January 31, 2009

AKU TERTEKAN!


Tertekan aku! Tertekan…...........
Aku sangat tertekan semalam!


Kenapa time orang nak pergi kerja time tu la pulak nak buat hal. Apa dorang ni takde buat planning ke nak hadapi situasi genting macam ni….. Buat lah perancangan supaya bila saat-saat genting macam ni berlaku, masalah dapat diselesaikan dengan segera.



Ini tidak! Lembab! Hangin aku satu badan!


Begini kisahnya…..


Semalam, tren yang aku selalu naik atau lebih tepat STAR buat hal! Cuba korang bayangkan aku naik tren dari stesen aliran Ampang pukul 7 pagi…..aku sampai di Stesen Masjid Jamek pukul 8.30 pagi! Dekat satu jam setengah! Padahal bukan jauh manapun….selalu dalam 15 minit dah sampai.


Tren tu berhenti di stesen Miharja kira-kira 20 minit. Lepas tu boleh pula dorang buat announcement suruh penumpang turun di stesen Chan Sow Lin untuk tukar tren.


Kat sini aku tunggu dekat sejam! Dah la tu…. Perut aku pulak buat hal. Betul la perut ni time macam ni pulak nak sakit. Aku bergegas mencari tandas. Terus aku tanya bro yang jaga pintu masuk bagi penumpang yang ada pas bulanan.


Aku: Bang kat sini ada toilet tak?

Bro: Sini takde toilet!


Jawapan bro tu sangat ringkas, padat dan agak kurang menyenangkan aku…. Nak tak nak jer dia jawab aku…. Pastu cepat2 dia palingkan muka dia..

Dia ingat aku bodoh ke? Memang la kat STAR takde tandas awam tapi setiap stesen STAR ada tandas untuk staff



KEDEKUT TANDAS!


Bukan aku nak bawa balik pun tandas dia! Nak pinjam kejap jer sebab perut aku teramat sakit… kalau tren tu tak buat hal dah lama aku buang air kat toilet office yang lebih bersifat kelas atasan daripada toilet kasta bawahan kat STAR tu!…


Makanya tak payalah aku mencemar duli tanya dia nak guna toilet! Geram aku macam bagos jer dia tu… kalau kau bagos takde la kerje tu…. Ha… da mula la aku ni…


Tapi aku tidak akan sama sekali mengaku kalah sebelum berjuang... lantas aku pergi ke bangunan JKR yang setentang dengan stesen tu…


Haaaaaaaaaaaaaa….. lega rasanya dapat melepaskan beban yang ku kendong ini. Kemudian cepat-cepat aku pergi balik kat stesen tu… Sampai jer kat situ………


My Goodness Gracious!


Tren tak sampai lagi….. I tell you…. Stesen tu dah tak tertampung manusia dah… penuh dan sesak… mcam air dalam gelas yang penuh… bila-bila jer boleh tumpah…


Maksud metafora aku itu ialah……. bila-bila masa sahaja penumpang boleh terhumban masuk dalam kawasan landasan kalau tercetus adegan tolak-menolak.


Aku pun beratur di barisan paling belakang. Pastu boleh pula dorang buat announcement yang tren ke Bandaraya bertukar platform. Hahahahaha…. jadinya aku yang belakang ni sudah jadi yang paling depan. Orang belakang dah bising-bising.


Rezeki jangan ditolak….takkan la aku nak pergi beratur kat belakang balik sambil berkata, You guys deserve to stand here and I’m not…. Give me a way… Let me stand in the place that belongs to me…” Itu giler meroyan namanya.


Kali ni aku tersepit di celah-celah manusia. Sampai stesen Masjid Jamek…pintu tren pun terbuka. Apa lagi macam empangan pecah la. Semua terkeluar dalam keadaan bertolak-tolakan.

Aku ni pula terpijak la sandal sorang kakak ni.


Aku: Maaf Kak saya tak sengaja

(Dia buat bodoh jer…aku ingat dia tak dengar).


Aku: Maaf Kak.......

(Aku cakap lagi sekali….then korang tahu dia jeling aku…mesti dia sumpah seranah aku dalam hati dia… ala aku bukan sengaja pun nk pijak sandal dia… ada ke orang suka-suka nak pijak sandal orang lain….mari-mari pijak sandal….mari kawan-kawan kita pijak sandal… ada ke? Ada ke? Takde kan…..)


Bukan lah niat aku nak suruh dia cakap… Takpe akak maafkan adik…akak tahu adik tak sengaja… “


Bukan seperti itu yang aku mahukan….Cuma janganlah jeling aku…..bukan sengaja pun nak pijak sandal dia. Nama pun tak sengaja.


