January 20, 2009

AKU LELAKI BERKERJAYA?

Penulisan aku kali ini menjurus kepada pengalaman aku menjalani industrial practical training di salah sebuah syarikat yang ada kait mengait dengan kerajaan atau bahasa mudahnya GLC (korang tak paham juga….ok la GLC tu nama penuhnya ialah Government Link Company).

Almaklumlah universiti tempat aku belajar tu menggunakan bahasa orang putih sebagai bahasa rasminya. Jadi terpaksalah aku menyerapkan unsur-unsur Inggeris ke dalam penulisan aku. Bukan nak mengagungkan bahasa penjajah ye…..

Rakan-rakanku sekalian,

Kalau korang semua nak tahu aku adalah pencinta dan pejuang Bahasa Melayu. Hahahahah…..bunyinya sangat patriotik kan? Aku memang patriotik orangnya.

Melalut la aku ni…. Mari kita kembali ke pangkal jalan.

Entry atau penulisan kali ini dibuat atas permintaan rakanku yang berada jauh nun di selatan tanah air, Johor Bharu. Orangnya baik dan berkulit cerah. Kini menjalani latihan praktikal di pejabat kerajaan. Rakanku yang sorang ni berminat nak tahu pengalaman aku pada minggu pertama sebagai pelajar yang menjalani latihan praktikal.

Begini ceritanya…….

Pagi tu aku keluar awal sebab nak naik dua tren. Lagipun hari pertama, haruslah menghadirkan diri lebih awal. Ingat kawan2 first impression is very important. Aku serba baru hari tu dari atas sampai bawah, persis lelaki bekerjaya yang gaji dalam lingkungan 3 ke 4 ribu sebulan. Kira eksekutif muda la. Padahal elaun pun tak dapat!

Pada hari pertama itu aku telah di suruh memasang komputer sendiri. Adus…. Aku ni da la bengap dalam bidang pasang-memasang. Tambahan pula aku ni bukan la pandai pasal hal ehwal komputer ni. Tapi aku buat la jugak. Dah siap pasang, aku pun hidupkan suis, komputer tu masih tak bernyala.

Aku dah mula menggelabah. Budak praktikal dua orang lagi yang tadinya sama-sama masuk dengan aku dah boleh guna dah komputer dorang. Aku punya tak boleh guna lagi. Dengan tidak semena-mena datanglah, salah seorang staff dari department tu dan………

Begini dialognya….

Staff: Ha… kenapa komputer awak?

Aku: Ntah la Puan… PC ni tak mahu menyala CPU dia ok jer….

Staff: What? PC! This is not PC….. This we call monitor.

Aku: Ala…. tak boleh lah nak salah cakap sikit! (aku cakap dalam hati, giler nak cakap macam tu! aku masih waras lagi…tapi sebenarnya aku tak tau pun nama dia monitor… see how bad I am!).

Staff: Rumah awak takde komputer ke?

Aku: Takde Puan! rumah saya takde komputer (aku jawab dalam nada yang begitu humble sekali)

Staff: Sepatutnya saya tak perlu ajar awak semua ni. Awak patut dah tahu sendiri.

Setelah di bantu oleh seorang staff yang pangkat abang, dia tiga tahun tua dari aku. Akhirnya komputer aku boleh digunakan. Itu pun setelah 3 kali bertukar monitor dan CPU baru komputer aku menyala (Ceh...Ceh…aku dah mula menggunakan perkataan monitor bukan pc lagi…. hahahah... I’m fast leaner ok!).

Terima kasih banyak2 kat bro yang tolong aku tu. Abang tu siap cakap kat aku lagi jangan ambil hati apa Puan tu cakap dia memang tegas tapi dia baik hati. Ala… aku tak kisah pun…. Dulu masa kat U lagi teruk! (penggunaan perkataan ‘dulu’ menggambarkan macam dah lama jer aku tinggalkan U…..padahal grad pun belum lagi). Pensyarah ada yang jenis garang sampai boleh kena demam kepialu kalau dorang naik angin. Aku dah imun terhadap semua jenis seksaan marah.

Minggu pertama ni, aku banyak buat panggilan sebab tempat aku ‘bekerja’ ni nak buat event di Kuching dan Kota Kinabalu. Jadinya, tugas aku menelefon semua yang terlibat dan pastikan sama ada dorang hadir atau tidak. Lagi satu aku kena pastikan dengan PR di sana berkaitan dengan driver, makanan dan juga tempatnya lengkap dengan peralatan yang diperlukan.

Lagi satu malapetaka yang menimpa aku ialah buat communication report menggunakan excel. Dah la tu kena buat graf bagai! Perrrggghhhhh…. Sepanjang aku terlibat dengan dunia perkomputeran ni tak pernah aku menggunakan perisian excel. Tapi aku cakap kat Manager aku…. Boleh Puan saya boleh buat. Kemudian siaplah aku berulang-alik dari meja aku ke tempat dia tanya macam mana nak buat itu dan ini.

