March 21, 2009

ZAMAN PERSEKOLAHAN


Entry kali ni, Mr Jon nak ceritakan karenah Cikgu-cikgu Mr Jon ketika di sekolah rendah dulu. Saje jer Mr Jon nak kongsi cerita dengan anda semua wahai pengunjung Blog Melalut yang Mr Jon kasihi. Mana tau mungkin wujud persamaan antara kisah anda dan kisah Mr Jon.

Baiklah,

Mr Jon bersekolah di sebuah sekolah lelaki yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Secara gografinya, sekolah tersebut memang terletak di tengah-tengah kerana di apit sekolah menengah di sebelah kirinya, sekolah cina sebelah kanannya dan sekolah perempuan di depannya.

Masa Mr Jon darjah satu ada satu cikgu ni, nama dia Mr. Khoo. Beliau merupakan cikgu English. Hahahahahahah.....Mr Jon mesti nak tergelak kalau ingat dia. Dia kalau murid-murid yang nakal tak reti duduk diam atau bercakap tak henti-henti mesti dia akan kata.


“Look at the monkey there....ha…. there.... at the back there…”





Kalau degil nak bercakap jugak…….dia akan dukung budak yang bercakap tu macam kendong bayi. Bawa ke depan. Lepastu dia letak budak tu atas almari buku kat depan kelas dan sumbatkan puting dalam mulut budak tu. Memang dia bawa spare dua puting yang siap dengan rantai tiap kali masuk kelas. Kadang-kadang dia bawa botol susu. Memang menakutkan. Nasib baiklah Mr Jon tak pernah kena.


Then kalau dia tengah ajar mesti dia suruh semua pandang depan dan berpeluk tubuh. Kemudian dia akan kata……


“Everybody please full your arms and look to the front”


Mr Khoo jugak cukup pantang kalau kitorang jongket kerusi. Hukumannya, dia akan panggil budak yang telah menjongketkan kerusi itu ke depan kemudian……..dia sandarkan kerusi tu dalam keadaan terjongket kat dinding depan kelas. Perggghhhhhh….memang gayat! Tak boleh turunkan kaki kerusi tu ke lantai. Kalau turun siaplah kena pulas pusat.


Masa darjah dua pula, ada sorang cikgu ni kitorang panggil dia Puan Hajah. Cikgu ni penampilan dia macam makcik-makcik kat bendang. Dengan tudung kain cotton warna putih yang dia ikat simpul je….. rambut kerinting dia terjurai ke depan dan suka pakai baju kurung warna-warna membosankan.


Mr Jon cukup takut dengan dia ni
sebab dia ni garang sangat tapi bila datang time hangin dia ok baik nak mampus. Pernah satu hari tu dia denda Mr Jon dan dua budak yang lain berdiri kat luar kelas waktu hujan. Puncanya masa rehat kitorang main kejar-kejar. Ntah apa-apa ntah main kejar-kejar pun nak denda. Standard ar….budak-budak main kejar-kejar.


Yang paling tak tahan Puan Hajah ni suka bawa wisel ke mana jer dia pergi. Kalau budak-budak bising……dia akan tiup wisel dia kuat-kuat dan bertempik persis tarzan sampai seantero sekolah boleh dengar. Dia akan cakap…..


“Semua jari di bibir….jari di bibir…….”


Apa lagi semua budak pun letaklah jari di bibir. Kalau tak letak dia akan cakap.....

“Ha….kau letak jari dibibir……kalau tak aku pijak perut kau biar terburai isi perut!”


Kalau dia cakap macam tu memang menggigil la kepala lutut. Boleh sawan kitorang. Mana tak nya dia nak pijak perut sampai terburai isi perut. Seram wei……..The Rock pijak perut Stone Cold pun tak terburai isi perut. Hahaahahahaha…



Masa darjah 3 pula ada sorang ustazah ni. Nama dia Ustazah Norahim. Dia ni lagi tak boleh blah. Kalau murid-murid dia buat bising, dia akan cakap,


“Saya bercakap awak bercakap….semua diam…..jari dibibir…..”


Pastu dia akan jegilkan mata dia. Tapi yang tak tahannya mata yang dia jegilkan tu juling. Kah kah kah kah……kitorang duk tahan gelak jer. Mana taknya dia ingat kitorang takut tapi sebenarnya tahan gelak sebab tiap kali dia jegilkan mata, mesti mata dia jadi juling. Dah macam ULTRAMAN TARO pula.