Kemudian aku cepat-cepat naik Putra LRT. Akhirnya tepat pukul 9 pagi aku sampai di tempat kerja.


Cissssssssss! aku terlambat. Korang tahu tak aku ni tak pernah masuk lambat. Kiranya disebabkan gangguan perkhidmatan STAR aku dah lambat setengah jam!

Minggu lepas masa hari Jumaat juga... PUTRA LRT buat hal! Minggu ni STAR pula….. Apa setiap hari Jumaat Hari Kerosakkan Tren Sedunia ke?


Kadang-kadang rasa malas nak pergi kerja bila berlaku perkara-perkara di luar jangkaan seperti ini. Perjalanan menuju kejayaan ni bukan senang…. Harap satu hari nanti tak perlu lah aku berhimpit-himpit dalam tren macam ni lagi….





Sekian.

January 29, 2009

KITA PERLU BERTINDAK!


Emosi aku benar-benar tersentak selepas menonton Buletin Utama semalam. Aku terbuai di bawa emosi kanak-kanak Palestin tersebut, seolah-olah aku yang mengalami penderitaan itu.

Sheeren nama kanak-kanak Palestin yang di temuramah oleh wartawan tersebut. Sheeren melihat dengan matanya sendiri bagaimana ibu, ayah dan abangnya mati berlumuran darah akibat serangan Israel. Tersekat-sekat suaranya menceritakan pengalamannya itu.

Jauh di sudut hatiku, aku kagum dengan semangat kecilnya yang tidak takut dengan Israel dan berazam untuk berjuang dan menuntut bela di atas kematian keluarganya itu.

Si Syaitan Zionis membunuh tanpa mengira mangsa. Wanita, kanak-kanak, orang tua dan ribuan orang awam yang tidak berdosa menjadi habuan Si Syaitan Zionis yang laknat itu.

Seringkali aku menidakkan dengan apa yang dipaparkan di media. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Kanak-kanak dengan wajah berlumuran darah, yang mati di pangkuan ibu mereka, yang jasadnya terperangkap di celah-celah runtuhan bangunan dan yang…………….

Aduh! Tidak sanggup aku mengingati wajah-wajah tidak berdosa itu. Sering sahaja aku mengalihkan pandanganku daripada melihat wajah-wajah kecil yang menjadi mangsa kekejaman Si Syaitan Zionis yang berhati hitam, busuk dan penuh kebencian itu.

Jika benar mereka mahu menghapuskan pejuang HAMAS…. Kenapa mereka yang tidak berdosa ini menjadi mangsanya?


Sial Zionis!


Aku berdoa agar Allah segera menurunkan bala kepada mereka.

Terbalikkan bumi mereka YA ALLAH!

Hantar tentera ghaibmu YA ALLAH! agar mereka tumpas tak terdaya.


Celaka Amerika!


Kononnya menentang keganasan. Setelah habis bumi Iraq dan Afghanistan kau ratah atas nama perjuangan menentang pengganas kau membisu tanpa sedecit kau berbunyi menamatkan keganasan di Palestin.

Rakan-rakanku sekalian,


Kali ini aku menulis dengan penuh perasaan sedih, kecewa dan marah. Aku terpanggil untuk menulis setelah sekian lama aku menahan emosi melihat penderitaan rakyat Palestin. Akhirnya, emosi ku itu tumpah di ruangan ini. Aku seperti yang lain, tiada daya untuk mengangkat senjata membantu mereka di medan peperangan.

Namun, sebagai hambanya yang mempunyai akal dan fikiran. Kita perlu bangkit menentang Si Laknat Israel itu. Kita perlu bangkit membantu saudara Islam kita di Palestin. Aku yakin pasti ada caranya.


Tetapi apa caranya?


BOIKOT Produk Mereka!


Kita jahanamkan ekonomi mereka! Agar tiada wang yang dapat mereka salurkan untuk peperangan di Palestin. Aku yakin dengan cara ini. Ramai bijak pandai mengesyorkan cara ini.


Aku ingin mengingatkan diriku sendiri dan kalian temanku yang lain agar jangan menggunakan produk Si Celaka Amerika! Jauhi produk Si Sial Israel!

Dermalah di tabung-tabung bantuan agar dapat membantu Palestin bangkit semula. Sumbangan kecil kita amat besar ertinya buat mereka di Palestin.

Mungkin ada yang berpandangan sinis… Sampai bila kita nak boikot produk mereka yang sudah berakar umbi dalam kehidupan kita. Ya! Aku akui…. Itu sesuatu yang mustahil. Tapi aku sendiri selagi boleh aku bertahan tanpa produk mereka itu… selagi itulah aku menjauhinya.

