April 20, 2009

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG LELAKI



Pagi itu tak seperti selalu. Tiada kicauan burung. Mendung berarak kelabu. Matahari masih enggan menunjukkan diri. Namun, dingin pagi masih terasa. Entah mengapa pagi itu terasa lain benar. Hatiku bagai disentak-sentak untuk ke tempat kerja. Sengaja aku keluar awal untuk menikmati pagi yang kelam itu. Ini pagi terakhir aku menaiki tren menuju ke tempat kerja.


Ingatanku berputar sejenak mengingati hari-hari ku menaiki tren menuju ke tempat kerja. Kerap kali aku merungut dengan perkhidmatan tren yang sering tergendala. Itu belum lagi aku menjeling dan ada tikanya aku mengeluarkan kata-kata yang kurang enak untuk didengari terhadap penumpang dungu yang kurang kesedaran siviknya kala menaiki tren. Ahhhhhh…… aku menarik nafas lega. Selepas ini tidak perlu lagi aku menghadap semua itu.


Tanganku pantas menekan butang lif sesampai sahaja aku di menara tempat aku bekerja. ‘Eh Mama,’ aku menegur rakan sepejabat yang membahaskan dirinya Mama. “Zul, awal hari ini,” balas Mama dengan senyuman manis yang terukir dibibirnya. Today is your last day kan? You gonna miss all this,” Mama terus-terusan berkata. Aku memandangnya dengan senyuman tanpa berkata walau sepatah pun. Nampak seperti aku tidak menghiraukan kata-katanya. Tapi sebenarnya aku cuba menidakkan hakikat yang hari ini hari terakhirku. Jauh di sudut hatiku, aku sedih kerana selepas ini mungkin aku tidak berpeluang bertemunya lagi. Mama yang ku kenali adalah seorang yang baik hati. Segala macam kerja yang aku kurang pasti akan segera ku usulkan kepadanya. Maklumlah pengalamannya melebihi 30 tahun.


Sebaik melabuhkan punggung di tempatku. Aku menghidupkan komputer. Jari-jemariku menari-nari di atas papan kekunci. Segera aku habiskan kerja-kerja terakhirku. Aku menyimpan semua data dan maklumat yang diperlukan supaya mudah bagi aku menyiapkan laporan untuk dipersembahkan kepada pensyarahku kelak.


Seketika kemudian, aku terdengar suara Mama memanggil semua staf di pejabat itu berkumpul di hadapan. Aku lihat ada sedikit jamuan di atas meja.


“Seperti kita sedia maklum salah seorang daripada pelajar praktikal di pejabat ini akan tamat latihan praktikalnya pada hari ini iaitu Zul. Oleh itu, kita persilakan Zul untuk memberi ucapan,” Mama mengepalai majlis pada pagi itu.


Aku terkesima. Tidak mampu menuturkan kata-kata. Muka ku merah disebabkan perasaan malu yang teramat sangat. Aku terdiam sejenak. Tidak kusangka rupanya mereka merancang majlis perpisahan buat diriku. Kala itu aku bertanyakan pada diriku. Siapa aku sehingga mereka meraikan aku sebegini rupa. Aku hanya seorang budak praktikal yang tidak bergaji. Kedatanganku di sini untuk melengkapkan program ijazah yang ku ambil. Kedatanganku di sini untuk menimba ilmu seberapa banyak yang mungkin.


Aku terasa diriku begitu kerdil sekali. Aku berdiri di kalangan mereka yang berpangkat besar yang ada diantara mereka bergaji menjangkau belasan ribu. Maklumlah aku bekerja di syarikat GLC. Sekali lagi aku bertanya pada diriku. Siapa aku sehingga mereka meraikan aku sebegini rupa.


Namun, aku gagahkan diri untuk memberi ucapan pada pagi itu.


“Saya malu,” itu perkataan yang pertama keluar dari mulutku.


Kata-kata ku itu disambut dengan hilai tawa.


“Ala…zul tak perlu malu-malu,” entah siapa membalas kata-kata ku itu.


