March 10, 2009

MINGGU YANG SIBUK


Maafkan Mr Jon kerana hampir seminggu membiarkan blog ini sendirian dan terbengkalai tanpa pemantauan yang khusus. Ya Allah…… Minggu lepas banyak sangat kerja sehingga tiada masa untuk menulis entry dan diri sendiri. Tu la hari tu bising takde kerja….

NAH! Sekarang ambik kau!sampai terkengkang-kengkang buat kerja.

Baiklah, penulisan kali ini aku akan ceritakan pengalaman bekerja pada minggu lepas.

Hari Jumaat tempat aku menjalani latihan praktikal ini akan mengadakan majlis pelancaran. Tugasan aku kena buat VIP List, telephone call untuk sahkan kehadiran, buat emcee script, event walk thru, sijil, susunan tempat duduk dan segala macam tok naduk aku kena buat. Semuanya telah bermula sebulan sebelum majlis.

Tapi bila dah nak dekat hari langsung, debarnya semacam.

Ceh...ceh...perkataan hari langsung macam rasa nak kahwin pula....

Beban kerja aku bertambah. Kalutnya menjadi. Sehingga tak turun rehat ni…..gigih siapkan kerja. Balik pula malam…..tak pernah-pernah umur aku balik malam sepanjang aku jalani latihan praktikal ini.

Seminggu juga aku tertinggal tengok Spa Q. Apalah yang terjadi pada Qistina? Ninja Warrior pun tak sempat nak tengok. Balik rumah, mandi, makan dan terus ke kamar beradu. Esoknya pukul 6 dah bangun, Siap-siap pergi kerja.

Aduh! Cepatlah habis praktikal….BOSAN lah buat sesuatu yang rutin!

Manager aku pula buat kezutan……ambik MC seminggu. Beliau juga telah membuat keputusan untuk tidak menghadiri majlis tersebut. Tak semena-mena semua tugasan beliau telah menjadi tanggungjawab aku.

Nasib baik ramai staf-staf ofis yang baik hati telah membantu aku. Tapi dalam pada itu aku tetap kena marah dengan sorang lagi manager ni yang pernah sound aku dulu pasal tak tahu pasang computer. Sesiapa yang ikut blog aku dulu pasti tahu kisah ini.

Dia tanya aku,
Manager: Mana VIP List yang terbaru… Awak dah buat confirmation…..

Aku termanggu-manggu…….lalu menjawab.

Aku: Saya tak sure la pasal tu.

Manager: Eh! Bukan awak ke yang buat….. AWAK NI BLUR LA!

Beliau membidas kenyataan itu aku dengan kuatnya sampai satu ofis boleh dengar.

Ok fine memang aku buat VIP List tu tapi manager aku tak suruh pula aku call confirmkan kehadiran dorang.

Manager: Saya nak awak confirmkan benda ni sekarang!

Aku segera ke tempatku print list tersebut lalu segera ke tempat beliau dan dengan penuh keyakinan aku berkata…..

Aku: Puan saya akan call semua VIP ni sekarang…..lepas habis call saya akan update Puan yer…..

Ala….setakat confirm VIP List tu apalah sangat….nak confirm kan kehadiran Dato’-Dato’ tu…
call je lah PA dia kan….

Haahahahaha…YA RABBI…..berlagaknya aku!

Namun, yang menjadi persoalannya perlu ke dia cakap kuat-kuat. Huh!

Aku segera jumpa PA GM dan minta semua nombor PA VIP tu.
PA GM pun berkata,

Eh...apasal dia suruh awak pula buat benda ni.....
Aku menjawab separa mengadu rasa tidak puas hati

Ntah la....dia marah-marah pasal takde orang confirmkan VIP List ni.
PA GM pun membalas,

Kan ni kerja saya….dia pun tahu…asal pula dia nak suruh awak. Apalah dia ni. Sudah awak jangan risau. Mulut dia memang macam tu cakap ikut suka jer.......

See....terbukti bukan salah aku !

Dengan langkah yang pantas aku pergi dekat manager tersebut dan cakap dalam nada yang begitu sopan dan humble.......

Puan......PA GM dah confirmkan kehadiran semua VIP. Ini senarainya Puan…….di hujung setiap nama itu ada status kehadiran mereka. Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?
Beliau membalas,

Ok awak buat 10 copy list ni.

Elehhhhh….. dah malu la tu…..konon-konon nak suruh aku buat sepuluh copy. Nak cover line....

Kemudian masa raptai majlis adalah buat perubahan itu dan ini terutama emcee script dan event walk thru. Masa tu jugak dia asyik cakap dengan kuat dan berulang-ulang sampai ada ketikanya dia tarik tangan aku suruh tulis.

Ha ! salin apa GM cakap tu....

Tukar itu......tukar ini......

Tambah itu....tambah ini.........

APA KEJADAHNYA SEMUA ITU ?

(Teringat pula kat Wan Kamarudin host Edisi Siasat….kata-kata yang terhambur keluar dari mulut dia begitu tajam dan sinis)

Aku tahu la bila perlu aku salin bila tak perlu. Takkan semua benda nak salin. Hello I’m massomite ok ! Bukan nak berlagak tapi sudah di train sebegini rupa. Aku tahu apa yang perlu dibuat.

Nasib la ada sorang staf yang baik ini berkata….

Its ok they are still in learning stage….

Lagi satu kejadian, emcee script tu aku lupa nak bagi soft copy tapi hard copy aku dah letak atas meja dia. Then esoknya, pagi-pagi depan GM and other staff dia dengan suaranya yang lantang dan kuat dari kejauhan dia berkata sambil tangannya diangkat ala-ala KARAM SINGH WALIA,

Ha…..kenapa awak tak hantar soft copy emcee script semalam……..