Mungkin ada yang berpandangan… kalau kita boikot produk mereka… maka habis lah peluang pekerjaan rakyat tempatan. Tiada apa yang aku boleh katakan selain…

Itulah harga yang perlu

kita bayar untuk membantu saudara Islam kita

yang hidup menderita dan

bersama berjuang

ke jalan
ALLAH….”

Sekian….


Salam Perjuangan Palestin.

January 25, 2009

HATIKU BERLAGU DINGIN

Sudah seminggu AJL ke 23 berlalu, barulah hari ini aku menulis tentangnya. Saja jer aku nak tunggu seminggu dulu.

Ini gara-gara aku nak dengar apa komen-komen media terhadap artis kesukaanku…. Siapa lagi kalau bukan Ziana Zain.


Dingin,
Malam yang menyelubungi….
Hening sayu dalam hati….
Berbicara bersendirian…
Ku rasa resah…
Selama di buai rindu
Pada cinta yang selalu…
Terpendam di dalam khayalan…
Kan ku leraikan impian indah….
Kepadanya ku berserah…
Mungkin tak daya…..
Ku tawan cinta yang sama.....


(Korang bayangkan masa mlm AJL tu… Ziana kelihatan sangat cantik dan menawan persis Puteri yang turun dari kayangan…. Ziana mengalunkan lagu dingin dengan penuh penghayatan….. DRAMATIK SANGAT! Sampai buka2 kasut…Elyana pun tak buka kasut atas pentas mcm Ziana buat…. Class Kak Gee!)


Aku sedih dia tak menang apa-apa, sekurang-kurangnya anugerah vokal terbaik bagi lah pada Ziana Zain. Malah persembahan terbaik pun mampu diraihnya. Persembahan pentas Ziana cukup sempurna tanpa perlu segala macam penari dan props.

(I tell you, vocal dia power giler. Masa dia tarik tu... perrrrrrrrrrggghhhhhh…. MANTAP! At the age of 40, she still can sing high note song…..)


Makanya, sepanjang seminggu itu aku membuat news monitoring mengenai Ziana Zain. (Sesiapa di bidang PR mesti tahu apa itu news monitoring… aku pernah blajar psl benda ni dulu….)


Antara komen-komen media sepanjang seminggu aku membuat news monitoring mengenai persembahan Ziana Zain di AJL adalah:-

Kemunculan Ziana Zain menerusi lagu Dingin mencetuskan histeria di Stadium Putra Bukit Jalil.
Utusan Malaysia 21 Januari 2009

(Aku suka statement ni….. memang ye pun Kak Gee kita ni mencetuskan histeria…bukan setakat histeria…sorakannya dah macam Liga Perdana Inggeris)

Ziana pulang tanpa anugerah walaupun mencuba sepenuh hati.
Kosmo 20 Januari 2009

(Diva kita ni bukan sahaja mencuba sepenuh hati tapi sepenuh jiwa dan raga nya… seluruh tubuhnya menyanyi…. can’t the judges see the effort? pada perkiraan aku persembahan Ziana Zain bertaraf dunia…)
Penyanyi Ziana Zain seperti tidak mahu kalah dengan kehadiran artis-artis muda, namun mungkin disebabkan faktor usia dan terlalu lama menyepi dari pentas AJL, Ziana seperti terjerat dalam vokal sendiri.
Kosmo 20 Januari 2009

(Helo…….. pada aku Zig Zag bukan seperti tidak mahu kalah tapi tidak pernah dan tidak akan kalah…. Dia di ‘class’ nya yang tersendiri…. Tak boleh dibandingkan dgn mana2 artis pun….)


Mungkin ada yang kata sebab aku minat sangat dengan dia. Tu pasal la aku puji dia sampai tinggi melangit. Tapi aku tetap rasa dia hebat (cuba korang tgk balik performance dia kat you tube… korang mesti bersetuju dgn aku dia hebat…tgk version 5.41 saat)

Kalau terlari sikit pitching, terlambat masuk lagu ke… itu perkara biasa pada persembahan secara langsung kerana…



Kita Manusia Tidak Pernah Lari Daripada Melakukan Kesilapan’


(Kalau tak hebat takkan la sejurus selepas persembahan Ziana, Ally Iskandar, mengajak penonton bagi tepukan penghormatan buat Ziana sambil berkata, “Adakah Ziana Zain akan turut menempa nama sebaris dengan Liza Hanim, Misha Omar, Hazami, Adibah Noor, Lah VE dan Jaclyn Victor yang memenangi kategori vokal terbaik”)

Baiklah….

Secara keseluruhannya AJL kali ini adalah antara yang terbaik yang pernah aku saksikan. Kemenangan Faizal Tahir adalah sesuatu yang menggembirakan aku. Vokal yang mantap. Suara tak pecah dan penghayatan yang baik.