“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan banyak mengajar saya semasa saya di sini. Pengalaman bekerja di sini adalah sesuatu yang amat bernilai buat diri saya. Ini merupakan langkah pertama saya dalam menggapai kejayaan gemilang di masa depan,’ aku memberi ucapan ringkas.


Mereka memberi tepukan. General Manager menyampaikan hadiah. Kedipan cahaya kamera bertubi-tubi menerjahku. Aku pula terus dibuai perasaan yang bercampur-baur, antara malu, sedih dan gembira.


Petang sebelum aku meninggalkan pejabat, aku bersalaman dengan semua staf. Pada mereka ku mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata-kata dan perbuatanku sepanjang aku bekerja di situ. Mereka sempat menitipkan pesan agar aku tidak memilih kerja. Kata mereka dalam ekonomi sekarang yang tidak menentu ini aku harus bijak mengambil setiap peluang yang ada.


Aku tenung meja tempat ku bekerja, aku renung bilik mesyuarat tempat aku berdiskusi, aku memandang wajah teman-teman seangkatan ku yang sama-sama menjalani latihan praktikal. Langkahku lesu takala aku meninggalkan pejabat pada petang itu.


Aku menuruni lif bersama-sama staf yang ku panggil Kak Watie. Walaupun aku memanggilnya kakak tapi beliau lebih tua daripada ibuku. Beliau kelihatan muda dan sentiasa tersenyum. Aku senang bersamanya. Aku sering bersarapan pagi bersamanya. Aku juga sering makan tengahari dengannya. Setiap kali aku makan dengannya pasti beliau yang membayarnya. Terkadang aku naik segan dibuatnya. Beliau banyak membantuku dalam menjalankan tugasan pejabat.


Sebelum berpisah aku bersalam dengannya. Aku cium tangannya. Padanya aku memohon keampuan.


“Kak Watie maafkan saya kalau saya ada buat salah dengan Kak Watie,” kata-kata ku tersekat-sekat. Aku menahan sebak. Entah kenapa aku emosi kali ini.


“Zul takde buat salah dengan Kak Watie, Zul dah macam anak Kak Watie. Jangan lupakan Kak Watie yer…...” Kak Watie membalas sambil mengusap bahuku.


Kelihatan titis-titis jernih bertakung di kelopak matanya. Pantas tangannya mengelap air mata yang hampir berjujuran itu.


Aku terdiam. Ku renung wajahnya. Dadaku berombak menahan sebak. Aku tidak mahu menangis. Ku tahan perasaan ku itu.


“Saya pergi dulu Kak Watie. Nanti kita jumpa lagi,’ aku menamatkan bicara petang itu.


Cepat-cepat ku atur langkahku meninggalkan tempat itu. Lagi lama aku di situ maka makin sebaklah hatiku. Jauh di sanubariku aku berjanji tidak akan melupakannya. Begitu juga dengan mereka yang lain. Aku membawa pulang bersamaku seribu satu kenangan. Aku kini optimis untuk memulakan hidup baru sebagai seorang lepasan siswazah.

Begitulah hari terakhir Mr Jon menjalani latihan praktikal industri. Mr Jon cuba menerapkan unsur-unsur cerita pendek (cerpen) dalam entry kali ini. Amacam? Ok? Hahahahaha…..Mr Jon tahu entry ini agak emosi sikit. Memang Mr Jon emosi hari tu tapi tak nak tunjuk. Malu seyyhhhh!

Yahoooooooooooooooo.com.my! Mr jon berasa sangat gumbira. Habis juga praktikal, lega rasanya. Kalau tiada aral menegak….eh menegak ke melintang ha? Lupa plak…. Mr Jon bakal menggenggam segulung ijazah. Insyallah, kalau di izinkan Allah.

Mr Jon habis awal seminggu tau. Nak tau sebabnya…..sebabnya Mr Jon seorang budak praktikal yang berdedikasi, komitment tinggi, tak pernah datang lambat dan hensem….

Aik! Tetiba lak hemsem. Ok itu tipu. Jangan percaya.

Sebab Mr Jon tak pernah ambil cuti. Oleh itu, mereka bagi Mr Jon habiskan cuti-cuti tersebut dengan harapan Mr Jon akan sahut program Cuti-Cuti Malaysia. Wang pun tiada bagaimana mahu pergi cuti-cuti.

