March 23, 2009

ZAMAN PERSEKOLAHAN 2



Macam mana ok tak entry Mr Jon yang lalu pasal karenah cikgu-cikgu Mr Jon masa sekolah rendah. Mr Jon bila dah besar-besar ni boleh tergelak sendirian kalau ingatkan balik karenah Cikgu-Cikgu tersebut.

Baiklah.....


Mr. Jon masih dalam mood nak ceritakan kisah zaman persekolahan. Kali ni Mr Jon nak ceritakan pula perkara-perkara yang Mr Jon rasa ntah hape-hape ntah yang Mr Jon buat time sekolah rendah dulu.


Sekolah Mr Jon dulu ada loceng yang boleh diklasifikasikan sebagai ajaib. Sebabnya loceng ni akan berbunyi dua kali dan bila loceng pertama dibunyikan semua orang kena keraskan diri atau omputih kata freeze.


Tak kira lah kalau time tu tengah lari ke makan ke minum ker apa-apa jer lah tetap kena keraskan diri jugak. Bila loceng kedua bunyi baru boleh bergerak dan beratur kat tapak perhimpunan.


Agaknya kalau tengah buang air kecil, air tersebut pun harus keraskan diri beliau juga agar selari dengan konsep yang cuba diketengahkan oleh cikgu-cikgu tersebut.

Wakakakakakaka…..
Mr Jon tak tahu mana cikgu-cikgu ni dapat idea nak buat macam ni. Dah macam cerita Julia Juli pulak……ada kuasa freeze kan orang. Sampai ke hari ini Mr Jon duk fikir apa signifikasi tindakan mengeraskan diri takala loceng dibunyikan.


Yang tak boleh blah, siap practice lagi buat benda ni. Banyak kali pulak tu. Rupa-rupanya bukan sekolah Mr Jon jer buat kerja yang tak berfaedah ni, sekolah rakan Mr Jon iaitu Miss Linna pun do the same thing. Macam mana pula dengan sekolah anda semua?


ANGKAT JATUH ANGKAT JATUH


Hahahahahahah……ni lagi satu perkara yang Mr Jon nak tergelak. Bila luruskan barisan kena cakap angkat jatuh angkat jatuh sambil tangan letak atas bahu kawan di hadapan.....Wakakakakakakakaka…ntah hape hape ntah…….

Pastu kalau cikgu yang handle assembly hari tu hangin meroyan murid-murid tak reti diam. Dia suruh bebudak angkat tangan letak atas bahu kawan lama-lama dan jangan turunkan. Pergggghhhhhhhh….. lenguh tangan!

Ingat tak lagi, time sekolah dulu pensel mestilah melebihi jari kelingking. Kalau pendek dari jari kelingking kena buang dan guna yang baru. Kalau tak nanti mak kita akan mati. Ya Allah! Khurafatnya…… tapi time tu budak-budak semua percaya termasuklah Mr Jon.


Kalau naik bas pula, beg yang akan menggantikan diri kita untuk beratur. Letak beg siap-siap kat tempat bas berhenti. Jadinya siapa yang letak beg kat depan dialah yang deserve naik dulu. Dah letak beg then pergi main dengan kawan-kawan. Main jer lah apa-apa games macam ice-cream soda magnolia bulatan Malaysia, tutup botol, main kejar-kejar, batu seremban, main getah lagi main counter strike, half fly, command and conquer………


Eh chop chop chop…..
permainan cyber tak glamour lagi masa tu…..paling glamour pun game Super Mario jer tak pun Tamagotchi, games yang konon-konon boleh bela binatang secara elektonik tu.


Kadang-kadang tu sampai gaduh-gaduh berebut naik bas.



"Ha...ek... lah..... aku letak beg dulu aku lah naik dulu…

Sapa suruh kau lambat letak beg….

Kepala kau letak beg dulu boleh naik dulu……..

Kepala kaulah berjambut macam Joe Jambul…..

Berani wak datang lah……

Wak lu......."


Begitulah antara dialog-dialog pertikaman lidah bebudak yang berebut nak naik bas. Tapi kan time budak-budak dulu kalau gaduh kejap jer pastu ok balik. Tapi dah besar-besar ni kalau gaduh mau dendam tujuh keturunan. Kenapa ek jadi camtu? Padahal makin kita besar makin matanglah otak kita untuk berfikir.


Baiklah kita tinggalkan persoalan tersebut……..


Ingat tak Program Rancangan Makanan Tambahan atau singkatannya RMT. Program ni untuk murid-murid yang ibubapa mereka berependapatan rendah. Mereka yang terpilih untuk program ni akan dapat makanan percuma. Mr Jon bukanlah penerima RMT. Makanya apa kaitan Mr Jon dengan program tersebut?


Mr Jon sering dipilih untuk gantikan mereka yang tidak hadir. Time Cikgu nak pilih tu cepat-cepat Mr Jon buat muka kesian macam tak makan 10 hari. Hahahahahaha…..bukan apa, Mr Jon nak minum susu coklat yang dorang bagi.


Perrrggghhhhhhhh….. susu tersebut sangat sedap. Kesedapannya sehingga ke titisan akhir. Korang semua ingat tak susu tersebut? Ala… kotak dia kaler putih dan coklat ada muka budak sekolah pada kotak tersebut, nama lain bagi susu tersebut ialah susu kocak.


Ok ok ok…..anda semua jangan mengotorkan fikiran anda. Bukan susu kocak yang satu lagi tu tapi ini susu kocak yang di dalam kotak. Selalu jugak beli susu ni. Kalau tak silap masa tu harga susu tersebut 60 sen.


BUUUURRRRRRRR......mesti sendawa lepas minum susu kocak tersebut.


Ianya berkhasiat lagi mengenyangkan!


Apa lagi benda-benda bodoh yang Mr Jon terlibat…..


THINK THINK THINK THINK……


Ha! Ejek nama bapak. Sebenarnya Mr Jon tak suka idea mengejek nama bapak ni. Tapi kalau sape-sape yang mulakan memang Mr Jon hangin satu badan lalu terus mengejek nama bapak dorang!