(You deserve it bro…..bagos performance dia. Dah macam video klip pulak aku tengok!)

Farahwahida…… dia punya masa depan yang cerah dalam bidang ni. Suaranya ada identiti tersendiri. Kalau dia nyanyi orang tahu tu suara dia.

Meet Uncle Hussin (MUH)…… what can I say…. Dah menang pun. Persembahan yang bertenaga dan berkarakter. Tapi ramai juga yang mempertikaikannya… Ala biasa lah….


"Rumah Dah Siap Pahat Masih

Berbunyi"


AJL kan mencari sesuatu yang segar, baru, bertenaga yang mampu mencetuskan evolusi muzik. Semua itu ada pada Lagu Untukmu yang dibawa oleh MUH. Kalau lagu balada, Sampai Syurga yang menang bukankah ia kelihatan klise. “Sebuah lagi lagu balada di julang menjadi juara…………..


Tapi aku suka kalau Sampai Syurga yang menjulang trofi AJL.


Namun, HATIKU TETAP BERLAGU DINGIN kerana Dingin tidak merangkul sebarang anugerah.


Walau apa pun yang terjadi….. kau tetap juara di hatiku Ziana Zain…..



Sekian…..




P/S: Korang pernah terfikir tak kenapa Dingin yang pada awalnya tak masuk, tiba2 masuk pula. Ini semuanya pasal rating…. Kalau Ziana tak masuk jatuh rating AJL… Dah la Mawi tarik diri...I tell u Ziana ni ada aura yang tersendiri….)

January 23, 2009

TAK BOLEH BLAH.....TAK BOLEH BLAH...

Tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, jari-jemariku ligat menaip papan kekunci itu. Sesekali aku menjeling jam yang tersemat kemas di tangan kiriku. Peluh dingin mula memercik. “Sempat ke tak ni,”getus hati kecilku.

(masa tu semua org dah nak balik…yang aku ni terhegeh-hegeh taip lagi… cuak juga rasa cam kat sekolah pulak…. sape dah siap keje boleh balik….kalau tak siap tak boleh balik…)


Akhirnya…………….


Aku: Nah! Puan report tu ada dalam pendrive ni.
(confident giler time aku bagi pendrive tu… dulu kat U… aku and the
geng memang terkenal sbb confident. Hihhihihi… tak boleh bla…tak
tak boleh bla… lecturer suh present psl benda lain kitorang present
lain….. ambik kau kene tolak markah!)

Manager: Ha? Dalam pendrive? Hahahahahahahah….

Aku: Kenapa Puan?
(apa hal pulak Puan ni gelakkan aku ni? dah la aku ni tgh tension buat report guna excel…. aku cakap dlm hati la….)

Manager: Orang muda cara lama…
(ambik kau! setepek aku kene……..)

Aku: Kenapa Puan?
(padahal aku dah tahu sebabnya…. Sajer buat tak tahu…nak
cover malu)

Manager: Dalam office ni semua orang kalau nak berhubung atau
nak hantar apa-apa melalui email.

Aku: Ooooooooooooo mana saya tau Puan…. Puan tak cakap pun.
(malu bangat aku masa ni…. lantas aku mengeluarkan kata2 spt
di atas)

Itu berlaku pada minggu pertama dulu. Aku dah belajar dari kesilapan. Sekarang semua benda aku hantar guna email. (jarak aku dengan Manager aku tu bukannya jauh mana pun, kalau aku kentut pun dia boleh dengar)

Diam tak diam dah tiga minggu aku menjalani latihan praktikal industri. Bagi aku ia merupakan satu pengalaman yang menarik. Ye la…. Aku belajar banyak benda dan inilah masanya aku mempraktikan ilmu yang dituntut di menara gading.


Sampai di sini sahaja penulisan aku kali ini. Sehingga kita bertemu lagi…….

(sebenarnya aku kehabisan modal untuk di jadikan entry… kira entry ni ok la kan…)



Wassalam……

January 22, 2009

HATIKU BUNGKAM..................


“Eeeeehhhhhhhhhhhhh…. Tak reti sabar ke? Dah tahu penuh nak naik juga! Pantas bibirku menuturkan kata-kata yang ku kira agak kasar bunyinya”. Aku menjeling penumpang di sebelah ku tanpa memperdulikan apa pandangannya. Hatiku masih bungkam memikirkan tindakan kasarnya menolak aku sebentar tadi

(Best tak intro aku…. Best tak? Cerpen la konon-kononnya).

Kisahnya begini…..

Petang itu aku dalam perjalanan pulang dari pejabat tempat aku menjalani latihan praktikal. Biasalah…. Kalau petang mesti sesak bagai nak gila. Nasib aku ni kecil….jadi aku masih dapat memboloskan diri untuk masuk ke dalam tren.