Maaf Puan saya lupa…. Jawab aku.

Lupa….lupa….. hantar SEKARANG! SEKARANG OK!, dia membidas kenyataan aku itu....

Perlu ke meninggikan suara sedemikian rupa.

Ironinya pada minggu tersebut aku dan beliau sama-sama kerja lebih masa. Aku bertungkus-lumus siapkan kerja aku dia pun sibuk siapkan kerja dia. Hanya tinggal aku dan dia sahaja dalam ofis tersebut.
Awak tunggu saya tau….

Ok Puan….saya tunggu Puan….

Nanti lepas magrib kita balik la ….dalam kul lapan….

Ok Puan......

Walau apa pun yang terjadi........ malam itu aku dan dia sama-sama menuruni lif sambil bergelak ketawa.

Hahahaahahahaha.......inilah yang dikatakan PROFESIONAL !

Tapi kan…. kalau tegur staf depan orang ramai cakap kuat-kuat dikira PROFESIONAL ke ?

Entahlah….. mungkin dia mengalami depresi kerana terpaksa menggantikan tempat manager aku sebagai floor manager pada majlis tersebut. Sudahnya aku ni……anak buah manager aku yang jadi mangsa keadaan. Kata pepatah,

GAJAH SAMA GAJAH BERPERANG PELANDUK MATI TERSEPIT DITENGAH-TENGAH

Konon-konon aku pelanduk spesis terancam yang jarang ditemui dan dari baka yang baik……hahahahahah…

Takpe la kan……at least aku belajar banyak perkara minggu lalu tentang bagaimana mahu menguruskan sesebuah acara. Semua ini aku anggap sebagai cabaran hidup.

CHOW!

15 comments:

  1. "Hello I’m massomite ok ! Bukan nak berlagak tapi sudah di train sebegini rupa. Aku tahu apa yang perlu dibuat."

    angkuh sgt bunyi ayat mu ini duhai mr jon...
    hahahaha...

    "Konon-konon aku pelanduk spesis terancam yang jarang ditemui dan dari baka yang baik……hahahahahah…"

    hm...sgt yakin...kagum i...hahahaha...

    ReplyDelete
  2. ciannye mr. jon kena tinggi suara macam tue!
    ehh, memang x profesional..
    supposely die boleh marah or tegur face to face..x perlu staff lain tau pon..
    macam la bgus sgt...


    emo lak kak sue bce entry nie..hurmm

    ReplyDelete
  3. huhu~
    saba je k mr.jon =D
    bia qema lak bg sinopsis spaQ utk mr.jon..
    so far, qistina da hepy jek skrg..
    julia n mak lang dy da kna penjara..
    haha..pdn muka!!
    famy n qistina da hmpir2 nk jd luver =D
    best3x..

    ReplyDelete
  4. adus mr.jon...br seminggu tertinggal Spa Q...cik iezy dh berzaman tak tgk sampai dh tak tahu hujung pangkal cerita....

    hehe...akhirnya anda rasakan bekerja sehingga perlu pulang lewat(tak berapa nak lewat la) malam...

    manager tu ada masalah ngan peti suara kot...tu yang cakap nak kuat je..haha...sabar jela...lumrah alam bekerja..lagi2 cam kita ni...mmg kena marah punyalah...

    errr...mr. jon... tok naduk tu ape yer???

    ReplyDelete
  5. To Nael....
    Hahahahaha...I tau bunyi mcm angkuh.....tapi I tak angkuh pun...I ni humble orangnya...

    ReplyDelete
  6. To Misz Sue,
    Kak Sue.....jangan emo. Inilah dunia kerjaya...
    Nak buat mcm mana telan jer lah....

    ReplyDelete
  7. To Qema....
    Padan muka Mak Lang dia.....muka Julia pun padan juga!
    Makin best Spa Q ni...
    Thanks ye Qema bagi sipnosis....

    ReplyDelete
  8. To Iezy......
    Tok naduk tu mcm perumpamaan.....maksudnya segala macam benda kena buat sampai tak tahu dah nak sebut apakah benda2 tersebut.

    ReplyDelete
  9. x rugi pun ko miss spa g.
    yg rugi if ko miss ninja warrior.

    pesan aku. jgn nnt bile ko da keje ko buat mcm manager pompuan tu buat kt ko suda.
    tp aku yakin mr jon x begitu.
    kan mr jon.

    ReplyDelete
  10. Adela....
    Mr Jon takkan buat begitu...
    Percayalah...
    Mr Jon ni baek hati.... hihihihihihi...

    ReplyDelete
  11. saye pon akui yang Mr Jon baek hati..

    Mr. Jon bila nak belanja kami maen ice-skating..Mr Jon memang baek hati... hik!

    Di harap Mr Jon akan jadi ketua yang low profile and people sure suke u nanti..

    =).

    ReplyDelete
  12. morning mr. jon..
    ske la bce entry2 dlm blog mr.jon nih..
    sgt kelakar n u're good in writing ;)

    Harap2 mr.jon akan terus aktif b'blogging..
    nice to noe ya! =)

    ReplyDelete
  13. Hi Miss Mango...
    Thanks for the compliment
    Nice to know you too.
    Lately Mr Jon sgt busy....but I'll update my blog.....

    ReplyDelete
  14. huhu..okay..i fhm coz i pn practical student mcm u..nowadays, practical student sgt busy, mengalahkan bos..haha!

    wish u luck mr.jon! sket lg je nk abis dah azab nih..chaiyok! =)

    ReplyDelete