Ada lah sorang budak ni beliau suka ejek nama bapak ngan mak Mr Jon. Apa lagi Mr Jon pun carilah nama datuk sebelah mak beliau sekali dengan bapak beliau. Time tu cikgu suruh hantar buku kat bilik guru, Mr Jon pun ambil peluang tersebut dan selongkar buku kedatangan dengan report card.


Hahahahahaha….dapat nama atuk dia. Nama mak bapak dia Mr Jon dah tahu.

Mr Jon ugut dia.


"Kau kalau ejek lagi nama mak bapak aku…..nanti aku sebarkan nama atuk kau…dua-dua aku tahu, mak kau ngan bapak kau….kau nak? Kalau tak nak jangan ejek aku"

Hihihihihihi…..Padan muka! Sejak hari tu dia tak pernah ejek nama mak bapak Mr Jon lagi. Tahu takut…..

Sedar tak sedar semua tu dah berlalu. Macam baru semalam je berlaku. Cepat betul bumi berputar pada paksinya sehingga kita tak rasa pun yang saat berganti minit, minit bersilih jam, jam meniti hari lalu hari memintas hari, menyebabkan bulan melangkah bulan sehingga tahun melompat tahun.

Banyak lagi Mr Jon nak cerita tapi cukuplah setakat ni dulu. Kang korang bosan tahap gaban pulak nak baca entry yang panjang berjela ni. Mr Jon akhiri entry ini dengan serangkap pantun.


Terima kasih daun keladi,
Kerana melawat blog ini,
Sampai di sini coretan ini,
Kalau sudi datanglah lagi.

DAAAAAAAAA.......

March 21, 2009

ZAMAN PERSEKOLAHAN


Entry kali ni, Mr Jon nak ceritakan karenah Cikgu-cikgu Mr Jon ketika di sekolah rendah dulu. Saje jer Mr Jon nak kongsi cerita dengan anda semua wahai pengunjung Blog Melalut yang Mr Jon kasihi. Mana tau mungkin wujud persamaan antara kisah anda dan kisah Mr Jon.

Baiklah,

Mr Jon bersekolah di sebuah sekolah lelaki yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Secara gografinya, sekolah tersebut memang terletak di tengah-tengah kerana di apit sekolah menengah di sebelah kirinya, sekolah cina sebelah kanannya dan sekolah perempuan di depannya.

Masa Mr Jon darjah satu ada satu cikgu ni, nama dia Mr. Khoo. Beliau merupakan cikgu English. Hahahahahahah.....Mr Jon mesti nak tergelak kalau ingat dia. Dia kalau murid-murid yang nakal tak reti duduk diam atau bercakap tak henti-henti mesti dia akan kata.


“Look at the monkey there....ha…. there.... at the back there…”





Kalau degil nak bercakap jugak…….dia akan dukung budak yang bercakap tu macam kendong bayi. Bawa ke depan. Lepastu dia letak budak tu atas almari buku kat depan kelas dan sumbatkan puting dalam mulut budak tu. Memang dia bawa spare dua puting yang siap dengan rantai tiap kali masuk kelas. Kadang-kadang dia bawa botol susu. Memang menakutkan. Nasib baiklah Mr Jon tak pernah kena.


Then kalau dia tengah ajar mesti dia suruh semua pandang depan dan berpeluk tubuh. Kemudian dia akan kata……


“Everybody please full your arms and look to the front”


Mr Khoo jugak cukup pantang kalau kitorang jongket kerusi. Hukumannya, dia akan panggil budak yang telah menjongketkan kerusi itu ke depan kemudian……..dia sandarkan kerusi tu dalam keadaan terjongket kat dinding depan kelas. Perggghhhhhh….memang gayat! Tak boleh turunkan kaki kerusi tu ke lantai. Kalau turun siaplah kena pulas pusat.


Masa darjah dua pula, ada sorang cikgu ni kitorang panggil dia Puan Hajah. Cikgu ni penampilan dia macam makcik-makcik kat bendang. Dengan tudung kain cotton warna putih yang dia ikat simpul je….. rambut kerinting dia terjurai ke depan dan suka pakai baju kurung warna-warna membosankan.


Mr Jon cukup takut dengan dia ni
sebab dia ni garang sangat tapi bila datang time hangin dia ok baik nak mampus. Pernah satu hari tu dia denda Mr Jon dan dua budak yang lain berdiri kat luar kelas waktu hujan. Puncanya masa rehat kitorang main kejar-kejar. Ntah apa-apa ntah main kejar-kejar pun nak denda. Standard ar….budak-budak main kejar-kejar.


Yang paling tak tahan Puan Hajah ni suka bawa wisel ke mana jer dia pergi. Kalau budak-budak bising……dia akan tiup wisel dia kuat-kuat dan bertempik persis tarzan sampai seantero sekolah boleh dengar. Dia akan cakap…..


“Semua jari di bibir….jari di bibir…….”


Apa lagi semua budak pun letaklah jari di bibir. Kalau tak letak dia akan cakap.....

“Ha….kau letak jari dibibir……kalau tak aku pijak perut kau biar terburai isi perut!”


Kalau dia cakap macam tu memang menggigil la kepala lutut. Boleh sawan kitorang. Mana tak nya dia nak pijak perut sampai terburai isi perut. Seram wei……..The Rock pijak perut Stone Cold pun tak terburai isi perut. Hahaahahahaha…



Masa darjah 3 pula ada sorang ustazah ni. Nama dia Ustazah Norahim. Dia ni lagi tak boleh blah. Kalau murid-murid dia buat bising, dia akan cakap,


“Saya bercakap awak bercakap….semua diam…..jari dibibir…..”


Pastu dia akan jegilkan mata dia. Tapi yang tak tahannya mata yang dia jegilkan tu juling. Kah kah kah kah……kitorang duk tahan gelak jer. Mana taknya dia ingat kitorang takut tapi sebenarnya tahan gelak sebab tiap kali dia jegilkan mata, mesti mata dia jadi juling. Dah macam ULTRAMAN TARO pula.


