Showing posts with label Aku Tertekan. Show all posts
Showing posts with label Aku Tertekan. Show all posts

May 26, 2009

APA NAK BUAT NI..........


Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah lebih sepurnama, Mr Jon duduk di rumah. Tiada gerangan pemilik nama Mr Jon ini berbuat apa-apa melainkan menjalankan kegiatan domestik seperti makan, minum, melayari internet dan tidak lupa berpeleseran di kedai-kedai mamak, shopping complex, dan pusat karaoke bersama teman-teman kala kekayaan melimpah ruah.



Tetapi bila kekayaan yang melimpah ruah itu habis dan kering-kontang, Mr Jon mengambil keputusan untuk berpeleseran pula bersama ibu dan makcik-makcik tercinta di gedung-gedung sekitar KL dan juga pasaraya-pasaraya besar yang menawarkan jualan murah. Ini semua dilakukan bagi menghilangkan kebosanan di samping meluangkan masa berkualiti bersama famili. Lagi satu keluar dengan mereka tidak perlu keluarkan duit walau sesen sekalipun. Hihihiihihihihhihi…… heaven sangat!



Sejak bergelar pengggangur ni Mr Jon rasa seolah-olah diri ini seperti tiada masa depan. Seolah-olah diri ini tidak berguna. Yelah duduk rumah goyang kaki sambil tengok WONDERPET. Ianya tidak mendatangkan hasil melainkan Mr Jon dah hafal semua lagu yang dinyanyikan oleh tiga ekor binatang perliharaan dalam cerita tersebut.



INI SERIUS……..


Ada kawan-kawan Mr Jon yang lain telah mendapat pekerjaan. Sedangkan Mr Jon masih terkontang-kanting memburu kerja. Haihhhhhhh……nasib…..nasib….. Puas sudah Mr Jon menjual diri secara beretika di sana sini.



“Encik nak beli saya……saya ada degree, dah la baik pulak tu…. Pasti company Encik akan mendapat keuntungan beribu-ribu lemon dengan mengambil saya sebagai pekerja”



“Puan nak beli saya.......saya ni seorang yang berdedikasi lagi kacak bergaya.......saya yakin reputasi syarikat ini akan bertambah baik dengan adanya orang macam saya.”



“Cik, kalau Cik ambil saya kerja, I bet you company ni akan bertambah vogue lagi hebat di mata masyarakat……”



(Sila jaga pemikiran anda Mr Jon bukan buat kerja yang di laknat Tohan!)



Namun, Mr Jon masih belum mendapat wahima sebanyak satu temuduga sekalipun! Sangat menyedihkan. Entahlah, belum ada rezeki la tu gamaknya.



Susah-susah sangat Mr Jon nak jadi parajurit la. Kah....kah...Kah... macam lepas! Mr Jon ni dah la tak berapa nak tinggi ada yang kena tendang keluar dengan Sarjan Misai kang…… Buat malu keluarga dan masyarakat setempat! Eh tapi kan dulu masa sekolah Mr Jon aktif Kadet Bomba. Lagi pula Mr Jon masuk Khidmat Negara (PKN) tau! Bukan nak berlagak tapi Mr Jon masa kat PKN dulu pernah kena jemur dua jam kat padang kawad pukul 1 tengahari sambil berbaring atas tar hitam legam yang panas itu. Takde apa-apa pun sihat jer. Jadinya, Mr Jon mesti boleh lepas ujian nak jadi parajurit nanti.



Hahahahahaha…….sangat menjengkelkan pernyataan ini! Ok sila kalian abaikan….



Tak pun Mr Jon jadi pendidik la dan ambil Diploma Perguruan. Ada orang kata Mr Jon ni boleh jadi guru yang hebat! Hebat ke tak hebat ke see the leg la! Ok satu lagi kenyataan berlagak dari Mr Jon. Sila abaikan juga…….. Kalau Mr Jon seorang guru, Mr Jon nak ajar subjek Sejarah. Mr Jon suka giler Sejarah dan benci tahap gaban subjek Matematik! Mr Jon tahu ramai orang tak suka sejarah. Sebab buta Sejarah la Batu Putih tu terlepas ke tangan Temasik. Sebab buta sejarah ramai orang tak tahu signifikan hak istimewa orang Melayu. Oleh itu, sebagai guru Sejarah Mr Jon akan pastikan anak-anak murid Mr Jon menjadi celik Sejarah!