Masa darjah 4 pula, Mr Jon asyik kena pukul dengan sorang cikgu cina ni. Namanya Cikgu Wee. Dia ni ajar matematik dan tiap kali masuk kelas suka tanya sifir. Mr Jon ni ilmu hisab dah la tak berapa nak pandai. Apa lagi memang asyik kena balun je la dengan dia. Dia suka tegakkan pembaris kayu yang tebal tu kalau nak pukul budak yang tak hafal sifir. Perrrgghhhh...memang sakit la. Kalau dia leperkan pembaris tu boleh tahan lagi. Tapi kalau dia tegakkan. ...sakitnya tuhan jer yang tahu.


Berlinang air mata la jawabnya menahan kesakitan. Lepas kena pukul tu dia suruh duduk kat lantai. Terkadang dia arahkan kitorang berdiri atas kerusi, meja dan pernah juga jalan itik keliling kelas. Cikgu Wee ni begitu komited dengan tugasnya, sampai satu hari tu dia nangis depan kitorang sebab dia dah penat ajar kitorang tapi masih tak faham dan sifir pun tak hafal-hafal lagi.


Darjah 5 pula, ada ustazah baru masuk kat sekolah tu. Nama dia Ustazah Fatihah dan berasal dari Terengganu. Dia ni kalau murid-murid bising dia akan cakap….

“Kamu semua ni membising saje”


Wakakakakakaka......Mr Jon mesti nak tergelak kalau dia sebut perkataan membising. Adakah wujud kata imbuhan mem untuk perkataan bising?


Ustazah Fatihah ni suka tarik side burn kalau kitorang tak hafaz surah, bacaan-bacaan dalam solat atau cara-cara mandi wajib. Ya Rabbi…..sakit nak mampos kalau di tarik side burn. Kadang-kadang dia tarik sebelah jer……tapi kalau dia tarik dua-dua belah memang meleleh air mata. Bukan sebab lembik ke apa. Tapi memang automatically air mata akan bertakung di kelopak mata sebab pedih.


Ustazah ni ada skill tau kalau nak tarik side burn, sama ada dia tarik sambil memusing-musingkan sideburn anda, tarik terus atau tarik sikit di hujung side burn anda.


Tapi Mr Jon ada cara nak kurangkan kesakitan kalau dia tarik sideburn. Mr Jon akan ikut jengket sampai tinggi mana dia tarik. Jadinya tarikan side burn tersebut akan menjadi longgar lalu kuranglah kesakitan.


Darjah 6 pula, jumpa lagi sorang cikgu yang suka menjatuhkan hukuman yang bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal pelajar tapi juga mental. Nama dia Cikgu Syed. Tapi dia ni baik jugak lah....suka belanja murid-murid dia. Kata-kata yang sering terhambur dari mulut dia adalah seperti,


“Kamu ni bodoh nak mampus bangang tak habis-habis”

Atau

Mak bapak kamu tak ajar ke ?

Kalau budak salah jawab 6 soalan dia akan lempang 6 kali secara bertubi-tubi, pipi kiri dan diikuti pipi kanan dan proses yang sama berulang sehinggalah cukup 6 kali. Dia juga suka buat acah-acah nak lempang pipi kiri dan budak yang kena pun macam elak-elak. Tup…tup….pipi kanan yang kena lempang dalam keadaan budak itu tidak bersedia untuk menerima tamparan itu di pipi kanannya.


Lagi satu kalau bercakap masa dia ajar dia akan panggil dua budak yang cakap tu ke depan dan dia akan pegang kepala budak tersebut dengan menggegam rambut mereka. Kemudian dia akan hantukkan kepala mereka sesama mereka sekuat hatinya. Kadang sampai tiga kali dia lagakan. Dah macam laga lembu pulak.


Menurut budak yang kena tu……kepala mereka bergegar dan sedikit pening. Nasib Mr Jon tak pernah kena. Kalau kena, mesti Mr Jon menjadi bertambah sasau dan bengong.


Budak-budak sekarang ni pula kena jentik sikit dah nak saman cikgu dan ada sampai tahap belasah cikgu. Zaman Mr Jon muda-muda dulu yakni ketika di sekolah rendah, pada tahun 90an kes-kes macam ni jarang kedengaran. Manja budak-budak zaman cyber ni. Benci jer cikgu terus form group dalam facebook, kumpul bebudak yang benci cikgu tu. Tak pun letak kat shout out kat friendster,


I HATE THIS TEACHER COZ ……..


Mungkin juga post dalam blog macam Mr Jon buat.


Tapi cikgu pun satu kalau nak hukum budak tu berpada-pada lah. Gunalah riverse psychology. Cikgu kena berindak menggunakan akal bukan menggunakan emosi.