Sasaran Mr Jon lepas habis praktikal ni adalah:

1. Memburu kerja.

2. Mengempiskan perut yang boroi.

3. Mencari cinta.


Hahahahahaha...objektif nombor 3 itu tidak benar! Gurauan semata-mata....

Anda semua doakan Mr Jon berjaya ya!


Sekian.

April 15, 2009

BELAH ROTAN ATAU BERLARUTAN

PIHAK PEREMPUAN:

Sungguh indah Tasik Chini,
Jauh mengalir ke Tanjung Puteri,
Tertanya-tanya pihak di sini,
Apa hajat datang ke mari.


PIHAK LELAKI :

Maaf la ye kami di sebelah lelaki ini tak pandai berpantun.



Tetttttttttttttt....... 1 – 0


Kemenangan pusingan pertama di pihak perempuan.


PIHAK PEREMPUAN:

Takpe, kalau tak pandai berpantun bersyair pun boleh…..


KEADAAN SEKELILING:

HAHAHAHAHAHA.......disambut dengan hilai tawa oleh pihak yang meminang.


Eh...eh...Gelak pulak...orang sindir la !


PIHAK LELAKI :

Kami datang ni bawa hajat besar ingin menyunting bunga di taman.


Eceh…..mereka mula menggunakan ayat berbunga-bunga mungkin sebab tak dapat jawab pantun tadi. Kiranya nak tebus balik la ni…… lalu mereka berpuitis. Takpe…takpe… kita bagi peluang.


PIHAK PEREMPUAN:

Bunga di taman kami ada dua kuntum nak yang mana satu…


Hahahahaha….Mr Jon suka! Jawapan standard untuk majlis pinang-meminang…..

PIHAK LELAKI:

Tentulah bunga mawar yang kembang mewangi.


Ha! Ekkk…lehhhhh apa engkorang ingat bunga kat taman ni dah layu ke? Semuanya kembang se-taman ok! Lagi satu mana engkorang tau bunga kat rumah ni bunga mawar? Kot-kot bunga orkid ke? Bunga raya ke? Bunga tulip ke? Bunga api ke?


Begitulah permulaan sebuah majlis pertunangan.



Anda mesti tertanya-tanya siapa yang bertunang?

Siap berpantun bagai, ada pihak perempuan dan pihak lelaki, pihak yang

meminang dan yang dipinang.




Adakah Mr Jon menyunting orang? Gotcha!

Atau orang menyunting Mr Jon? Ahaks!



Kedua-duanya tidak benar sama sekali. Sebenarnya, Mr Jon menghadiri majlis pertunangan sepupu tercinta. Seminggu sudah tiada entry baru di blog ini. Mr Jon ketandusan idea untuk dibuat modal penulisan. Puas medulla oblongata Mr Jon diperah dan dikorek…..tak dapat juga idea!

Akhirnya…..Nah! Ini dia buah tangan untuk pengunjung setia blog MELALUT. Selepas mendapat inspirasi dari majlis tersebut…….Mr Jon persembahkan entry MARI KITA BERTUNANG yang bertemakan ala Desa Inggeris.

Apa korang ingat kahwin jer ada tema……Ini jam punya zaman kalau bertunang pun kena ada tema tau! Serius Mr Jon tak tipu konsep hantaran pihak perempuan ala desa Inggeris.

Mr Jon rasa sekarang ni memang musim mamalia mengawan la. Mana taknya.....sana tunang sini kahwin lepas tu orang tu mengandung orang ni dapat anak.



Perut Mr Jon yang sedia boroi ni.......bertambah-tambah boroi asyik

mentedarah nasi minyak.

Ya Tuhan! Bahasa apa ni? Mentedarah! Mr Jon sila jaga bahasa anda….


Ketika sesi sunting-menyunting, petik-memetik bunga di taman itu, Pak Sedara Mr Jon selaku tukang kebun telah memarahi pihak lelaki kerana mereka petik bunga tak ikut prosedur.


Hahahahaha….ok…ok… Mr Jon melalut nak sedapkan jalan cerita.