Masa darjah 4 pula, Mr Jon asyik kena pukul dengan sorang cikgu cina ni. Namanya Cikgu Wee. Dia ni ajar matematik dan tiap kali masuk kelas suka tanya sifir. Mr Jon ni ilmu hisab dah la tak berapa nak pandai. Apa lagi memang asyik kena balun je la dengan dia. Dia suka tegakkan pembaris kayu yang tebal tu kalau nak pukul budak yang tak hafal sifir. Perrrgghhhh...memang sakit la. Kalau dia leperkan pembaris tu boleh tahan lagi. Tapi kalau dia tegakkan. ...sakitnya tuhan jer yang tahu.


Berlinang air mata la jawabnya menahan kesakitan. Lepas kena pukul tu dia suruh duduk kat lantai. Terkadang dia arahkan kitorang berdiri atas kerusi, meja dan pernah juga jalan itik keliling kelas. Cikgu Wee ni begitu komited dengan tugasnya, sampai satu hari tu dia nangis depan kitorang sebab dia dah penat ajar kitorang tapi masih tak faham dan sifir pun tak hafal-hafal lagi.


Darjah 5 pula, ada ustazah baru masuk kat sekolah tu. Nama dia Ustazah Fatihah dan berasal dari Terengganu. Dia ni kalau murid-murid bising dia akan cakap….

“Kamu semua ni membising saje”


Wakakakakakaka......Mr Jon mesti nak tergelak kalau dia sebut perkataan membising. Adakah wujud kata imbuhan mem untuk perkataan bising?


Ustazah Fatihah ni suka tarik side burn kalau kitorang tak hafaz surah, bacaan-bacaan dalam solat atau cara-cara mandi wajib. Ya Rabbi…..sakit nak mampos kalau di tarik side burn. Kadang-kadang dia tarik sebelah jer……tapi kalau dia tarik dua-dua belah memang meleleh air mata. Bukan sebab lembik ke apa. Tapi memang automatically air mata akan bertakung di kelopak mata sebab pedih.


Ustazah ni ada skill tau kalau nak tarik side burn, sama ada dia tarik sambil memusing-musingkan sideburn anda, tarik terus atau tarik sikit di hujung side burn anda.


Tapi Mr Jon ada cara nak kurangkan kesakitan kalau dia tarik sideburn. Mr Jon akan ikut jengket sampai tinggi mana dia tarik. Jadinya tarikan side burn tersebut akan menjadi longgar lalu kuranglah kesakitan.


Darjah 6 pula, jumpa lagi sorang cikgu yang suka menjatuhkan hukuman yang bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal pelajar tapi juga mental. Nama dia Cikgu Syed. Tapi dia ni baik jugak lah....suka belanja murid-murid dia. Kata-kata yang sering terhambur dari mulut dia adalah seperti,


“Kamu ni bodoh nak mampus bangang tak habis-habis”

Atau

Mak bapak kamu tak ajar ke ?

Kalau budak salah jawab 6 soalan dia akan lempang 6 kali secara bertubi-tubi, pipi kiri dan diikuti pipi kanan dan proses yang sama berulang sehinggalah cukup 6 kali. Dia juga suka buat acah-acah nak lempang pipi kiri dan budak yang kena pun macam elak-elak. Tup…tup….pipi kanan yang kena lempang dalam keadaan budak itu tidak bersedia untuk menerima tamparan itu di pipi kanannya.


Lagi satu kalau bercakap masa dia ajar dia akan panggil dua budak yang cakap tu ke depan dan dia akan pegang kepala budak tersebut dengan menggegam rambut mereka. Kemudian dia akan hantukkan kepala mereka sesama mereka sekuat hatinya. Kadang sampai tiga kali dia lagakan. Dah macam laga lembu pulak.


Menurut budak yang kena tu……kepala mereka bergegar dan sedikit pening. Nasib Mr Jon tak pernah kena. Kalau kena, mesti Mr Jon menjadi bertambah sasau dan bengong.


Budak-budak sekarang ni pula kena jentik sikit dah nak saman cikgu dan ada sampai tahap belasah cikgu. Zaman Mr Jon muda-muda dulu yakni ketika di sekolah rendah, pada tahun 90an kes-kes macam ni jarang kedengaran. Manja budak-budak zaman cyber ni. Benci jer cikgu terus form group dalam facebook, kumpul bebudak yang benci cikgu tu. Tak pun letak kat shout out kat friendster,


I HATE THIS TEACHER COZ ……..


Mungkin juga post dalam blog macam Mr Jon buat.


Tapi cikgu pun satu kalau nak hukum budak tu berpada-pada lah. Gunalah riverse psychology. Cikgu kena berindak menggunakan akal bukan menggunakan emosi.



Apa pun seperti yang anda pernah dengar,


Sekiranya anda seorang DOKTOR pada hari ini,


Atau anda seorang PEGUAM

Mahupun anda seorang JURUTERA



Atau sesiapa pun anda pada hari ini, semuanya bermula dari seorang GURU



Terpulang kepada anda untuk menilainya.



Tepuk Dada Tanya Selera.



Renung-renungkan dan selamat beramal.



Sekian.

March 10, 2009

MINGGU YANG SIBUK


Maafkan Mr Jon kerana hampir seminggu membiarkan blog ini sendirian dan terbengkalai tanpa pemantauan yang khusus. Ya Allah…… Minggu lepas banyak sangat kerja sehingga tiada masa untuk menulis entry dan diri sendiri. Tu la hari tu bising takde kerja….

NAH! Sekarang ambik kau!sampai terkengkang-kengkang buat kerja.

Baiklah, penulisan kali ini aku akan ceritakan pengalaman bekerja pada minggu lepas.

Hari Jumaat tempat aku menjalani latihan praktikal ini akan mengadakan majlis pelancaran. Tugasan aku kena buat VIP List, telephone call untuk sahkan kehadiran, buat emcee script, event walk thru, sijil, susunan tempat duduk dan segala macam tok naduk aku kena buat. Semuanya telah bermula sebulan sebelum majlis.