Tengah aku syok buat kerja datanglah staff yang sebelumnya menegur aku pasal tak tahu pasang komputer.

Begini dialognya…..

Staff: Kenapa awak guna telefon orang? Telefon awak tak boleh guna?

Aku: Telefon ada tapi extension wire dia takde la Puan, tu saya guna telefon orang.

Staff: Awak ni nak saya spoon feed awak jer. Carilah sendiri.

Aku: Takkan la saya nak suka2 ambil sendiri! Ini bukan rumah saya. (lagi sekali aku cakap dalam hati, giler nak cakap macam tu depan dia!).

Staff: Awak tunggu jap, saya ambilkan.

Mungkin betul cakap abang tu… Puan ni tegas tapi baik hati. Takpe lah asalkan aku selamat habiskan latihan praktikal aku ni. Minggu pertama tu aku masih cuba menyesuaikan diri lagi.

Apakah yang bakal terjadi pada minggu kedua nanti? Hatiku gusar memikirkannya. Berjayakah aku mengharungi semua ini. Oh tidak! Berbagai persoalan menikam benak fikiranku kala ini (ceh…ceh… bersastera la pulak… kan dah cakap aku ni pencinta bahasa melayu… korang tak caya).


Sekian buat kali ini….

8 comments:

  1. hahaha....bangge gler me owes be the first one to leave coment in ur blog......rs time cm very slow skang...if time clas cepat je end of january...ni rs cm suffer gler...haha

    ReplyDelete
  2. "Entry atau penulisan kali ini dibuat atas permintaan rakanku yang berada jauh nun di selatan tanah air, Johor Bharu. Orangnya baik dan berkulit cerah. Kini menjalani latihan praktikal di pejabat kerajaan".

    waaa,i guest 'that person' mesti terharu gler...because of he/she, u come back to these world..siap post kt blog lg statement tu..ahaks..

    read ur dialog, klakar jerk..u always be urself men..xpenah ckp xbole even zul memg xtau buat benda tu...hahaha..

    the sentence..."Ala…. tak boleh lah nak salah cakap sikit", sue memg xpnah lupe..boleh dikatakan selalu gak zul ckp camtu if smthing going happen to u...hehehe..

    memg tul, byk gler yg kite blaja time practical nie..like excel..same like me and iezy, 3 of us yg sue da tau skrg sakit jiwa guna excel..hahahaha..

    wlu ape pon, take it as a challenge k..
    sue berpesan utk diri sue juge..hehe..bye..

    ReplyDelete
  3. Iezy.....

    You're sooooo right! memang lama betul waktu ni berlalu. Macam bile la nak habis praktikal ni. Dulu kita sibuk bila la nak habis blajar.Serius weiii.... rasa nak balik belajar.

    ReplyDelete
  4. MisZ Sue....
    I'm sure you know who that person.
    Hahaha....
    Memang you the one yang encourage me to post my story in blog.
    Sue masih ingat lagi ek...ayat2 gedik Mr. Jon! (p/s: dlm blog call me Mr Jon)
    Thanks ye Sue coz sudi jenguk blog ni and leave some comment.

    ReplyDelete
  5. huhuu...
    1stly, sowy coz ak blogger yg xpndi menulis. penulisanku xseindah bait-bait pantun yg sering kau lagukan...eceh!
    huhu aku lain plak bro,dpartment ak sume ppuan.bila aku dtg sume tkejut. dorg pn xtau aku nk dtg. then, my boss pgl aku masuk blk dia n bkenalan. intview cket2,sembang2...bt ada 1 yg aku xleh jwb.dia tanya,"En aur, kamu sembahyang cukup x?"huhu xsgka aku akan mghadapi soalan seperit ini. bagaikan tertusuk lembing paru-paru kiriku...huhu
    tapi yg buat aku terharu,after 10 min meeting 2,aku kua bilik bos tgk tempat aku dh disediakan.meja,kerusi,PC,buku,pen n fail...omg, baiknya akak2 2..until now pn dorg stil baik ngan aku...huhu

    ReplyDelete
  6. Hahahaha...

    Kau perli aku ek... x seindah bait-bait pantun yg sering kau lagukan konon....

    Walaupun kau di tusuk sembilu... Namun pedih lukanya hilang tanpa kesan setelah di basuh dengan air cinta suci ..

    eceh!!! kata sorang jer laki...market la kalu cam tu...

    Tanya cukup sembahyang ke tak?
    Itu memang soalan cepu cemas tu Aur...
    Best la kau semua di sediakan..

    ReplyDelete
  7. padan muke u...
    bende yg u x suke...
    akhirnye u kene buat sorg2 plak now...
    tu lah i ckp dulu...
    walau mcm mn x suke pun...
    buat2 lah suke...
    msti bguna bende tu di kemuadian ari...
    i told u already la...
    hehehehe...

    ReplyDelete
  8. Carut ehhhh.......
    Tak baik u ckp mcm tu...
    U tak kesian kat I ke?

    ReplyDelete