Pak Sedara Mr Jon yang bertindak sebagai kepala majlis telah mengambil inisiatif untuk menerangkan konsep cincin belah rotan yang sebenarnya.


Contoh ayat:

1. Maslina menerima sebentuk cincin belah rotan daripada tunangnya.

2.“Syafa, mak nak dia bagi kamu sebentuk cincin belah rotan masa upacara batal air sembahyang nanti," kata ibunya dengan tegas.

3.“Wah! Cantiknya cincin belah rotan yang tunang kamu berikan ini,” kata Akma kepada Faizah.




Apa yang anda bayangkan kalau orang menyebut cincin belah rotan?

Adakah anda bayangkan cincin yang berbentuk seperti rotan yang

dibelah?

Tidakkah anda pelik, kadang-kadang cincin yang bermata berlian pun di panggil

belah rotan.



Ini jawapannya, menurut Pak Sedara Mr Jon ini…..asalnya ia bukan di sebut sebagai BELAH ROTAN tapi BERLARUTAN.

Maksudnya cincin yang dipakai ketika pertunangan mahupun akad nikah itu adalah simbolik kepada hubungan yang berlarutan sehingga ke akhir usia. Sebab itu ia di panggil cincin berlarutan bukan belah rotan.

Tapi biasalah spesis mamalia bernama manusia ni suka buat silap. Kalau dah turun-temurun di sebut belarutan mestilah bila sampai generasi bawah-bawah ni jadi lain bunyinya.


Selingan jap………Mulai sekarang sila jangan gunakan slogan,

"Semoga berkekalan hingga ke anak cucu"

Tapi gunalah slogan……

"Semoga berkekalan hingga ke akhir usia"

Kalau anak cucu maknanya selepas mendapat cucu anda akan bercerai.


Bersambung kembali…..

Malam sebelum majlis pertunangannya pula orang sibuk gulung daun sirih nak buat sirih junjung, Mr Jon pun tau mau mengalah……. nak juga gulung sirih tersebut.

Cett! Sirih yang Mr Jon gulung kat lidi bagi membentuk daun yang bertangkai tak jadi. Orang kata tangan takde seni.

Mengalah! Malas nak buat……

Mr Jon biarkan mereka hanyut dibuai khayalan menggulung sirih-sirih itu. Ketika sesi gulung menggulung sirih, Mak Ngah Mr Jon selaku orang yang bertanggungjawab mengepalai acara tersebut berceloteh mengenai sirih junjung.

Katanya, sirih junjung mesti diselitkan kapur dan gambir. Orang tua-tua kata tak elok kalau takde kapur dan gambir dalam sirih junjung tersebut. Tambahnya lagi, kalau adat Perak mereka bawa tepak sirih tak bawa sirih junjung.

Mr Jon juga sempat mengheret Miss Linna untuk menyaksikan majlis tersebut agar beliau dapat memahami konsep pertunangan dan perkahwinan masyarakat Melayu. Ini kerana beliau mengamalkan dasar pandang ke barat dalam hal-hal sebegini.

Sebelum majlis pertunangan tersebut berakhir. Pak Sedara Mr Jon sekali lagi berpantun.


PIHAK PEREMPUAN :

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Pihak lelaki ada apa-apa nak diperkatakan.


PIHAK LELAKI :

??????????


Tetttttttttttttt....... 2 – 0

Failed !


Mr Jon harap anda semua belajar sesuatu daripada entry ini. Harus diingat walau secanggih dan semoden mana pun kita pada hari ini adat dan budaya jangan di lupa.


Wasalam,

April 06, 2009

BUKAN KERANA RUPA


MAMBANG.. MARKA.. MATA AIR.. MAKWE


Walau apa pun istilahnya, ia tetap membawa kepada satu makna iaitu perempuan yang berkasih-kasihan dengan seorang lelaki yang bukan muhrimnya.


Maka apa kaitan pernyataan di atas ini dengan Mr Jon.


ADAKAH MR JON SUDAH BERPUNYA?

ATAU

MR JON INGIN DIPUNYAI?