Tapi bila dah nak dekat hari langsung, debarnya semacam.

Ceh...ceh...perkataan hari langsung macam rasa nak kahwin pula....

Beban kerja aku bertambah. Kalutnya menjadi. Sehingga tak turun rehat ni…..gigih siapkan kerja. Balik pula malam…..tak pernah-pernah umur aku balik malam sepanjang aku jalani latihan praktikal ini.

Seminggu juga aku tertinggal tengok Spa Q. Apalah yang terjadi pada Qistina? Ninja Warrior pun tak sempat nak tengok. Balik rumah, mandi, makan dan terus ke kamar beradu. Esoknya pukul 6 dah bangun, Siap-siap pergi kerja.

Aduh! Cepatlah habis praktikal….BOSAN lah buat sesuatu yang rutin!

Manager aku pula buat kezutan……ambik MC seminggu. Beliau juga telah membuat keputusan untuk tidak menghadiri majlis tersebut. Tak semena-mena semua tugasan beliau telah menjadi tanggungjawab aku.

Nasib baik ramai staf-staf ofis yang baik hati telah membantu aku. Tapi dalam pada itu aku tetap kena marah dengan sorang lagi manager ni yang pernah sound aku dulu pasal tak tahu pasang computer. Sesiapa yang ikut blog aku dulu pasti tahu kisah ini.

Dia tanya aku,
Manager: Mana VIP List yang terbaru… Awak dah buat confirmation…..

Aku termanggu-manggu…….lalu menjawab.

Aku: Saya tak sure la pasal tu.

Manager: Eh! Bukan awak ke yang buat….. AWAK NI BLUR LA!

Beliau membidas kenyataan itu aku dengan kuatnya sampai satu ofis boleh dengar.

Ok fine memang aku buat VIP List tu tapi manager aku tak suruh pula aku call confirmkan kehadiran dorang.

Manager: Saya nak awak confirmkan benda ni sekarang!

Aku segera ke tempatku print list tersebut lalu segera ke tempat beliau dan dengan penuh keyakinan aku berkata…..

Aku: Puan saya akan call semua VIP ni sekarang…..lepas habis call saya akan update Puan yer…..

Ala….setakat confirm VIP List tu apalah sangat….nak confirm kan kehadiran Dato’-Dato’ tu…
call je lah PA dia kan….

Haahahahaha…YA RABBI…..berlagaknya aku!

Namun, yang menjadi persoalannya perlu ke dia cakap kuat-kuat. Huh!

Aku segera jumpa PA GM dan minta semua nombor PA VIP tu.
PA GM pun berkata,

Eh...apasal dia suruh awak pula buat benda ni.....
Aku menjawab separa mengadu rasa tidak puas hati

Ntah la....dia marah-marah pasal takde orang confirmkan VIP List ni.
PA GM pun membalas,

Kan ni kerja saya….dia pun tahu…asal pula dia nak suruh awak. Apalah dia ni. Sudah awak jangan risau. Mulut dia memang macam tu cakap ikut suka jer.......

See....terbukti bukan salah aku !

Dengan langkah yang pantas aku pergi dekat manager tersebut dan cakap dalam nada yang begitu sopan dan humble.......

Puan......PA GM dah confirmkan kehadiran semua VIP. Ini senarainya Puan…….di hujung setiap nama itu ada status kehadiran mereka. Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?
Beliau membalas,

Ok awak buat 10 copy list ni.

Elehhhhh….. dah malu la tu…..konon-konon nak suruh aku buat sepuluh copy. Nak cover line....

Kemudian masa raptai majlis adalah buat perubahan itu dan ini terutama emcee script dan event walk thru. Masa tu jugak dia asyik cakap dengan kuat dan berulang-ulang sampai ada ketikanya dia tarik tangan aku suruh tulis.

Ha ! salin apa GM cakap tu....

Tukar itu......tukar ini......

Tambah itu....tambah ini.........

APA KEJADAHNYA SEMUA ITU ?

(Teringat pula kat Wan Kamarudin host Edisi Siasat….kata-kata yang terhambur keluar dari mulut dia begitu tajam dan sinis)

Aku tahu la bila perlu aku salin bila tak perlu. Takkan semua benda nak salin. Hello I’m massomite ok ! Bukan nak berlagak tapi sudah di train sebegini rupa. Aku tahu apa yang perlu dibuat.

Nasib la ada sorang staf yang baik ini berkata….

Its ok they are still in learning stage….

Lagi satu kejadian, emcee script tu aku lupa nak bagi soft copy tapi hard copy aku dah letak atas meja dia. Then esoknya, pagi-pagi depan GM and other staff dia dengan suaranya yang lantang dan kuat dari kejauhan dia berkata sambil tangannya diangkat ala-ala KARAM SINGH WALIA,

Ha…..kenapa awak tak hantar soft copy emcee script semalam……..

Maaf Puan saya lupa…. Jawab aku.

Lupa….lupa….. hantar SEKARANG! SEKARANG OK!, dia membidas kenyataan aku itu....

Perlu ke meninggikan suara sedemikian rupa.

Ironinya pada minggu tersebut aku dan beliau sama-sama kerja lebih masa. Aku bertungkus-lumus siapkan kerja aku dia pun sibuk siapkan kerja dia. Hanya tinggal aku dan dia sahaja dalam ofis tersebut.
Awak tunggu saya tau….

Ok Puan….saya tunggu Puan….

Nanti lepas magrib kita balik la ….dalam kul lapan….

Ok Puan......

Walau apa pun yang terjadi........ malam itu aku dan dia sama-sama menuruni lif sambil bergelak ketawa.

Hahahaahahahaha.......inilah yang dikatakan PROFESIONAL !

Tapi kan…. kalau tegur staf depan orang ramai cakap kuat-kuat dikira PROFESIONAL ke ?

