Showing posts with label Aku dan Hari Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Hari Istimewa. Show all posts

November 22, 2009

Proses Penuaan

_ _ _ e!

Berapa ringgit mau naik ini benda?

Eh...Eh...budak ni suka hati je panggil aku _ _ _ _ e!

_ _ __e ! I want two tickets.

Ahhhh...lantaklah malas nak layan suka hati korang la nak panggil aku apa.

_ _ __e ! boleh naik dua orang tak?

Eeeeee....dia panggil lagi.




Ini mendatangkan marah ni suka hati jer panggil Mr Jon UNCLE!

Tidak semena-mena Mr Jon pun naik HANTU!





Hey you.... what’s your name?

I’m Sarjeet Singh.

Sarjet sayang intan payung berlian emas permata please dont call me UNCLE. Call me abang ok....



Haih! Apa kena dengan Mr Jon ni tetiba sentap orang panggil dia UNCLE!

Kah..kah..kah... bukan apa sejak Mr Jon menjadi sukarelawan kat Petrosains ni budak-budak sekolah yang datang sini suka benar panggil Mr Jon uncle.

Mr Jon lebih berbangga sekiranya mereka memanggi Mr Jon sebagai ABANG dan bukannya UNCLE!

Sebabnya................


Mr Jon still young and hot! (tak layak di gelar uncle)

Hahahahahahahahahah....

Wuuueeekkkkkkkkk!

Apa ni angkat bangkul sendiri! Silakan kalian muntah secara berhemah.




Apa kena dengan kau ni Mr Jon! Benda macam ni pun nak sentap. Terimalah hakikat Mr Jon oiiii yang diri anda kian dimamah usia.

Untuk pengetahuan semua Mr Jon baru sahaja mencecah umur 23 tahun.

Lagi 2 tahun 25 tahun.

Lagi 5 tahun 30 tahun.

Ya Tuhan! cepatnya proses penuaan ini berlaku.

Orang kata, “Age is just a number”

Orang lah kata bukan Mr Jon kata. Betul ke?

Memang la umur diklasifikasikan sebagai nombor. Takkan la huruf pulak.

Ada orang kata huruf 1,2, 3........takde kan.... Orang kata nombor 1,2,3.....

Ahhhh! Sudah....jangan asyik dengar kata orang jer dengarlah kata hati anda sendiri.

Masalahnya umur ni bukan macam berat badan boleh turun naik.....umur ni nombor dia naik tak turun-turun.

Pokoknya sekarang Boss Mr Jon telah meraikan hari lahir Mr Jon di pejabat dengan sebiji kek coklat yang lazat lalu disertakan dengan aneka makanan yang menyelerakan.



Ya Tuhan! Mr Jon terkesima dan terharu.

Lepas habis waktu pejabat sekali lagi Bos dan rakan sejawat Mr Jon telah bermurah hati membawa Mr Jon melontarkan vokal Mr Jon yang tak seberapa ni pusat karaoke.

Hahahahahhaaha....mula-mula Mr Jon malu-malu nak nyanyi. Mr Jon duduk dalam keadaan sopan dan anggun.

Kemudiannya, sorang nyanyi, dua orang nyanyi dan.....


Tak boleh tahan...Tak boleh tahan..... lalu Mr Jon menunjukkan diri yang sebenar....

Sexy back.......sexy back.....

Hambik kau! Mr Jon bertukar menjadi Mr Justin Timberlake. Siap menari bagai.




Nak...nak pulak kawan Mr Jon yang sama giler karaoke ada di situ yakni, Mr FJ.....apa lagi naik hantu la kitorang menyanyi.

Selepas habis berkaraoke, tetiba rasa keinsafan mula menyelubungi diri Mr Jon.

Ya Tuhan....apa yang kau dah lakukan ni Mr Jon. Serius dekat seminggu Mr Jon malu pada Bos kesayangan Mr Jon dan rakan-rakan sejawat yang lain.

Mana taknya.....dekat pejabat Mr Jon punyalah protokol dan baik manusia, bak kata pepatah pijak semut pun tak mati.

Tapi bila dapat mikrofon sebiji terus bertukar menjadi macam orang hilang akal dan naik seh!

Hahahahahahahaha......tu lah terlajak perahu boleh diundur terlajak tindakan malu lah.. jawabnya.


Konklusinya, saban tahun kita meraikan hari lahir. Bukan seberapa besar sambutannya mahupun seberapa banyak hadiah yang diterima. Tapi tanda ingatan dan ucapan kata-kata indah itu menjadi taruhannya. Lebih penting hari lahir adalah masa kita menzahirkan kasih kita pada mereka yang kita sayangi.



Sehingga kita bertemu lagi.

May 09, 2009

DIA KEKASIHKU



Tidur malam Mr Jon tak lena,
Asyik teringat tentangnya.

Makan Mr Jon tak kenyang,
Asyik teringat tentangnya.

Mandi Mr Jon tak basah,
Asyik teringat tentangnya.

Serba tak kena. Siang terbayang malam merindu,
Semuanya kerna asyik teringat tentangnya.


Masih segar dalam ingatan Mr Jon, bagaimana dia mengalirkan air mata di perhentian terakhir itu. Mr Jon hanya mampu memujuknya supaya jangan menangis. Mr Jon katakan padanya masa akan berlalu dengan pantas sambil Mr Jon menyeka air matanya yang kian deras mengalir berjujuran jatuh ke pipi. Mr Jon kucup tangannya. Tanpa mempedulikan orang sekeliling Mr Jon terus mendakapnya lantas mencium pipinya. Lambaian terakhir itu hilang dalam sekelip mata.