Anda mesti tertanya-tanya apa kes entry Mr Jon kali ini. Ini bukan kes sivil, kes mahkamah atau pencil case. Kedua-dua pernyataan tersebut tiada kena-mengena dengan entry Mr Jon kali ini. Tapi ini soal hati dan perasaan. Mari Mr Jon bawa anda kepada situasi ini:


SITUASI 1: Ketika bersama kawan-kawan yang sudah lama dikenali.

Individu A:
Jon kau ni bila la nak ada girlfriend ?
Mr Jon: Kenapa?
Individu A: Muka hensem-hensem takde girlfriend.


SITUASI 2: Ketika bersama kawan-kawan yang baru dikenali.

Individu B:
Zul kau takde makwe ?
Mr Jon : Takde.
Individu B : Tipu la muka hensem macam ni takkan la takde makwe. Tak caya aku.....


SITUASI 3 : Pura-pura tidur tapi pasang telinga untuk mendengar
perbualan ibu dan adik perempuan.

Adik Perempuan: Ibu abang takde girlfriend ke?
Ibu: Entah….takde kot. Tapi kawan perempuan ramai.
Adik Perempuan:Muka hensem pun takde makwe ke?
Ibu: Kau tanya lah dia sendiri.
Mr Jon: Krohhhh....krohhhh...krohhh.. (berdengkur untuk mantapkan lagi lakonan)


SITUASI 4 : Ketika berkumpul bersama sanak-saudara di kampung.
Saudara-mara: Kome ni idak ke ade makwe.
Mr Jon: Takde
Saudara-mara: Issyyyhhh…. Tak caye teman….ghoper kome lawo-lawo ni takde
makwe. Ate… kat unibersiti tu idak ke ade yang berkenan.
Mr Jon: Takde
Saudara-mara: Bior teman caghi kan….
Mr Jon: Tak sior teman….


PERSOALANNYA SEKARANG!

SALAH KE ORANG HENSEM TAKDE MAKWE?

SALAH KE?

CUBA KORANG BAGITAU MR JON SALAH KE ORANG HENSEM TAKDE MAKWE?

SALAH KE?



OK! Anda semua diminta muntah sebanyak satu besen disebabkan terpaksa baca entry yang
berbaur masuk bakul angkat sendiri ni. Silakan muntah jangan segan-segan. Mr Jon faham
perasaan anda kerna terpaksa baca entry yang rendah tahap moralnya ini.

PADA MR JON,

Cinta itu bukan kerana paras rupa.
Cinta terbit dari perasaan sayang yang mendalam.
Cinta itu juga bukan sekadar kata-kata.
Cinta bukan boleh didapati di tepian pantai mahupun di puncak gunung.
Cinta adalah anugerah dari NYA yang tidak terhingga nikmatnya.


OK OK….STOP! Mr Jon bukan boleh mula bermadah pujangga ni jap lagi naik seh pula. Ya Tuhan! Apa kena dengan aku ni buat sajak cinta pula……hilang akal apa!


KEMBALI KITA KE PANGKAL JALAN……


Penulisan Mr Jon kali ini bukanlah hendak memuji diri jauh sekali mengatakan diri hensem. Tapi Mr Jon ingin katakan bahawa jodoh itu merupakan antara rahsia Allah. Kepada mereka yang tidak berpacaran janganlah gundah-gulana bermuram durja kerana semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz. Hanya menunggu saat dan tikanya sahaja. Kepada mereka yang sudah berpacaran semoga anda ke jinjang pelamin.


SEKIAN,


Wabillahitaufiqwalhidayah wasalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh.


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.


April 02, 2009

PERIHAL EARTH HOUR



Minggu lepas heboh saentero dunia bercakap pasal Earth Hour. Tak perlu Mr Jon terangkan apa kejadahnya Earth Hour itu. Sekiranya anda tidak membutakan mata mentulikan telinga anda pasti tidak terlepas dari publisiti meluas kempen ini.


Sabtu 28 April 2009 kira-kira jam 12 tengahari, Mr Jon menaiki tren menuju ke stesen Hang Tuah. Dari tingkap tren Mr Jon ternampak api menjulang tinggi beberapa orang dilihat sedang membakar sesuatu. Sisa pepejal barangkali. Dalam hati Mr Jon….

