February 28, 2009

BERHATI-HATI DENGAN PENJUAL NASI LEMAK DAN SOSEJ.

AMARAN
18 SX
Anda semua diminta membaca penulisan ini dengan hati yang terbuka dan tidak berpandangan skeptikal terhadap tuan empunya blog. Ini kerana penulisan ini mengandungi unsur-unsur sensual yang mungkin akan menganggu-gugat fikiran anda. Satu lagi, sekiranya anda ingin tinggalkan sebarang komen, sila gunakan bahasa yang berlapik dan berkias-kias kerana penulisan ini mengupas isu yang taboo dalam masyarakat kita. Kalau tidak pandai berkias jangan tinggalkan komen. Kegagalan anda berbuat demikian pasti akan menyebabkan Lembaga Penapisan Blog Mr Jon memadam komen tersebut tanpa sekelumit memikirkan aspek-aspek kemanusian. Gerun tak dengan amaran diatas? Hahahahahaha…..Aku sekadar mahu berkongsi pengalaman dengan pengunjung blog ini tentang satu topik yang tidak asing lagi iaitu Gangguan Seksual.




Fokus aku adalah gangguan seksual di dalam tren.


Disebabkan hampir setiap aku hari menggunakan perkhidmatan tren iaitu STAR dan PUTRA LRT, maka aku terdedah kepada ancaman gangguan seksual. Hidup aku dengan tidak semena-mena akan bergelumang dengan dosa setiap kali menggunakan kenderaan awam tersebut.


Seringkali aku balik ke rumah sambil menangis teresak-esak…mak aku tanya kenapa…aku tak jawab….Sob...Sob...Sob...Sob…aku menangis…seolah-olah aku telah dinodai secara paksa.

Mak aku tanya lagi kenapa? Sob…Sob...Sob…aku menangis…. sebagai jawapan kepada persoalan itu.

Mak aku pun hangin lalu berkata…. BERAS APA? Aik…tetiba plak…

Ok ayat-ayat seperti diatas aku melalut untuk menjadikan cerita ini lebih dramatik dan berciri slot cerekarama TV3.

KEMBALI KITA KE PANGKAL JALAN

Aku mengklasifikasikan gangguan seksual di dalam tren kepada dua jenis iaitu yang disengajakan dan tidak disengajakan.

Aku sering terdedah kepada gangguan seksual yang tidak disengajakan. Aduhhhhh! Lemah betul bila terpaksa berhadapan dengan gangguan tersebut. Tak boleh nak salahkan sesiapa kerna sebagai penumpang di kenderaan awam secara tak langsung anda juga menjadi milik awam. Ini bermakna tiada istilah exclusivity dan privacy. Oleh itu anda tidak boleh merungut jika mengalami gangguan seksual daripada si pelaku yang tidak sengaja melakukannya.

Tetapi harus diingat anda kena bertindak seolah-olah seorang perogol bersiri hendak menodai anda jika si pelaku dengan sengaja melakukan gangguan seksual. Yakni anda kena bertindak agresif dengan kata-kata disertai perbuatan jika terpaksa. Jangan sesekali biarkan mereka mengambil kesempatan terhadap anda wahima si pelaku itu kacak macam Benjamin Button atau cun melecun macam Rozita Che Wan.

Ini jam punya zaman…..perempuan pun menjalankan operasi gangguan seksual…bukan lelaki jer….kan apa laki boleh buat pompuan boleh buat…apa pompuan boleh buat lelaki juga boleh buat...

Baiklah,

Selepas ini aku akan mula menggunakan kiasan.

Tahukah anda bahawa di dalam tren terdapat penjual-penjual nasi lemak double dan sosej.





Selalunya, kalau waktu puncak yakni waktu orang pergi dan balik kerja tren akan penuh bagai nak giler sehingga jarak antara penumpang kurang dari seinci. Takala itulah, para penumpang akan dimomokan dengan nasi lemak double. Kadang-kala nasi lemak double itu hinggap di belakang tubuhku.

Namun yang paling aku takuti sekiranya nasi lemak double itu hinggap dipipiku, muka ku (pernah terjadi yer….especially penjual nasi lemak double yang tinggi dan besar dariku) dan berbagai-bagai tempat lagi.