Apa pun seperti yang anda pernah dengar,


Sekiranya anda seorang DOKTOR pada hari ini,


Atau anda seorang PEGUAM

Mahupun anda seorang JURUTERA



Atau sesiapa pun anda pada hari ini, semuanya bermula dari seorang GURU



Terpulang kepada anda untuk menilainya.



Tepuk Dada Tanya Selera.



Renung-renungkan dan selamat beramal.



Sekian.

12 comments:

  1. huhu..topic yg sgt menarik..

    btul la mcm mr.jon ckp, bdk2 zaman cyber ni manje sgt.. zaman kte skolah dulu,jgn kate jentik, piat, rotan cubit n yg sewaktu dgnnye sume pn da biase kne n boleh dianggap normal.. dulu mase miss mango skola, cikgu yg nk rotan tu siap susun rotan atas meja dia (dari yg halus smpai yg tebal) then suruh kita sndiri pilih rotan manekah yg b'kenan di hati..ahaha! ble pk2 lawak la zaman2 skola ni kan? rndu nk masuk skolah smula...

    ReplyDelete
  2. pdn la mr.jon kejam bile mendenda....dh terbiase rupanya...

    budak2 sekarang ni lemak...manje tak bertempat and parents pun terlebih manjekan anak..sbb tu makin ramai budak sek yg kurang ajar sekarang...

    ReplyDelete
  3. mr.jon~
    im 100% agree wif u..
    bdk2 skrg bkn mcm zmn2 kiter kn..
    sbnrnye dyorg xtau cikgu yg grg tu la
    wat kiter jd "org" arini~

    ckgu2 baek plak jd smgt utk kiter study
    @ mintak tlg~
    wat eva it is..
    cikgu mmg org yg bnyk bjasa~

    almk..da mcm ceramah plak..
    hehe =D

    ReplyDelete
  4. aku belum pernah kena lagi mcm entry ko ni.
    aku budak baik.
    yg aku igt dulu bila cikgu xde pg meeting ke nnt dia akan point sorg budak tulis nama atas papan hitam.
    nnt ade la bhgn2 yg tertentu.name yg pegi toilet, cakap dlm kelas, main dlm kelas.
    den kalau name xnak kene tulis, pandai2 la ko bodek die.

    ReplyDelete
  5. To Miss Mango....
    Takutnya kene pilih rotan yang mana nak kene pukul.....
    Miss Mango selalu pilih rotan yang mana?

    ReplyDelete
  6. To Miss Iezy.....
    Mr Jon tak pernah mendenda org secara kejam...
    Tapi Mr Jon akui mempunyai imiginasi yang kejam...hahahahaha...ni semua kesan trauma akibat perbuatan guru-guru terdahulu....

    ReplyDelete
  7. To Adela....
    Yes.....baru aku teringat kes tulis nama kat papan hitam......hahahaha...sape senyap nnt nama dia kena padam.....

    ReplyDelete
  8. To Qema......
    You totally right......
    Sebab tu la kita ni jadi 'orang'.....
    Budak zaman sekarang suma tak jadi org....

    ReplyDelete
  9. miss mango pilih rotan yg sedang2..
    yg tebal tu, scary sgt..yg halus plak skali kene, bebekas seminggu..
    so, ambik yg tengah2 la..ahaha!even pilih yg tengah2 pn, sakit dia tuhan aje yg tau..bebilai tangan nih..ishk2..

    ReplyDelete
  10. Hahahahaha....yang sedang-sedang sahaja....
    Mr Jon dapat rasakan kesakitan itu....Mr Jon pun pernah kena jugak...

    ReplyDelete
  11. Ya! sekolah saya pula berada disebalah sekolah anda..
    eventhough kita berjiran x pernah pulak jumpe Mr Jon..HAHA..

    Aku sekolah rendah x igt sangat la denda2..tapi rules yang ntah pape 2 aku igat la..

    aku time form 2 penah kne denda duduk kat lopak air..
    Khinzir punya Puan Zuraidah..dala aku period time 2..

    anyway best topic..

    =).

    ReplyDelete
  12. Hahahahaha...aku ingat time kau kena duduk kat lopak air tu...
    Sian kau...
    Masa tu kita tak kenal rapat lagi....
    Dalam hati aku cakap sian pompuan ni dah la nama kena panggil kat tapak perhimpunan lepastu kena duduk pula kat lopak air....
    Tak sangka 2 years after that kita jadi kawan....

    ReplyDelete