AHAKS! Apakah itu?


Adakah C.I.N.TA.


Ya memang kerana cinta. Peristiwa itu berlaku 4 tahun yang lepas semasa Mr Jon menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dia yang Mr Jon maksudkan adalah IBU TERCINTA!


Betul, masa tu Mr Jon rasa kangen bangat sama ibu. Ye la tak pernah berjauhan.


Ok mungkin ia kedengaran seperti budak lelaki yang mengada-ngada duduk bawah ketiak mak. Heyyyyyy! Aku peduli apa! Sila klik disini untuk kisah duduk bawah ketiak.


Ketika itulah baru Mr Jon rasa betapa peritnya tiada ibu disisi. Tiada makanan sedap…..tiada orang basuhkan baju….lipat…dan gosok….tiada orang kejutkan bangun pagi…..tiada orang yang marah tuala basah letak atas katil…..seluar kecik bergulung-gulung dengan seluar jeans……stoking bau hapak 3 minggu tak basuh….


Kadang-kadang Mr Jon fikir ibu ni macam SUPERWOMAN. Semua kerja dorang buat. Urus rumah lagi, jaga anak, suami dan segala-galanya dari yang sekecil-kecil sampailah yang sebesar-besar perkara. Ibu merupakan wanita yang hebat!


Agaknya macam mana la kalau betul-betul kita ni kehilangan ibu?

Oh! Ibu

Kau disiram bayu pagi

Kehilangan terasa kini

Dan kesepian.. dan aku

Bagai purnama gerhana

Di ibarat lautan kering

Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini

Masih belum sempat

Kubuktikannya kepadamu

Ibu tersayang

Kucurahkan rasa hati


Begitulah bait-bait lagu Oh Ibu, nyanyian kumpulan Exist yang Mr Jon nyanyikan 17 tahun yang lampau ketika membuat persembahan sejurus mendapat segulung sijil dari TABIKA KEMAS.


Hahahahaha.....
Masa tu Mr Jon lead vocal, ntah kenapa pakcik sorang ni asyik jolok mikrofon ke mulut Mr Jon. Agaknya suara Mr Jon sedap sangat kot macam Susan Boyle.


Setelah diberi kepercayaan oleh Pakcik tersebut untuk mengepalai budak-budak lain menyanyi, Mr Jon apa lagi nyanyi la sampai tak hengat dunia.


Perghhhhhhhhhh.....I tell you time tu kan suara tak pecah belum akil baligh lagi la katakan. Mr Jon tarik suara masa korus tu sampai cecah 9 oktaf. Dah saing-saing ngan Mariah Carrey vokal Mr Jon.


Habis je nyanyi Syafinaz Selamat selaku juri lantas memberi komen, “Jon I just like your performance. I’m speechless while listening to your voice. It’s phenomenal”

Paul Moss pula cakap, “It wasn’t a great performance but I enjoyed it”

Hahahahahaha….
ok komen juri itu gurauan semata-mata. Tahun 1992 mereka berdua ini masih belum dikenali lagi secara meluas.


Tapi kan masa tu, Mr Jon tahu nyanyi jer. Tak hayati langsung maksud di sebalik lirik lagu tersebut. Bila dah besar-besar ni baru Mr Jon faham maksud di sebalik lagu tersebut.Ia mengisahkan seorang anak yang kematian ibunya.


Lagu tersebut sangat puitis dan meruntun jiwa jika di hayati setiap bait-baitnya. Mr Jon tidak mahu dan tidak sanggup untuk bayangkan kehidupan tanpa seorang ibu.


Setiap 10 Mei kita menyambut Hari Ibu. Hari Ibu pada kali ini, apa kata anda semua ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu anda sambil memberi mereka kucupan sayang.


Bagi Mr Jon hari-hari adalah Hari Ibu. Bukan maksudnya setiap hari kita perlu ucap Selamat Hari Ibu. Jap lagi ibu anda ingat anak dia buang tabiat dan gila meroyan pulak!


Maksud Mr Jon setiap hari kita perlu berbuat baik dengan ibu. Senangkan hati mereka. Tolong mereka buat kerja rumah atau urut kaki mereka dengan Losyen Mustajab Pati Halia agar mereka sihat dan panjang umur supaya kita sempat untuk membalas budi mereka nanti.


Hahahaha…bercakap soal urut kaki ni. Mr Jon suka pura-pura tidur kalau ibu Mr Jon suruh urut kaki. “Jon urut kaki aku ni,” Ibu Mr Jon mengeluarkan idea bernasnya kala menonton TV. “Krohhhh krohhh krohhh…,” itulah jawapan Mr Jon. “Tengok tu dia buat-buat tidur,” balas ibu Mr Jon. Haahahahaha….Sangat Jahat! Takpe lepas ni tak nak buat-buat tidur lagi.


Seorang ibu senantiasa mengingati anaknya.
Tak kira walau di mana sahaja anaknya berada.
Nama kita meniti dalam setiap doa mereka.
Oleh demikian sayangi dan hargai mereka sebelum masa meragut segala-galanya.


SELAMAT HARI IBU