Entahlah….. mungkin dia mengalami depresi kerana terpaksa menggantikan tempat manager aku sebagai floor manager pada majlis tersebut. Sudahnya aku ni……anak buah manager aku yang jadi mangsa keadaan. Kata pepatah,

GAJAH SAMA GAJAH BERPERANG PELANDUK MATI TERSEPIT DITENGAH-TENGAH

Konon-konon aku pelanduk spesis terancam yang jarang ditemui dan dari baka yang baik……hahahahahah…

Takpe la kan……at least aku belajar banyak perkara minggu lalu tentang bagaimana mahu menguruskan sesebuah acara. Semua ini aku anggap sebagai cabaran hidup.

CHOW!

February 28, 2009

BERHATI-HATI DENGAN PENJUAL NASI LEMAK DAN SOSEJ.

AMARAN
18 SX
Anda semua diminta membaca penulisan ini dengan hati yang terbuka dan tidak berpandangan skeptikal terhadap tuan empunya blog. Ini kerana penulisan ini mengandungi unsur-unsur sensual yang mungkin akan menganggu-gugat fikiran anda. Satu lagi, sekiranya anda ingin tinggalkan sebarang komen, sila gunakan bahasa yang berlapik dan berkias-kias kerana penulisan ini mengupas isu yang taboo dalam masyarakat kita. Kalau tidak pandai berkias jangan tinggalkan komen. Kegagalan anda berbuat demikian pasti akan menyebabkan Lembaga Penapisan Blog Mr Jon memadam komen tersebut tanpa sekelumit memikirkan aspek-aspek kemanusian. Gerun tak dengan amaran diatas? Hahahahahaha…..Aku sekadar mahu berkongsi pengalaman dengan pengunjung blog ini tentang satu topik yang tidak asing lagi iaitu Gangguan Seksual.




Fokus aku adalah gangguan seksual di dalam tren.


Disebabkan hampir setiap aku hari menggunakan perkhidmatan tren iaitu STAR dan PUTRA LRT, maka aku terdedah kepada ancaman gangguan seksual. Hidup aku dengan tidak semena-mena akan bergelumang dengan dosa setiap kali menggunakan kenderaan awam tersebut.


Seringkali aku balik ke rumah sambil menangis teresak-esak…mak aku tanya kenapa…aku tak jawab….Sob...Sob...Sob...Sob…aku menangis…seolah-olah aku telah dinodai secara paksa.

Mak aku tanya lagi kenapa? Sob…Sob...Sob…aku menangis…. sebagai jawapan kepada persoalan itu.

Mak aku pun hangin lalu berkata…. BERAS APA? Aik…tetiba plak…

Ok ayat-ayat seperti diatas aku melalut untuk menjadikan cerita ini lebih dramatik dan berciri slot cerekarama TV3.

KEMBALI KITA KE PANGKAL JALAN

Aku mengklasifikasikan gangguan seksual di dalam tren kepada dua jenis iaitu yang disengajakan dan tidak disengajakan.

Aku sering terdedah kepada gangguan seksual yang tidak disengajakan. Aduhhhhh! Lemah betul bila terpaksa berhadapan dengan gangguan tersebut. Tak boleh nak salahkan sesiapa kerna sebagai penumpang di kenderaan awam secara tak langsung anda juga menjadi milik awam. Ini bermakna tiada istilah exclusivity dan privacy. Oleh itu anda tidak boleh merungut jika mengalami gangguan seksual daripada si pelaku yang tidak sengaja melakukannya.

Tetapi harus diingat anda kena bertindak seolah-olah seorang perogol bersiri hendak menodai anda jika si pelaku dengan sengaja melakukan gangguan seksual. Yakni anda kena bertindak agresif dengan kata-kata disertai perbuatan jika terpaksa. Jangan sesekali biarkan mereka mengambil kesempatan terhadap anda wahima si pelaku itu kacak macam Benjamin Button atau cun melecun macam Rozita Che Wan.

Ini jam punya zaman…..perempuan pun menjalankan operasi gangguan seksual…bukan lelaki jer….kan apa laki boleh buat pompuan boleh buat…apa pompuan boleh buat lelaki juga boleh buat...

Baiklah,

Selepas ini aku akan mula menggunakan kiasan.

Tahukah anda bahawa di dalam tren terdapat penjual-penjual nasi lemak double dan sosej.





Selalunya, kalau waktu puncak yakni waktu orang pergi dan balik kerja tren akan penuh bagai nak giler sehingga jarak antara penumpang kurang dari seinci. Takala itulah, para penumpang akan dimomokan dengan nasi lemak double. Kadang-kala nasi lemak double itu hinggap di belakang tubuhku.

Namun yang paling aku takuti sekiranya nasi lemak double itu hinggap dipipiku, muka ku (pernah terjadi yer….especially penjual nasi lemak double yang tinggi dan besar dariku) dan berbagai-bagai tempat lagi.


Macam-macam jenis…..ada harga RM2.00, RM3.50…nasi lemak kosong sahaja…telur goreng dengan sambal sotong….kerang sambal, rendang ayam dan pelbagai aneka lauk. Sesuatu yang pasti nasi lemak tersebut mesti dalam bentuk double.

Sungguh tidak menyelesakan dan aku rasa berdosa. Itu bukan kehendakku. Tetapi apakan daya aku terpaksa menempuhinya juga. Justeru, sering sahaja aku berjuang agar dapat tempat yang selesa dan tersorok kala menaiki tren. Ini perlu supaya dapat aku elak anasir-anasir yang kelihatan jahat walaupun mereka sebenarnya tidak pun berniat jahat, cuma keadaan yang memaksa mereka berbuat demikian.

Tidak dilupai dalam kekalutan itu penjual-penjual sosej juga memperdagangkan barangan jualan mereka. Kadang-kala aku terkena jua tempias barangan dagangan mereka itu. Adussssssss! Sangat tidak menyeronokkan! Geli! Menakutkan!

Melalui pengamatanku, para pedagang sosej ini juga kadang-kadang bertukar menjadi sotong kurita seperti ini.



Tangan mereka akan meliar ke sana dan ke sini mengambil kesempatan terhadap situasi yang kelam kabut itu. Mangsa utamanya adalah wanita!

