin ngan selasa memang Mr Jon benci....
    masa mcm lama jer berjalan...
    Paling best hari jumaat...
    Mcm tetiba jer...dah lunch...pastu tetiba jer dah balik....hahahaha...

    ReplyDelete
  8. hahahahahaha...
    kakakakakaka...
    i love photostat things...
    photostat machine is one of my friend...
    lawak lah u ni...
    i dah pernah kata dahulu bahawa u have to mahir dlm teknologi pun stuff...
    i cant even say NO my friend...
    but it good now u dah mahir...
    congrats...
    kakakakakakaka...

    ReplyDelete
  9. Hahahahaha...
    Thanks Lobo...
    Mana tak nyer hari-hari duk dpn mesin tu...
    I yg bengap benda2 mcm ni pun boleh jadi pandai...
    U said mesin photostat kawan you...
    Wakakakakaka....sesuai sangat!

    ReplyDelete
  10. wahai teman lelakiku(teman yang berjantina lelaki) mr.jon....sebagai budak intern kte kena mahir menggunakan photostat machine..hahaha...Ya Allah bile lah nak abes intern ni..better g klas n wat assigment...at least bole gelak2...ni hadap mesin, pc, pastu hadap lagi pc, mesin...hah lg satu seriously i'm damn expert using the binding thingy tu..haha...membinding yang memerlukan tulang 4 kerat =p...

    ReplyDelete
  11. eh lupe..setuju dgn cadangan miss linna..wat la chatbox..senang lagi kte nak wat 'ketupat'..hahaha

    ReplyDelete
  12. Ya teman wanitaku (teman yang berjantina wanita)

    Betul sekali pandangan anda itu...
    Buat assignment dan case study lagi menyeronokkan....

    Boleh gelak-gelak dan bergurau senda...

    Boleh tidur ramai-ramai depan laptop lepas keletihan buat assignment...walaupun tidak manes lelaki dan wanita bergaualan sedemikian rupa...

    tapi kita semua mempunyai keimanan yang teguh...tiada apa perlu dirisaukan..heheehe

    Boleh pesan Mc D dan makan beramai-ramai sambil buat assignment... skang Mr Jon boikot Mc D...

    Oh alangkah indahnya semua itu...

    ReplyDelete
  13. hahaha mr.jon... mengapakah anda me'reveal'kan aktiviti sampingan kte sewaktu wat assigment?? jatuh lah saham kami semua sekiranya ada yang mahu berkenalan walaupun mendapat point MEMPUNYAI KEIMANAN YANG TEGUH =p...hahaha...

    ReplyDelete
  14. Ya allah.merewang je keje ko eh.
    tp ari isnin mmg sgt la xbest bg aku sebab ade subject math!!
    eeii xsuke.

    so isnin adalah hari yg sgt membosankn!

    ReplyDelete
  15. to Iezy...
    Jangan khuatir.....itu perkara biasa yg dilakukan mereka yg bergelar pelajar...
    Tiada apa yang perlu dimalukan....Mungkin saham anda akan jatuh sekejap...tapi ia pasti akan naik dengan mendadak kelak...
    Kerana hasil tidur di dpn laptop melayakkan anda mendapat segulung ijazah...
    Oleh itu pilihlah lelaki yang sekufu....
    Kerana hanya lelaki yang sekufu akan memahami kenapa anda tidur beramai-ramai didepan laptop anda wahai Cik Iezy...

    ReplyDelete
  16. To Adela,
    Aku pun benci mathhhhhhh!
    Dulu kini dan selamanyaa...

    ReplyDelete