Showing posts with label Aku Fobia. Show all posts
Showing posts with label Aku Fobia. Show all posts

February 28, 2009

BERHATI-HATI DENGAN PENJUAL NASI LEMAK DAN SOSEJ.

AMARAN
18 SX
Anda semua diminta membaca penulisan ini dengan hati yang terbuka dan tidak berpandangan skeptikal terhadap tuan empunya blog. Ini kerana penulisan ini mengandungi unsur-unsur sensual yang mungkin akan menganggu-gugat fikiran anda. Satu lagi, sekiranya anda ingin tinggalkan sebarang komen, sila gunakan bahasa yang berlapik dan berkias-kias kerana penulisan ini mengupas isu yang taboo dalam masyarakat kita. Kalau tidak pandai berkias jangan tinggalkan komen. Kegagalan anda berbuat demikian pasti akan menyebabkan Lembaga Penapisan Blog Mr Jon memadam komen tersebut tanpa sekelumit memikirkan aspek-aspek kemanusian. Gerun tak dengan amaran diatas? Hahahahahaha…..Aku sekadar mahu berkongsi pengalaman dengan pengunjung blog ini tentang satu topik yang tidak asing lagi iaitu Gangguan Seksual.




Fokus aku adalah gangguan seksual di dalam tren.


Disebabkan hampir setiap aku hari menggunakan perkhidmatan tren iaitu STAR dan PUTRA LRT, maka aku terdedah kepada ancaman gangguan seksual. Hidup aku dengan tidak semena-mena akan bergelumang dengan dosa setiap kali menggunakan kenderaan awam tersebut.


Seringkali aku balik ke rumah sambil menangis teresak-esak…mak aku tanya kenapa…aku tak jawab….Sob...Sob...Sob...Sob…aku menangis…seolah-olah aku telah dinodai secara paksa.

Mak aku tanya lagi kenapa? Sob…Sob...Sob…aku menangis…. sebagai jawapan kepada persoalan itu.

Mak aku pun hangin lalu berkata…. BERAS APA? Aik…tetiba plak…

Ok ayat-ayat seperti diatas aku melalut untuk menjadikan cerita ini lebih dramatik dan berciri slot cerekarama TV3.

KEMBALI KITA KE PANGKAL JALAN

Aku mengklasifikasikan gangguan seksual di dalam tren kepada dua jenis iaitu yang disengajakan dan tidak disengajakan.

Aku sering terdedah kepada gangguan seksual yang tidak disengajakan. Aduhhhhh! Lemah betul bila terpaksa berhadapan dengan gangguan tersebut. Tak boleh nak salahkan sesiapa kerna sebagai penumpang di kenderaan awam secara tak langsung anda juga menjadi milik awam. Ini bermakna tiada istilah exclusivity dan privacy. Oleh itu anda tidak boleh merungut jika mengalami gangguan seksual daripada si pelaku yang tidak sengaja melakukannya.

Tetapi harus diingat anda kena bertindak seolah-olah seorang perogol bersiri hendak menodai anda jika si pelaku dengan sengaja melakukan gangguan seksual. Yakni anda kena bertindak agresif dengan kata-kata disertai perbuatan jika terpaksa. Jangan sesekali biarkan mereka mengambil kesempatan terhadap anda wahima si pelaku itu kacak macam Benjamin Button atau cun melecun macam Rozita Che Wan.

Ini jam punya zaman…..perempuan pun menjalankan operasi gangguan seksual…bukan lelaki jer….kan apa laki boleh buat pompuan boleh buat…apa pompuan boleh buat lelaki juga boleh buat...

Baiklah,

Selepas ini aku akan mula menggunakan kiasan.

Tahukah anda bahawa di dalam tren terdapat penjual-penjual nasi lemak double dan sosej.





Selalunya, kalau waktu puncak yakni waktu orang pergi dan balik kerja tren akan penuh bagai nak giler sehingga jarak antara penumpang kurang dari seinci. Takala itulah, para penumpang akan dimomokan dengan nasi lemak double. Kadang-kala nasi lemak double itu hinggap di belakang tubuhku.

Namun yang paling aku takuti sekiranya nasi lemak double itu hinggap dipipiku, muka ku (pernah terjadi yer….especially penjual nasi lemak double yang tinggi dan besar dariku) dan berbagai-bagai tempat lagi.


Macam-macam jenis…..ada harga RM2.00, RM3.50…nasi lemak kosong sahaja…telur goreng dengan sambal sotong….kerang sambal, rendang ayam dan pelbagai aneka lauk. Sesuatu yang pasti nasi lemak tersebut mesti dalam bentuk double.

Sungguh tidak menyelesakan dan aku rasa berdosa. Itu bukan kehendakku. Tetapi apakan daya aku terpaksa menempuhinya juga. Justeru, sering sahaja aku berjuang agar dapat tempat yang selesa dan tersorok kala menaiki tren. Ini perlu supaya dapat aku elak anasir-anasir yang kelihatan jahat walaupun mereka sebenarnya tidak pun berniat jahat, cuma keadaan yang memaksa mereka berbuat demikian.