Macam-macam jenis…..ada harga RM2.00, RM3.50…nasi lemak kosong sahaja…telur goreng dengan sambal sotong….kerang sambal, rendang ayam dan pelbagai aneka lauk. Sesuatu yang pasti nasi lemak tersebut mesti dalam bentuk double.

Sungguh tidak menyelesakan dan aku rasa berdosa. Itu bukan kehendakku. Tetapi apakan daya aku terpaksa menempuhinya juga. Justeru, sering sahaja aku berjuang agar dapat tempat yang selesa dan tersorok kala menaiki tren. Ini perlu supaya dapat aku elak anasir-anasir yang kelihatan jahat walaupun mereka sebenarnya tidak pun berniat jahat, cuma keadaan yang memaksa mereka berbuat demikian.

Tidak dilupai dalam kekalutan itu penjual-penjual sosej juga memperdagangkan barangan jualan mereka. Kadang-kala aku terkena jua tempias barangan dagangan mereka itu. Adussssssss! Sangat tidak menyeronokkan! Geli! Menakutkan!

Melalui pengamatanku, para pedagang sosej ini juga kadang-kadang bertukar menjadi sotong kurita seperti ini.



Tangan mereka akan meliar ke sana dan ke sini mengambil kesempatan terhadap situasi yang kelam kabut itu. Mangsa utamanya adalah wanita!

Kepada kaum hawa anda diminta berhati-hati ketika menghadapi situasi ini kerna ada di kalangan mereka yang dengan sengaja mengambil kesempatan dalam keributan orang ramai menaiki tren.
Anda harus tegas wahima mereka mungkin tidak sengaja tersentuh anda. Ini kerana dari tidak sengaja boleh menjadi sengaja bila nafsu menguasai akal. Jangan biarkan mereka ini memperkotak-katikan maruah anda sebagai seorang wanita. HIDUP WANITA!

Eceh! tetiba lak nak jadi aktivis pejuang hak wanita…..






Sesuatu yang anda harus ingat! Anda termasuk diriku jua berpotensi menjadi penjual nasi lemak double dan sosej sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Misalnya, dalam keghairahan menaiki tren kita kadang-kadang tidak sengaja ter….itu dan ter…ini. Mana mungkin kita dapat elakkan diri dalam keadaan yang sebegitu rupa.

Nasihat Mr Jon elakkan selagi boleh. Kalau tren sudah penuh jangan paksa diri memasukinya. Kalau dah kaya gunalah kereta sendiri. Jadi kuranglah orang naik tren dan seterusnya ia dapat mengurangkan kes gangguan seksual secara tidak sengaja.


Sekian….

Nanti Mr Jon buat research macam mana nak hadapi situasi gangguan seksual di dalam tren dan tindakan yang harus diambil. Mr Jon akan paparkan dalam blog ini.

24 comments:

  1. zul,

    aku penah gak mengalami situsi cm ko tuh..
    hahax..
    walaupun sesame jenis,
    tetapi geli la.
    lagi satu berlaga2 punggung!
    geli ya amat!!!!
    xsgup aku..

    ReplyDelete
  2. Ha'ah....aku kadang-kadang malas betul nak pergi keje sebab benda-benda mcm ni..

    ReplyDelete
  3. klu mcm nie, cik sue mencadangkan supaya mr.jon pegi keje naik moto ea...

    ReplyDelete
  4. Motor Mr Jon sudah disedekahkan kepada adek-beradek yang lain utk kegunaan domestik seperti pergi ke sekolah.
    Jadi terpaksa beralah menggunakan perkhidmatan awam.

    Memori ku genggamilah..
    Biarlah aku beralah....

    Hahahaha....

    ReplyDelete
  5. kahkahkah gler sdey cte motor tu..

    Ya Allah btul2 gangguan seksual bler naek train pada waktu puncak... teramat la geli bila ada nasi lemak me'landing' dibelakang sy walaupun sy perempuan... dan paling tension bler tersepit dekat tengah2 lelaki..huhu...sangat seksa nak mem'protect' diri...pelbagai perisai digunakan antaranya handbag yang menutup tempat2 yg tak sepatutnya terkena atau diambil kesempatan oleh lelaki yang gatal di dalam train ...