Ha! Mr Jon dah naik seh dah ni. Korang jangan tak tahu Mr Jon ni berjiwa patriotisme.



Kembali kita ke topik perbincangan yang utama iaitu, APA MR JON NAK BUAT KALAU TAK DAPAT KERJA.



Sertai MLM? Haissyyhhhh….. sejak kebelakangan ni adalah beberapa individu approach Mr Jon masuk MLM. Tapi Mr Jon tak minat la. Serius memang tiada minat. Tapi memang ramai betul orang masuk MLM sekarang ni. Mr Jon tepis semua ajakan mereka itu. Jadi setakat ni MLM tiada dalam perancangan Mr Jon. Hanya satu sebabnya iaitu TAK MINAT! Tapi manalah tahu satu hari nanti Mr Jon sertai MLM pulak dan siap keluar paper lagi jadi jutawan MLM.



Hahahahaha….Oleh itu, Mr Jon jangan nak berlagak, sila jaga bahasa anda….Kata orang terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya….



Buka perniagaan baru! Bagus juga idea ni kan. Mr Jon takdela minat bagai nak gila berniaga ni. Tapi Mr Jon suka la juga kalau memiliki perniagaan sendiri. Persoalannya sekarang Mr Jon nak jual apa? Takkan nak jual diri lagi? Choyyyyyyyy!!!! Kalau masa Raya Puasa ibu dan makcik Mr Jon jual kuih raya. Mr Jon pun selalu la jugak tolong. Kerja Mr Jon sira coklat Almond London dengan gulung tart. Oleh yang demikian, Mr Jon berpendapat nak jual kuih raya sepanjang masa. Tak payah tunggu raya. Hahahahahaha….itu pun kalau ada market dan permintaan dari pasaran. Adakah anda semua sudi nak beli kuih Mr Jon nanti? Sila angguk kepala anda di depan monitor kalau wujud kesudian itu dalam diri anda.



Kesimpulannya, Mr Jon nak cakap apabila anda seorang penganggur anda akan menjadi sorang yang sensitif atau bahasa mudahnya dipanggil cepat sentap. Anda akan jadi seperti perempuan yang datang bulan. Emosi tak stabil. Nak nak lagi kalau orang kata KAU NI APA NAK JADI KERJA TAKDE DUDUK UMAH JER atau malaun yang jumud fikirannya berkata APA GUNA KAU BELAJAR TINGGI-TINGGI TAPI TAKDE KERJA. Akhir kata salam mesra Mr Jon buat anda sekeluarga. Doakan Mr Jon cepat dapat kerja.




SEKIAN…


January 31, 2009

AKU TERTEKAN!


Tertekan aku! Tertekan…...........
Aku sangat tertekan semalam!


Kenapa time orang nak pergi kerja time tu la pulak nak buat hal. Apa dorang ni takde buat planning ke nak hadapi situasi genting macam ni….. Buat lah perancangan supaya bila saat-saat genting macam ni berlaku, masalah dapat diselesaikan dengan segera.



Ini tidak! Lembab! Hangin aku satu badan!


Begini kisahnya…..


Semalam, tren yang aku selalu naik atau lebih tepat STAR buat hal! Cuba korang bayangkan aku naik tren dari stesen aliran Ampang pukul 7 pagi…..aku sampai di Stesen Masjid Jamek pukul 8.30 pagi! Dekat satu jam setengah! Padahal bukan jauh manapun….selalu dalam 15 minit dah sampai.


Tren tu berhenti di stesen Miharja kira-kira 20 minit. Lepas tu boleh pula dorang buat announcement suruh penumpang turun di stesen Chan Sow Lin untuk tukar tren.


Kat sini aku tunggu dekat sejam! Dah la tu…. Perut aku pulak buat hal. Betul la perut ni time macam ni pulak nak sakit. Aku bergegas mencari tandas. Terus aku tanya bro yang jaga pintu masuk bagi penumpang yang ada pas bulanan.