Tidak dilupai dalam kekalutan itu penjual-penjual sosej juga memperdagangkan barangan jualan mereka. Kadang-kala aku terkena jua tempias barangan dagangan mereka itu. Adussssssss! Sangat tidak menyeronokkan! Geli! Menakutkan!

Melalui pengamatanku, para pedagang sosej ini juga kadang-kadang bertukar menjadi sotong kurita seperti ini.



Tangan mereka akan meliar ke sana dan ke sini mengambil kesempatan terhadap situasi yang kelam kabut itu. Mangsa utamanya adalah wanita!

Kepada kaum hawa anda diminta berhati-hati ketika menghadapi situasi ini kerna ada di kalangan mereka yang dengan sengaja mengambil kesempatan dalam keributan orang ramai menaiki tren.
Anda harus tegas wahima mereka mungkin tidak sengaja tersentuh anda. Ini kerana dari tidak sengaja boleh menjadi sengaja bila nafsu menguasai akal. Jangan biarkan mereka ini memperkotak-katikan maruah anda sebagai seorang wanita. HIDUP WANITA!

Eceh! tetiba lak nak jadi aktivis pejuang hak wanita…..






Sesuatu yang anda harus ingat! Anda termasuk diriku jua berpotensi menjadi penjual nasi lemak double dan sosej sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Misalnya, dalam keghairahan menaiki tren kita kadang-kadang tidak sengaja ter….itu dan ter…ini. Mana mungkin kita dapat elakkan diri dalam keadaan yang sebegitu rupa.

Nasihat Mr Jon elakkan selagi boleh. Kalau tren sudah penuh jangan paksa diri memasukinya. Kalau dah kaya gunalah kereta sendiri. Jadi kuranglah orang naik tren dan seterusnya ia dapat mengurangkan kes gangguan seksual secara tidak sengaja.


Sekian….

Nanti Mr Jon buat research macam mana nak hadapi situasi gangguan seksual di dalam tren dan tindakan yang harus diambil. Mr Jon akan paparkan dalam blog ini.

February 13, 2009

BERGURAU DENGAN LIF….


(sumber: farm3.static.flickr.com/2037/2414778940_f22b1...)


Hari ni aku datang awal ke pejabat. Eh! Silap hari-hari pun aku datang awal. Aku seorang budak praktikal yang sangat dedikasi orangnya.


(Eceh…..angkat bakul sendiri ni….)


Maka, aku pun singgah di cafe membeli sarapan pagi. Beli mihun goreng bungkus, cadang-cadang nak makan dengan kakak ofis yang lain sambil berbual-bual kosong.


Hahahahaha… sangat bersifat kerajaan minum-minum pagi ni…padahal swasta….

Kiranya swasta yang telah di kerajaankan…dasar pengkerajaan la ni...


(Sudah Sudah Sudah……Kita kembali ke pangkal jalan….)


Sampai jer depan lif……boleh pula lif tu nak bergurau dengan aku… masa aku sampai cepat-cepat pintu lif tu nak tertutup. Lif tu ingat aku tak pandai bergurau……aku pun apa lagi gurau kasar la dengan lif tu… aku tahan lif itu menggunakan kasut kulit yang baru tadi aku kilatkan.

Pintu lif pun terbuka balik….hahahahahaha…padan muka kau lif!….walaupun sakit aku tak kisah asal aku dapat masuk dalam lif tu.


(Korang janganlah tiru aksi aku ini…aku pun tak sangka aku pergi tahan lif menggunakan kaki…tindakan aku itu sangat tidak menggambarkan sikap ketamadunan manusia moden…. tidak berfikir panjang dan bertindak melulu)


Tidak semena-mena bau harum menusuk ke hidungku. Aku menoleh ke kanan seraya aku berkata dalam hati,

"Eh ada orang la….aku ingat aku sorang. Apasal boleh tak perasaan
ni...."


Perempuan berpakaian eksekutif itu pantas mengeluarkan kata-kata kala aku memandangnya….

“Tak sakit ke kaki you”


Halamak! Malu aku time tu…tak sangka ada orang. Aku gelak jer….tak kata apa-apa pun.


TIBA-TIBA!

Eh! Silap lif la…..

(Lif ni sampai tingkat 18 jer…aku nak naik lif yang sampai tingkat 30 tu….)


Aku pula cakap kuat-kuat bila sedar salah naik lif. Perempuan berpakaian eksekutif tu apa lagi…. gelak la kan aku……


MALU MALU MALU……

Cisss! Tak guna punya lif main-main kan aku pula. Aku pun turun la di tingkat 8. Lantas, naik lif lain…. Bila pintu lif terbuka aku pun cepat-cepat masuk….