(kalau sesak waktu pagi aku tak heran sgt…sbb aku masih menghidu bau-bauan yang menyenangkan tp kalau ptg…. Gosh! Bole pengsan aku especially kalau aku ddk dan org dpn aku tu berdiri sambil memegang holder dlm tren tu… jadinya ketiaknya menghadap muka aku … then…korang tau la… bau dia…perrrrghhhhhhh…maut! tp bkn semua hanya segelintir org shj.)


Haaaaaaaaa…………… aku menarik nafas lega! Dapat juga masuk. Dah tiga tren terlepas macam tu jer. Sampai di stesen Abdullah Hukum tren pun berhenti……

Gerabak tu memang dah penuh sangat dan tak boleh masuk lagi wahima seorang penumpang sekalipun. Ada sorang makcik (perkiraan aku dia ni dah 50 lebih) dan seorang pakcik (ku kira dlm lingkungan awl 40 an).

Korang nak tahu apa dorang buat?

Tanpa segan dan silunya dorang tolak aku dan aku pula secara tak langsung tertolak orang lain. Itu yang aku mengeluarkan kata-kata seperti di atas. Walaupun dorang tua dari aku tapi aku yakin dorang memang layak dapat kata-kata tersebut dari mulut aku. Dah la tu buat bodoh jer. Minta lah maaf sebab dah tolak orang.

Aku ceritakan hal ni pada mak aku, seraya mak aku berkata,

Tak baik bang…buat macam tu… dia bukan sengaja. Lagipun dorang tu orang tua…hormat sikit. Biasa lah tu nak balik cepat, anak-bini tunggu kat rumah. Ntah2 dorang ada hal penting.

Aku jawab balik,

Mana boleh! Sekarang ni bukan zaman orang muda jer nak hormat orang tua. Dorang yang tua pun kena hormat kita yang muda. Kalau dorang salah kita kena tegur!
(sian mak aku dpt anak mcm ni... tapi ari tu aku sgt emo)

Memang kalau mengikut adat dan tatasusila masyarakat Melayu, yang muda mesti hormat yang tua. Sama seperti apa yang dikatakan oleh mak aku. Tapi aku tetap tak puas hati!

Suka-suka jer dia tolak aku. Sampai punggung aku dah bersentuh dengan orang lain, mata pun dah bertentang mata dengan penumpang lain, hidung aku pun dah kempas kempis menahan nafas dek kerana terlalu sempit dan di tambah dengan haruman yang mekar ‘mewangi’ (I tell you the smell memang maut!).

Tengaharinya pula masa di pejabat……..

Waktu lunch masa tu…. Aku tunggu dua orang kakak ni cedok nasi hampir 15 minit. Dorang boleh borak pula pasal laki dorang depan tab nasi tu!

Aku ni dah la lapar…. Terpaksalah tunggu dorang habis berborak baru aku boleh ambil nasi. Rasa nak marah jer. Tapi aku pendamkan (tu yang petang aku hangin satu badan lalu melepaskan angin tersebut bila auntie and uncle tu tolak aku!)

Harapan aku agar korang semua janganlah buat perangai macam ni. Buruk sangat! Kita harus ada kesedaran sivik dan tanamkan sikap bertimbang rasa dalam diri masing-masing. Jangan pentingkan diri sendiri.


Sekian coretan buat kali ini,

January 21, 2009

JANGAN TIRU AKSI INI!


Rakan-rakan sekalian…..

Pada kali ini aku akan menceritakan satu aksi yang korang tak patut ikut kalau korang menggunakan tren atau nama panjangnya keretapi. Memang berbahaya lah aksi ni!

Begini ceritanya…..

Aku ni memang seorang rakyat Malaysia yang prihatin kerana menyahut seruan kerajaan menggunakan pengangkutan awam. Justeru, aku menggunakan Sistem Transit Aliran Ringan (selepas ini akan ditulis sebagai STAR) dan PUTRA LRT untuk ke tempat aku menjalani latihan praktikal.

Sebelum ni…..masa aku belajar lagi memang aku menggunakan pengangkutan awam ni secara maksimum. Mana taknya pergi kuliah aku naik bas, balik kuliah pun naik bas.

Kalau aku pulang ke kampung aku mesti menggunakan bas dan turun di KL Sentral lalu menaiki PUTRA LRT transit di Majid Jamek dan bertukar menggunakan STAR (aku menggunakan perkataan kampung untuk merujuk kepada rumah ibubapaku di KL, mana aci… kawan2 aku selalu ckp nak balik kampung… ye la rumah keluarga dorang jauh sampai ke Pahang, la Johor la….. aku pun nak guna juga perkataan kampung walaupun aku tinggal di Bandaraya Kuala Lumpur).