Kepada kaum hawa anda diminta berhati-hati ketika menghadapi situasi ini kerna ada di kalangan mereka yang dengan sengaja mengambil kesempatan dalam keributan orang ramai menaiki tren.
Anda harus tegas wahima mereka mungkin tidak sengaja tersentuh anda. Ini kerana dari tidak sengaja boleh menjadi sengaja bila nafsu menguasai akal. Jangan biarkan mereka ini memperkotak-katikan maruah anda sebagai seorang wanita. HIDUP WANITA!

Eceh! tetiba lak nak jadi aktivis pejuang hak wanita…..






Sesuatu yang anda harus ingat! Anda termasuk diriku jua berpotensi menjadi penjual nasi lemak double dan sosej sekiranya menggunakan pengangkutan awam. Misalnya, dalam keghairahan menaiki tren kita kadang-kadang tidak sengaja ter….itu dan ter…ini. Mana mungkin kita dapat elakkan diri dalam keadaan yang sebegitu rupa.

Nasihat Mr Jon elakkan selagi boleh. Kalau tren sudah penuh jangan paksa diri memasukinya. Kalau dah kaya gunalah kereta sendiri. Jadi kuranglah orang naik tren dan seterusnya ia dapat mengurangkan kes gangguan seksual secara tidak sengaja.


Sekian….

Nanti Mr Jon buat research macam mana nak hadapi situasi gangguan seksual di dalam tren dan tindakan yang harus diambil. Mr Jon akan paparkan dalam blog ini.

February 23, 2009

ISNIN DATANG LAGI!

Ya Allah…..bencinya hari ISNIN! Malasnya nak mengharungi 4 hari lagi sebelum tibanya hujung minggu. Harap-harap minggu ni tak bosan macam minggu yang lalu. Dah la tak banyak kerja ditambah dengan persekitaran kerja yang membosankan.


Minggu lepas di tempat praktikal aku memainkan watak sebagai budak pejabat lepasan SPM. Umpama mengejar bola di Liga Perdana Malaysia yang hampeh…aku berlari-lari anak menghantar dokumen ke sana dan ke sini. Dah la bukan dalam bangunan yang sama…aku kena berjalan 500 meter dari bangunan asal mengharungi terik mentari yang tegak dia atas kepala.


Kala berjalan aku menyanyi“la…la..la..la..la..la..la…Kerja laaaaaaaaaaa” Lagak jalanku seperti model runaway di Paris Fashion Week. Saja menghiburkan hati yang lara.


(Dah la kasut kulit aku tu muncung tajam…asyik tersadung jalan raya yang macam permukaan bulan tu….pakai pula lengan panjang…panas buka kepalang!)



Aku juga menjadi penunggu di mesin fotostat. Sehingga aku mahir menggunakan mesin tersebut. Mula-mula hanya tahu photocopy yang satu muka sahaja tetapi kini sudah tahu double sided. Hendak dijadikan cerita kemahiran berfotostat semakin bertambah bila aku tahu setting supaya setiap set salinan itu secara automatik boleh terus di staple oleh mesin fotostat tersebut tanpa perlu melakukanya secara manual.


Ketika itu hatiku berbunga-bunga…seraya berkata, canggihnya mesin ni….aku sangat teruja sehingga bersedia bila-bila masa memberi perkhidmatan photocopy kepada sesiapa yang memerlukannya sementelah aku kebosanan tiada kerja.


Minggu itu juga minggu aku berpeleseran bersama teman-teman se-universiti ketika masih dalam waktu bekerja. Hari Rabu yang lalu minum pagi bersama teman wanitaku…. Miss Iezy pada pukul 9 pagi dan masuk kerja balik pukul 9.45 pg padahal masuk office 8.30 pagi.


Oh yer…jangan salah anggap tau…bukan teman wanita aku…tapi teman aku yang berjantina wanita. Waktu itu, beliau ada acara ditempat praktikalku. Setelah puas membuat onar dengan mengumpat orang itu dan orang ini aku kembali ke pejabat, Miss Iezy pula ke tempat acara berlangsung.


(Disebabkan aku seorang budak intern yang berdedikasi…aku telah minta kebenaran dulu dari Manager untuk bertemu rakan…Muliakan aku?....hahahahahahah)


Hari Jumaatnya pula berpeleseran bersama teman lelakiku….En Aur sehingga meninggalkan suruhan Tuhan! Sekali lagi jangan salah anggap yer…maksudnya temanku yang berjantina lelaki. Tempat praktikal beliau ada acara berhampiran tempat praktikalku.


Banyak betul topik yang dibincang dari ekonomi, politik, sosial sehingga ke acara kemuncak iaitu membuat onar dengan mengumpat orang itu dan orang ini. Aku juga masuk lewat setengah jam ke pejabat kerana aku pasti tiada kerja yang menantiku.


Disebabkan kebosanan aku membuat lawatan dari blog ke blog sambil mulut terkonyal-konyel memakan asam dan diselang-selikan dengan kerepek pisang. Rasanya sangat semacam! tapi apa boleh buat kalau aku bosan….aku pasti akan buat sesuatu yang tak masuk dek akal!


Aku juga tanpa rasa ragu-ragu melakukan penyelewengan dengan bergayut di telefon pemberian pejabat yang terletak elok di sebelah kiri meja...aku berhubung dengan ibu tercinta bertanyakan menu masakkannya pada hari ini……kemudian menelefon rakan-rakan yang lain bertanya khabar berita sambil-sambil mencari jalan bergosip untuk menambahkan dosa.

(Ya Allah.....ampunilah dosa hambamu ini...)


Harapan aku agar hari-hari yang mendatang akan lebih bermakna dan dipenuhi dengan keja-kerja berfaedah yang ada kena mengena dengan jurusan yang diambil di menara gading.



Wasalam,

February 22, 2009

ITU SEBABLAH AKU SAYANG MAK AKU……


Setiap kali nak potong rambut mesti aku nak ajak mak aku yang aku panggil ibu. Dulu masa aku hingusan lagi…..aku potong rambut kat kedai mamak jer. Tapi kini setelah meningkat dewasa aku dah pandai demanding nak potong rambut kat salon amoi yang mak aku selalu pergi.