Alaaaaaaaaaa….. salah lif lagi….. mana la pulak lif tingkat 30 ni! Aku pun turun kat tingkat 18. Kemudian naik lif lain dan turun di lower ground sebab konon-kononnya nak naik lif yang aku biasa naik. Keluar je dari lif tu, aku terus naik lif yang lain.


Halamak! Salah lagi…… aku turun balik kat tingkat 3. Mana lah pergi lif tingkat 30 ni. Tak guna punya lif. Ini betul-betul mendatangkan marah ni! Ala tadi aku gurau-gurau manja jer dengan lif tu…tak sangka pula lif ni betul-betul nak bergurau senda dengan aku.


Finally……..aku nampak staff yang satu department dengan aku. Apa lagi lekas-lekas aku membontotinya. Haaaaaaaaaa……..sampai juga aku kat ofis setelah penat bergurau dengan lif.


Insaf aku! Tak nak aku bergurau dengan lif lagi…tak kira apa jenis gurauan sekalipun la…gurau manja ke…gurau kasar ke….gurau senda ker….

Dah sebulan lebih kerja pun aku masih tak faham-faham sistem lif kat sini. Tension aku tension! Lif kat tempat kerja aku ni mengamalkan sistem lif berkembar. Bermaksud lif ni melekat…ada dua tingkat… atas ada bawah pun ada. Ntahlah lah konpius betul dengan lif kat sini.



Sekian buat kali ini.

February 03, 2009

KENAPA? KENAPA? KENAPA?


Kenapa aku sering kali kena buat sesuatu yang aku tidak suka? Kenapa benda yang aku tidak suka itu acap kali datang mengganggu hidupku? Kenapa aku tidak boleh kata tidak pada sesuatu yang aku tidak suka?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Persoalan kenapa ini bertubi-tubi menerjah ke dalam kotak fikiranku. Aku seperti orang yang hilang arah dan tidak keruan. Aku tidak tahu apa yang perlu aku buat untuk menanganinya. Aku buntu, kaget dan masih tercari-cari…………

(Suspen tak intro…… hahahahaha….mesti korang tertanya-tanya apa kes lah mamat sorang ni…..)

Kisahnya begini…..

Aku telah disuruh pergi berkursus mengenai cara-cara memuat turun maklumat ke dalam web portal.

(Mungkin sekarang ni korang tengah gelakkan aku.... ha... gelak la..gelak.... korang mesti kata…. ‘Ala benda kecik pun nak kecoh’ Korang tau tak benda kecik ni besar ertinya buat aku…. korang pun tahu aku ni fobia pada komputer dan teknologi….aku bukan seperti pemuda tipikal yang menggemari segala macam jenis teknologi baru… sedangkan excel pun tak lepas inikan pula web portal..)

Pensyarahku pernah berkata bahawa orang PR ni kena sentiasa perbaharui isi kandungan dalam laman web syarikat. Intepretasi aku, orang IT yang akan tolong muat turun segala macam nika maklumat tersebut ke dalam web dan aku hanya perlu sediakan kandungannya sahaja.Rupa-rupanya aku tersilap percaturan. Bukan sahaja aku perlu sediakan kandungannya tetapi aku juga perlu melakukan kerja-kerja memuat turun.

(I tell you… benda ni bukan sesenang memuat turun entry ke dalam blog…. Banyak betul prosedur yang perlu diikuti…. P/S: memuat turun tu download yer… kepada sesiapa yang masih keliru dgn istilah tersebut)

Selama sehari aku pergi belajar benda alah ni dari pagi sampai petang. Kakak yang ajar aku tu pun pening sebab aku asyik tanya macam mana nak buat itu dan ini.

(malas bertanya sesat jalan…betul tak?)

Selepas sehari suntuk belajar mengenainya tanpa kenal erti penat dan jemu aku berjaya memahaminya. Itu pun aku perlu banyak berlatih lagi. Aku pasti aku akan berjaya memuat turun maklumat tersebut walau apa jua rintangan yang melanda.

(Hehehehe….. aku tau korang mesti kata aku over… benda kecik ni pun nak berintangan bagai…mcm nak naik Everest jer… tapi korang tolong lah faham aku…. Aku memang fobia tahap dewa benda2 mcm ni)

Tamat sahaja kursus Manager aku pun membuka mulut, seraya berkata,

“Awak jangan lupa apa yang awak belajar tadi… nanti esok2 awak ajar saya pula macam mana nak download dan update website kita tu”

Aku membalas,

“Boleh Puan……. No hal la…. Nanti saya ajar”

(Dalam hatiku…mampos! Aku pun bukan paham sangat buat benda ni…main angguk-angguk jer bila dorang ajar…bukan apa… aku tak nak kecik kan hati dorang…ye la dorang ajar bagai nak rak... yang aku ni masih tak paham2…nnt ape kata dorang pula…)



Sekian…….