    ReplyDelete
  6. huhu..ble dh bce n3 kamu bru sy thu rupa nye cmtu ek geligat diats tren..sy pnh gak la nek train tp bukn star,lrt o putera..tp ktm..hikhik..sbb kt tmpt sy xde suma2 tuh..nway..byk2 b'sabo yee..

    ReplyDelete
  7. adakah aku pun one of the penjual nasi lemak?
    wondering jap.

    tp selalu nye penjualan hotdog yg berleluasa di malaysia.
    kalau ade pun penjualan nasi lemak, maybe nasi lemak dorg kurang lemak or lauk kurang enak.
    maka dgn itu la penjualan di giat kn lg demi menarik perhatian org ramai untuk merasa dahulu nasi lemak tersebut.

    ada betul ka?

    ReplyDelete
  8. To Iezy....
    Sedihkan terpaksa menempuhinya hampir setiap hari....
    Sometimes MR Jon jadi sandwich tersepit di tengah-tengah... Hahahahaha..
    Bile la nak kaya so tak yah naik train lagi.

    ReplyDelete
  9. Hi Pelangi Senja....
    Thanks singgah di blog Mr Jon yang kudus ini...
    Mr Jon dah tak larat nak bersabar lagi...
    Selalu jer hilang sabar kalau naik train...

    ReplyDelete
  10. To Adela....
    Ini bukan soal lemak or tak lemak nasi lemak tersebut..
    Ini soal maruah dan hak...

    hihihihih...tetiba lak nak emo...

    ReplyDelete
  11. Sabar dan terus bersabar. Itulah yang boleh dikatakan ketika ini. Saya doakan saudara cepat jadi kaya semoga delima tren mrjon dapat diselesaikan. Amin............

    ReplyDelete
  12. Loyal Warrior....
    Berat mata memandang....berat lagi bahu yang memikul....
    Terima kasih diatas doa itu...

    ReplyDelete
  13. Jon..!!

    Yuxxx..gelinye sotong kurita yg kau try gambarkan 2..

    eeewwww...eton penah kne sexual harresment dlm metro bus yg ade byk indons..

    ReplyDelete
  14. hahahahaha...gangguan seksual ada dimana-mana..

    ReplyDelete
  15. hey u...
    hm...
    ni I nak bg satu nama timangan baru buat u...
    "DRAMA KING"...
    serius...
    huhuhuhuhu...
    1 para u tu...
    very the sesuai sgt...
    hahahaha...

    apa2pun bersabau jer lah Mr Jon...
    mmg hidup kite ni x boleh lari dgn sexual harrasment...
    yg ptg kite x buat kat org benda ni...
    org buat x ape...
    tu dosa depa...
    if depa keep onm buat juga...
    u have to voice up...
    u r bear enough to tegur/bsuara...
    hahahaha...

    ReplyDelete
  16. nasi lemak kosong sahaja…telur goreng dengan sambal sotong….kerang sambal, rendang ayam dan pelbagai aneka lauk.

    i tahu & faham maksud ayat u ni...
    diam2 sudeyhhhh...
    hahahaha...
    x muak ke mkn nasi lemak ari2???

    ReplyDelete
  17. Hey...
    Why you calling me Drama King?
    hahahahaha.....
    Mr Jon memang dah muak makan nasi lemak hari-hari...
    Tapi nak buat camne.... tak dapat elak..

    ReplyDelete
  18. isu yg best =)
    hehe~

    ReplyDelete
  19. thanks...
    Qema...a lot of thanks coz being my loyal reader...

    ReplyDelete
  20. ooo..
    lpas abis internship ni, bleh la mr. jon jual hotdog rebus n nsi lemak kukus..bleh kaya tuh..

    p/s:
    hukuku pnah t'pegang hotdog sbb ingat 2 tangan my gf..
    mmg mcm hotdog rebus..
    blik rumah demam tak kebas2 seminggu..

    ReplyDelete
  21. Hahahahahaha..... Tidak mungkin Hukuku...
    Mr Jon nak jual nuget ayam jer.....

    Ya Rabbi.....pernah terpegang hotdog rebus?
    Balik umah samak tak?

    ReplyDelete
  22. mulai hari ni, aku nk naik tren!

    ReplyDelete
  23. hahahahaha...cissss.... aku tahu niat tersembunyi kau En Aur......

    ReplyDelete