Kawan-kawan kita mesti buat perubahan dalam hidup kita yer… jangan berada di takuk lama.


Hahahahahaha….
Bukan apa aku ni kadang-kadang malu nak cakap kat amoi tu potong bagi pendek lagi ker….potongan yang dibuat tak cantik ker….


Tapi mak aku I tell you…… sambil duduk berpeluk tubuh di satu sudut di kedai amoi tu… relax jer dia arahkan-arahkan amoi tu. Aku sekadar buat eyes contact dari cermin mak aku dah tahu dah apa tindakan seterusnya yang dia patut buat.


Mak Aku: Amoi you kasi pendek lagi dia punya rambut sebelah atas.

Amoi: Kakak… nanti tak cantik ma… pendek sangat.

Mak Aku: Takpe ma… rambut dia cepat panjang. Ini hari potong ha…. Next week
sudah panjang.


Wakakakakakaka…………. Amoi tu ikut jer apa mak aku cakap. Gengster tak gangster la mak aku menidakkan kata orang yang pakar dalam hal ehwal rambut ni.


ITU SEBABLAH AKU SAYANG MAK AKU……


Aku punya perangai kalau nak shopping baju….macam baju ofis ker…beg ofis ker… seluar jeans ker…. Mesti nak ajak mak aku.


KORANG TAU KENAPA?


Biasalah promoter kadang-kadang malas nak layan kita potong seluar kalau seluar tu tak fit dengan kita….takde orang jaga kat site tu atau dorang ni terhegeh-hegeh macam siput buat kerja. Aku ni jenis malas nak sound-sound orang.


Tapi silap besar la dorang kalau buat perangai macam tu time aku mak aku ada. Memang confirm kena sound tepek ngan mak aku nanti.


Hahahahahahaha….mak aku sangat hebat!


ITU SEBABLAH AKU SAYANG MAK AKU……

Mak aku juga begitu confident masuk ke kedai yang memang tak mampu kita nak beli barangannya. Aku selalu halang.


Kata aku,

Eh…tak payah lah bu….kita bukan mampu pun nak beli…. Nanti dorang pandang kita semacam…dah lah kita ni selekeh jer….


Jawab mak aku dengan penuh keyakinan,

Apa nak malu masuk je lah…kita kan pelanggan….suka hati la nak masuk…. Kita tengok-tengok jer….Nak beli ke tak nak beli ke kita punya suka la….dah keje dorang kena layan pelanggan….


Hahahahahaha….


ITU SEBABLAH AKU SAYANG MAK AKU……


Lagi satu kalau orang block kereta atau motor yang aku bawa....dengan selambanya ibu tercinta ku sound orang tu.

“You lain kali parking elok-elok sikit….jangan block kereta orang.”


Kalau aku….aku diam jer…maki pun dalam hati…tetapi kalau mak aku….nahaslah orang itu….


Rasa secure sangat kalau keluar bersiar-siar dengan mak aku.


HAHAHAHAHAHA………… patutnya mak aku yang rasa secure jalan dengan aku…ini tidak terbalik.


ITU SEBABLAH AKU SAYANG MAK AKU……


Adalah cakap-cakap belakang…. Kata aku ni anak ibu….duduk bawah ketiak ibu.


Dulu aku diam jer orang cakap macam tu…..sentap…makan dalam tau…pendam jer….Masa tu kecik lagi tak faham.


SEKARANG!

Aku tengah tunggu orang cakap macam tu….sebab aku dah berani nak sound balik.


Maklumlah aku bergaul dan berkawan dengan budak-budak Masscom yang terkenal dengan ke-puaka-an mulut mereka….secara tidak langsung kepuakaan itu turut tersampuk dalam diri ku ini…


Kalau dorang cakap macam tu lagi…. Aku nak sound macam ni….


“Ehhhhhhhh…..suka hati la…ketiak mak aku bukan ketiak mak kau….aku nak duduk ker…berdiri kerr… tidor kerrr… main golf ker…apa-apa je la aku nak buat bawah ketiak mak aku….Aku punya pasal lah….. Kau peduli apa!”


Hahahahahaha…..teringin nak cakap macam tu. Tapi bila aku tunggu takde pula orang nak sound aku macam tu lagi.


Tapi ingat kawan-kawan tak baik kalau kita sound orang tak tentu pasal. Mesti ada alasan yang kukuh kalau nak sound orang. Kalau nak sound pun cakap baik-baik.


Ini semua nilai-nilai murni yang diterapkan oleh mak aku selama dia mengasuh aku sedari aku kecil lagi. Mak aku selalu pesan jangan kurang ajar dengan orang tua. Tambahnya lagi, Setinggi mana ilmu yang kita ada kalau tak tahu hormat orang tiada gunanya.


ITU SEBABLAH AKU SAYANG MAK AKU……


Seorang ibu sangat melindungi anak mereka sehingga kadang-kadang mereka lupa yang kita sudah cukup dewasa untuk menjaga diri sendiri. Bukan tanggungjawab mereka lagi untuk melindungi kita tetapi tanggungjawab kita untuk melindungi mereka.



Motif entry aku kali ini adalah untuk menyedarkan diri ku dan kawan-kawanku sekalian bahawa kita masing-masing mempunyai seorang ibu dan ibu merupakan seorang wanita yang hebat. Sayangi dan hargailah mereka sebelum kita terlewat untuk melakukannya.



SESUNGGUHNYA SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.




SEKIAN,

February 16, 2009

CARI…..TAPI TAK PERNAH JUMPA.

Sekarang ni kalau buka mana-mana tv tak kira la tv berapa pun tv1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 ker….pasti ada cerita hantu. Macam-macam versi. Tapi dalam banyak-banyak tu aku paling suka cerita KEKASIH KU SERU.