Earth Hour konon!

Tren berhenti di sebuah stesen, sekumpulan gadis-gadis sunti menaiki tren. Tren menjadi hingar-bingar. Sedetik kemudian Mr Jon terdengar perbualan ini,



"Wei malam ni Earth Hour doh...


Kita overnight lah!


Kau cakap ar ngan mak kau….. kau tido umah aku malam ni"

Mr Jon panas telinga, terasa ingin sekolahkan gadis-gadis sunti ini di situ juga. Beginikah cara mereka menyahut seruan kempen ini ?


“Mak malam ni tutup lampu tau, padam elektrik”

“Ahhh….. malam ni aku nak tengok AF”

Tidak berjaya saranan kawanku itu terhadap emaknya.

Di sana sini ada acara countdown Earth Hour. Apa kejadahnya semua itu? Segala macam peralatan elektrik sebelum countdown sudah melipat gandakan penggunaan tenaga elektrik, dari lampu neon yang berkedi-kedip, pembesar suara dan segala macam tok naduk yang bernyala dan berbunyi. Ironinya tepat jam 8:30 semuanya di hentikan sehingga jam 9.30 malam.


Sedangkan sekiranya tiada kempen ini maka tiada acara pentas seperti ini. Keadaan seperti biasa. Penggunaan elektrik seperti biasa. Tetapi disebabkan kempen ini penggunaan tenaga elektrik menjadi luar biasa.


Bukankah ini menambahkan pemanasan global?


Konsert, gelap, malam……elemen-elemen ini cukup mengheret anak-anak muda berembun sampai ke pagi. Seterusnya anda pasti tahu babak apa yang akan terjadi kalau nafsu menguasai akal.


Malaysia Boleh!


Slogan ini menurut guru Mr Jon salah dari segi subjek dan predikatnya.


Tapi itulah Malaysia, membolehkan semua perkara. Kalau orang putih buat kempen kemain lagi kita menyahutnya. Kerajaan buat kempen kitar semula sampai sekarang pun tak berjaya. Tong kitar semula berbagai warna tu jadi hiasan jer. Tong tu elok buat isi air time krisis air nanti.


Kelmarin Mr Jon terbaca di akhbar TNB catat kerugian 550 mw akibat kempen ini. Ini bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40tt setiap satu. Mungkinkah kestabilan saham TNB yang disukai ramai itu akan tergugat disebabkan kempen ini?


Menariknya, menurut TNB permintaan memuncak begitu cepat pada pukul 9.30 malam mengikut pola permintaan yang biasa pada petang Sabtu. Ada kempen ke takde kempen ke sama sahaja.


Rasanya atuk Mr Jon di kampung terlebih dahulu buat kempen padam lampu.

Pantang betul dia kalau semua lampu dihidupkan. Kalau cucu dia hidupkan lampu

bilik air dan pada masa yang sama cucunya menghidupkan juga lampu dapur sebab

bilik air terletak di dapur. Beliau pasti mengambil inisiatif untuk memadamkan

lampu dapur itu. Kadang-kadang kalau balik kampung Mr Jon rasa seperti hidup di

zaman lampau kerana semua lampu dipadamkan. Tetapi tanpa Mr Jon sedari, rupa-

rupanya atuk Mr Jon telah mengurangkan pemanasan global.


ATUK SANGAT HEBAT!


Adakah atuk atau nenek anda melakukan perkara yang sama?

Mr Jon bukan berpandangan negatif tapi cuma mahu bersikap realistik kempen padam lampu satu jam pada suatu malam mungkin berkesan meningkatkan kesedaran awam tetapi gagal mendidik manusia menjaga alam dalam jangka masa panjang.


Di satu sudut yang lain Malaysia pasti dipandang serong kalau tak sertai kempen ini. Ye lah....kan satu dunia ikut sama kempen ini. Nanti jadi macam US pulak tak nak ikut Perjanjian Kyoto. Apa pulak kata orang nanti.......

Ok cukuplah setakat di sini entry berciri ilmiah dan kritikan ini. Sehingga kita bertemu di lain masa.