Aku: Bang kat sini ada toilet tak?

Bro: Sini takde toilet!


Jawapan bro tu sangat ringkas, padat dan agak kurang menyenangkan aku…. Nak tak nak jer dia jawab aku…. Pastu cepat2 dia palingkan muka dia..

Dia ingat aku bodoh ke? Memang la kat STAR takde tandas awam tapi setiap stesen STAR ada tandas untuk staff…



KEDEKUT TANDAS!


Bukan aku nak bawa balik pun tandas dia! Nak pinjam kejap jer sebab perut aku teramat sakit… kalau tren tu tak buat hal dah lama aku buang air kat toilet office yang lebih bersifat kelas atasan daripada toilet kasta bawahan kat STAR tu!…


Makanya tak payalah aku mencemar duli tanya dia nak guna toilet! Geram aku macam bagos jer dia tu… kalau kau bagos takde la kerje tu…. Ha… da mula la aku ni…


Tapi aku tidak akan sama sekali mengaku kalah sebelum berjuang... lantas aku pergi ke bangunan JKR yang setentang dengan stesen tu…


Haaaaaaaaaaaaaa….. lega rasanya dapat melepaskan beban yang ku kendong ini. Kemudian cepat-cepat aku pergi balik kat stesen tu… Sampai jer kat situ………


My Goodness Gracious!


Tren tak sampai lagi….. I tell you…. Stesen tu dah tak tertampung manusia dah… penuh dan sesak… mcam air dalam gelas yang penuh… bila-bila jer boleh tumpah…


Maksud metafora aku itu ialah……. bila-bila masa sahaja penumpang boleh terhumban masuk dalam kawasan landasan kalau tercetus adegan tolak-menolak.


Aku pun beratur di barisan paling belakang. Pastu boleh pula dorang buat announcement yang tren ke Bandaraya bertukar platform. Hahahahaha…. jadinya aku yang belakang ni sudah jadi yang paling depan. Orang belakang dah bising-bising.


Rezeki jangan ditolak….takkan la aku nak pergi beratur kat belakang balik sambil berkata, “You guys deserve to stand here and I’m not…. Give me a way… Let me stand in the place that belongs to me…” Itu giler meroyan namanya.


Kali ni aku tersepit di celah-celah manusia. Sampai stesen Masjid Jamek…pintu tren pun terbuka. Apa lagi macam empangan pecah la. Semua terkeluar dalam keadaan bertolak-tolakan.

Aku ni pula terpijak la sandal sorang kakak ni.


Aku: Maaf Kak saya tak sengaja

(Dia buat bodoh jer…aku ingat dia tak dengar).


Aku: Maaf Kak.......

(Aku cakap lagi sekali….then korang tahu dia jeling aku…mesti dia sumpah seranah aku dalam hati dia… ala aku bukan sengaja pun nk pijak sandal dia… ada ke orang suka-suka nak pijak sandal orang lain….mari-mari pijak sandal….mari kawan-kawan kita pijak sandal… ada ke? Ada ke? Takde kan…..)


Bukan lah niat aku nak suruh dia cakap… “Takpe akak maafkan adik…akak tahu adik tak sengaja… “


Bukan seperti itu yang aku mahukan….Cuma janganlah jeling aku…..bukan sengaja pun nak pijak sandal dia. Nama pun tak sengaja.


Kemudian aku cepat-cepat naik Putra LRT. Akhirnya tepat pukul 9 pagi aku sampai di tempat kerja.


Cissssssssss! aku terlambat. Korang tahu tak aku ni tak pernah masuk lambat. Kiranya disebabkan gangguan perkhidmatan STAR aku dah lambat setengah jam!

Minggu lepas masa hari Jumaat juga... PUTRA LRT buat hal! Minggu ni STAR pula….. Apa setiap hari Jumaat Hari Kerosakkan Tren Sedunia ke?


Kadang-kadang rasa malas nak pergi kerja bila berlaku perkara-perkara di luar jangkaan seperti ini. Perjalanan menuju kejayaan ni bukan senang…. Harap satu hari nanti tak perlu lah aku berhimpit-himpit dalam tren macam ni lagi….





Sekian.