Kadang-kadang kalau malas nak berasak-asak dalam bas aku menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke KTMB dan turun di KL Sentral terus ke PUTRA LRT dan akhirnya servis bertukar tangan ke STAR. Setelah itu, sampai lah aku di rumah. Memang meletihkan tapi aku bangga kerana berjaya menyahut seruan kerajaan.

Kawan2…. Ingat! Jangan ditanya apa sumbangan negara terhadap kita tapi tanyalah pada diri sendiri apa sumbangan kita kepada negara (aku dah cakap aku memang patriotik orangnya).

Baiklah yang diatas tadi hanya mukadimah sahaja. Aku kan suka melalut…………

Korang faham-fahamlah, kalau menggunakan tren pada waktu puncak terutama orang pergi kerja dengan balik kerja… kan sesak. Ada la pulak sorang minah ni suka benar Tak Nak Memegang/Berpaut pada tiang besi atau pemegang yang telah disediakan di dalam tren tersebut.

Dah dua tiga kali aku perhatikan minah ni. Lepas tu, bila tren tu bergerak dia pun mula lah terhoyong-hayang ke kiri dan ke kanan ke depan dan ke belakang. Mungkin dia rasa…………..

Tubuhnya yang meliuk-lentuk itu ibarat lalang ditiup angin laut selatan, lalu berterbanganlah debunga lalang itu ke langit menghasilkan panorama alam yang mengasyikkan’ ‘Kala itu bunga-bunga cinta pun mula berputik’
(aku dah mula bersastera dah ni)

Hakikatnya…. HAMPEH!!!!! Aku rasa pelik… tak faham aku... tak faham betul! Apasal dia tak nak pegang pemegang tu. Dia ingat dia Xena The Warrior Princes ke? Boleh buat aksi gimnastik dan kalau jatuh boleh bangun sambil melompat ke udara.

Tahu tak disebabkan dia berapa orang terhumban ke depan bila tren tu berhenti. Tolonglah jangan membahayakan orang lain!

Termasuklah aku ni yang kena pulak tahan dia menggunakan tanganku yang ‘suci’ ini supaya dia tak terjatuh (jangan salah faham ye... suci bermaksud….bukankah tidak elok aku memegang perempuan yang bukan muhrimku...Ceh...Ceh... tiba-tiba aku terbayangkan watak Fahri dalam novel ayat-ayat cinta... Korang rasalah ada ke insan macam Fahri tu lagi dalam dunia ni?).

Dari satu sudut, tindakan aku itu kelihatan ‘gentlemen’ tapi dari satu sudut yang lain pula dia membahayakan orang lain. Dah lah tu… kasut tumit tinggi dia bukan main tinggi lagi. Jap lagi patah kasut dia…. Kan dia juga yang susah.

Baiklah….
Pengajarannya, kita hendaklah memikirkan baik-buruk setiap tindak-tanduk kita itu. Jangan disebabkan kita orang lain merasa ‘sakitnya’.

Renung-renungkan dan selamat beramal….
(Aku sangat suka tagline ustaz ni…. suaranya akan berkumandang di udara setiap kali masuk waktu solat di radio Hot.fm…)

Tapi kalau korang nak buat juga aksi merbahaya macam ni…

Lu Pikirlah Sendiri!
(pinjam ayat Bang Bil jap….)




January 20, 2009

AKU LELAKI BERKERJAYA?

Penulisan aku kali ini menjurus kepada pengalaman aku menjalani industrial practical training di salah sebuah syarikat yang ada kait mengait dengan kerajaan atau bahasa mudahnya GLC (korang tak paham juga….ok la GLC tu nama penuhnya ialah Government Link Company).

Almaklumlah universiti tempat aku belajar tu menggunakan bahasa orang putih sebagai bahasa rasminya. Jadi terpaksalah aku menyerapkan unsur-unsur Inggeris ke dalam penulisan aku. Bukan nak mengagungkan bahasa penjajah ye…..

Rakan-rakanku sekalian,

Kalau korang semua nak tahu aku adalah pencinta dan pejuang Bahasa Melayu. Hahahahah…..bunyinya sangat patriotik kan? Aku memang patriotik orangnya.

Melalut la aku ni…. Mari kita kembali ke pangkal jalan.

Entry atau penulisan kali ini dibuat atas permintaan rakanku yang berada jauh nun di selatan tanah air, Johor Bharu. Orangnya baik dan berkulit cerah. Kini menjalani latihan praktikal di pejabat kerajaan. Rakanku yang sorang ni berminat nak tahu pengalaman aku pada minggu pertama sebagai pelajar yang menjalani latihan praktikal.