(Hahahahaha….tak pernah miss tau…kalau miss pun beberapa minit jer…tu pun aku akan tengok balik kat tv3 online…)


Suka tengok watak makcik kepada Mas Suri tu….apa ntah nama beliau…beliau sangat pandai berlakon...Hantu-hantu dalam cerita ini macam betul dan adakalanya sangat menyeramkan.


Kadang-kadang aku bersiap sedia dengan bantal untuk menutup muka…..kalau-kalau ada adegan yang mengejutkan….


(Hahahahaha…. bukankah aksi menutup muka dengan bantal itu kelihatan comel? Sudah-sudah…kita kembali)


Baru-baru ini layan drama seram KELIWON. Aku rasa bagus drama ni walaupun bukan drama seram berepisod. Penceritaanya menarik dan setiap watak berjaya dibawa dengan berkesan oleh para pelakon.



Tak macam cerita PUAKA NIYANG RAPIK yang merepek itu. Hantu telah hilang sifat exclusivity dalam cerita tersebut. Mana taknya dimana sahaja terdapat hantu tak kira pagi, petang, siang dan malam. Sehingga hilang keterujaan aku menontonnya.



Baiklah……


Kata-kata di atas itu hanya mukadimah sahaja. Sebenarnya aku nak ceritakan masa lepas habis SPM dulu dan awal-awal aku form 6…..aku dan rakan-rakanku telah membuat kerja….yang bila ku fikir-fikirkan balik…..sangat bodoh. Huh!


NAK TAHU APAKAH PEKERJAAN ITU?


JAWAPANNNYAAA………


Pergi mencari hantu di lokasi-lokasi yang dikatakan berhantu.


(Masa tu terpengaruh dengan kumpulan ENTITI yang cari hantu…SEEKERS belum glamour lagi…)


Macam bagus jer kitorang time tu. Pergi tanpa membawa apa-apa peralatan mencari hantu seperti pengesan haba atau tok bomoh atau orang yang bijak pandai dalam hal ehwal hantu.


Aku & The Geng pergi mencari hantu hanya berbekalkan keimanan.


Satu hari tu kitorang dapat maklumat hantu terdapat banyak di kawasan perkuburan cina di Bukit Seputeh. Apa lagi malam tu dalam pukul 12 pergi la cari tempat tu. Puas pusing-pusing tapi tak jumpa.


Kemudian kitorang tanya la sorang Pak Guard di stesen LRT berhampiran tu macam mana nak pergi kawasan kubur cina tu. Nak tak nak jer dia jawab….mungkin dia pun berfikir apa budak-budak ni nak buat dekat kubur tu.


Nak puja nombor ekor ker?


Choyyyyyyyyyyyyy…..kitorang kan pergi berbekalkan keimanan. Takkan la nak buat perkara yang dilaknat Tuhan itu.


Akhirnya….macam dah jumpa. Tapi ada seekor anjing hitam yang besar duduk ditengah jalan walaupun puas kitorang bermain-main lampu kereta untuk menghalaunya ke tepi.


Anjing tersebut sangat berpendirian teguh. Beliau tidak mahu bergerak walau seinci pun.


(Heyyyyyyyyy…anjing mana boleh guna beliau….apa lah….)


Operasi malam itu hampa tanpa sebarang hasil.


Kitorang pergi pula ke jirat cina yang lain. Siap dah masuk dalam-dalam. Kubur cina kan berbukit-bukau.


Kereta dipandu perlahan-lahan. Angin malam yang sejuk menyusup masuk melalui tingkap kereta yang di buka sedikit. Sesekali terdengar salakan anjing sayup-sayup kedengaran. Rasa seram mula menyelubungi kami. Bau colok menyengat masuk ke hidung.


TIBA-TIBA!


Segerombolan anjing hitam entah dari mana datangnya mengejar kereta kitorang. Banyak pula tu. Apa lagi kitorang menjerit bukan sebab takut tapi terkejut. Cepat-cepat keluar dari kawasan kubur tu.

Mission failed!


Takde pun hantu. Asyik-asyik anjing hitam yang datang. Mungkin anjing-anjing itu hantu yang menyamar sebagai anjing. Mungkin juga anjing tu nak enter frame masuk dalam cerita di blog aku ini. Perkara ini masih menjadi misteri nusantara sehingga kini.


Ada pula satu malam tu aku tak turun operasi. Menurut rakan-rakanku dorang pergi cari hantu di International Hill……..ala Bukit Antarabangsa la….


Apabila mereka sampai di satu kawasan kereta tiba-tiba terhenti dan sukar untuk dihidupkan kembali. Kemudian mereka terdengar sesuatu.


ADAKAH ITU TANDA KEHADIRAN HANTU?


Persoalan ini juga masih menjadi misteri nusantara.


Sepanjang kitorang mencari hantu. Tiada seekor pun penemuaan hantu dicatatkan.

Tapi menurut seorang rakanku, waktu dia kecik-kecik dia pernah melihat toyol. Masa tu dia dan rakan-rakan se-flat-nya main kejar-kejar waktu malam. Masa sibuk berlari-larian itu tetiba ada satu mahluk kecil yang gendut, botak dan kaler hijau sama-sama lari beriringan dengan rakanku itu ke garisan penamat persis perlumbaan merentas desa.

EHHHHHHHHHHHH! TOYOL LA!


Terkejut Kak Ani la rakanku itu….. lekas-lekas pulang ke rumah sambil beliau menangisi akan penemuan toyol itu.


Kesimpulannya, aku suka tengok cerita hantu tapi yang sebenarnya tak nak dan tak suka pun kalau jumpa hantu tapi kalau Rozita Che Wan teringin nak jumpa.
(Hahahah..…tetiba lak…)




(Aku sangat suka tengok Rozita Che Wan...Dia sangat menawan…lagi pandai berlakon.)



Sebelum mengakhiri warkah ini, ingin aku bertanya kepada kedua rakanku Alizey dan Miss Two Million…..kata nak masuk Seekers….dah sampai musim ke empat dah... takde pun muka korang.




Yang Benar,
Mr. Jon




sumber gambar: www.google.com.my/image