Begini ceritanya…….

Pagi tu aku keluar awal sebab nak naik dua tren. Lagipun hari pertama, haruslah menghadirkan diri lebih awal. Ingat kawan2 first impression is very important. Aku serba baru hari tu dari atas sampai bawah, persis lelaki bekerjaya yang gaji dalam lingkungan 3 ke 4 ribu sebulan. Kira eksekutif muda la. Padahal elaun pun tak dapat!

Pada hari pertama itu aku telah di suruh memasang komputer sendiri. Adus…. Aku ni da la bengap dalam bidang pasang-memasang. Tambahan pula aku ni bukan la pandai pasal hal ehwal komputer ni. Tapi aku buat la jugak. Dah siap pasang, aku pun hidupkan suis, komputer tu masih tak bernyala.

Aku dah mula menggelabah. Budak praktikal dua orang lagi yang tadinya sama-sama masuk dengan aku dah boleh guna dah komputer dorang. Aku punya tak boleh guna lagi. Dengan tidak semena-mena datanglah, salah seorang staff dari department tu dan………

Begini dialognya….

Staff: Ha… kenapa komputer awak?

Aku: Ntah la Puan… PC ni tak mahu menyala CPU dia ok jer….

Staff: What? PC! This is not PC….. This we call monitor.

Aku: Ala…. tak boleh lah nak salah cakap sikit! (aku cakap dalam hati, giler nak cakap macam tu! aku masih waras lagi…tapi sebenarnya aku tak tau pun nama dia monitor… see how bad I am!).

Staff: Rumah awak takde komputer ke?

Aku: Takde Puan! rumah saya takde komputer (aku jawab dalam nada yang begitu humble sekali)

Staff: Sepatutnya saya tak perlu ajar awak semua ni. Awak patut dah tahu sendiri.

Setelah di bantu oleh seorang staff yang pangkat abang, dia tiga tahun tua dari aku. Akhirnya komputer aku boleh digunakan. Itu pun setelah 3 kali bertukar monitor dan CPU baru komputer aku menyala (Ceh...Ceh…aku dah mula menggunakan perkataan monitor bukan pc lagi…. hahahah... I’m fast leaner ok!).

Terima kasih banyak2 kat bro yang tolong aku tu. Abang tu siap cakap kat aku lagi jangan ambil hati apa Puan tu cakap dia memang tegas tapi dia baik hati. Ala… aku tak kisah pun…. Dulu masa kat U lagi teruk! (penggunaan perkataan ‘dulu’ menggambarkan macam dah lama jer aku tinggalkan U…..padahal grad pun belum lagi). Pensyarah ada yang jenis garang sampai boleh kena demam kepialu kalau dorang naik angin. Aku dah imun terhadap semua jenis seksaan marah.

Minggu pertama ni, aku banyak buat panggilan sebab tempat aku ‘bekerja’ ni nak buat event di Kuching dan Kota Kinabalu. Jadinya, tugas aku menelefon semua yang terlibat dan pastikan sama ada dorang hadir atau tidak. Lagi satu aku kena pastikan dengan PR di sana berkaitan dengan driver, makanan dan juga tempatnya lengkap dengan peralatan yang diperlukan.

Lagi satu malapetaka yang menimpa aku ialah buat communication report menggunakan excel. Dah la tu kena buat graf bagai! Perrrggghhhhh…. Sepanjang aku terlibat dengan dunia perkomputeran ni tak pernah aku menggunakan perisian excel. Tapi aku cakap kat Manager aku…. Boleh Puan saya boleh buat. Kemudian siaplah aku berulang-alik dari meja aku ke tempat dia tanya macam mana nak buat itu dan ini.

Tengah aku syok buat kerja datanglah staff yang sebelumnya menegur aku pasal tak tahu pasang komputer.

Begini dialognya…..

Staff: Kenapa awak guna telefon orang? Telefon awak tak boleh guna?

Aku: Telefon ada tapi extension wire dia takde la Puan, tu saya guna telefon orang.

Staff: Awak ni nak saya spoon feed awak jer. Carilah sendiri.

Aku: Takkan la saya nak suka2 ambil sendiri! Ini bukan rumah saya. (lagi sekali aku cakap dalam hati, giler nak cakap macam tu depan dia!).

Staff: Awak tunggu jap, saya ambilkan.

Mungkin betul cakap abang tu… Puan ni tegas tapi baik hati. Takpe lah asalkan aku selamat habiskan latihan praktikal aku ni. Minggu pertama tu aku masih cuba menyesuaikan diri lagi.

Apakah yang bakal terjadi pada minggu kedua nanti? Hatiku gusar memikirkannya. Berjayakah aku mengharungi semua ini. Oh tidak! Berbagai persoalan menikam benak fikiranku kala ini (ceh…ceh… bersastera la pulak… kan dah cakap aku ni pencinta bahasa melayu… korang tak caya).


Sekian buat kali ini….

AKU KEMBALI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hi semua……. Di atas permintaan dan dorongan yang tak terhingga daripada rakan-rakan yang ku kasihi sekalian, aku kembali menulis di ruangan blog.

Hahahahahaha… Dah macam statement artis pulak “Di atas permintaan peminat, saya kembali dengan album baru bagi merancakkan lagi industri muzik tanah air”. Artis-artis kan suka buat statement macam tu! Padahal dorang menyanyi dapat duit kita yang meminati keluar duit.

Baiklah……….

Mari kita mulakan dengan sejarah aku menulis di blog, dahulunya aku menulis blog kerana dipaksa oleh Profesor aku ketika menuntut di universiti (korang bayangkan ada kepul2 asap keluar dari kepala aku dan dalam asap tu Profesor aku arahkan kitorang buat blog).

Katanya dengan nada tegas, “Ok class, I want each of you to set up a blog. You can write anything you want except sex, race and religion issues”.

Jadi aku mulalah menulis blog, isu yang aku buat semua serius. Kawan2 aku kata, blog aku terlalu serius lalu dorang menyarankan aku menulis blog yang lebih bercirikan peribadi.

PERIBADI! Aduss…….. Aku tak berapa berkenan la nak menulis blog yang berbaur peribadi ni. Nanti orang kata aku ni sibuk nak mengekspresikan diri atau dalam bahasa mudahnya syok sendiri. Ha! siapa nak jawab?

Kemudian kawan2 aku seramai 4 orang tu pun berkata, ala jangan la tulis lebih-lebih, sikit-sikit sudah. Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman dan mana tau nanti boleh dijadikan pedoman. Sekali lagi kawan2 aku yang seramai 4 orang itu menambahkan tekanan kepada aku agar menulis cerita bersifat santai dan peribadi di blog (p/s: saje jer aku tak nak dedahkan nama2 kawan aku…hahaha… ala2 ruangan kring…kring… di pacaindera atau Cik Siti Jarum tak nak bagitau nama artis yang membuat onar).

Tapi aku diamkan saje lantak lah serius ke tak serius blog aku, yang penting markah (hahahaha… memang aku pentingkan markah sebab tu la penulisan aku berperwatakkan serius… last2 tak dapat A pun subjek tu padan muka aku!). Selepas tamat semester, blog yang Prof aku suruh tulis tu pun terbengkalai dah macam hidup segan mati tak mahu dah.

Blog ni kadang-kadang boleh buat orang gaduh tau!

Menerusi dunia cyber, di mana blog menjadi perantaranya, cerita peribadi orang dijaja ke saentero dunia dalam sekelip mata jer, sampai Rani Murkheje kat Mumbai boleh tau, Inul Darastita kat Jakarta tau, bahkan Yutaka Takanouchi kat Tokyo pun tahu.

Parah…. parah… kalau jaja cerita buruk orang ini. Oleh yang demikian kawan-kawanku sekalian, kita harus mengamalkan etika yang betul ketika menulis blog (serius aku tak tipu korang! aku belajar pasal etika berblogging ni masa kat U, siap kena present lagi).

Wah…wahhh… pandai betul aku berbicara, macam bagus jer! Ala…. yang sebenarnya, aku pun suka jugak gosip-gosip ni. Macam ni la, yang penting kita tau batas-batasnya dan tidak berlebih-lebih. Renungkan-renungkan dan selamat beramal….

Baiklah kita kembali semula,

Setelah berfikir semasak-masaknya, aku mengambil saranan kawan2 aku itu, lalu terhasilah blog ini. Aku tak nak bersikap negatif. Bak kata Sharifah Amani kepada Piere Andre dalam filem Cinta, “Awak tahu tak awak ni seorang yang negatif”.

Mengambil iktibar dari filem tersebut aku pun menjadi positif. Satu sahaja sebabnya iaitu aku ni suka menulis. Cerita dalam blog ni bukanlah peribadi sangat pun. Sekadar suka-suka, aku nak kongsi pengalaman aku dengan korang semua. Semoga korang terhibur dengan penulisan aku ini.

Baiklah kawan-kawanku sekalian,

Dengan lafaz Bismillahhirahmanirahim…… aku melancarkan pembukaan blog aku yang di beri nama MELALUT. Harapan aku agar semua pengunjung di blog ini meninggalkan secebis coretan buat aku agar dapatlah aku membetulkan mana yang khilaf, menambahkan mana yang patut dan mengurangkan mana yang perlu.

Wassalam