May 26, 2009

APA NAK BUAT NI..........


Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah lebih sepurnama, Mr Jon duduk di rumah. Tiada gerangan pemilik nama Mr Jon ini berbuat apa-apa melainkan menjalankan kegiatan domestik seperti makan, minum, melayari internet dan tidak lupa berpeleseran di kedai-kedai mamak, shopping complex, dan pusat karaoke bersama teman-teman kala kekayaan melimpah ruah.



Tetapi bila kekayaan yang melimpah ruah itu habis dan kering-kontang, Mr Jon mengambil keputusan untuk berpeleseran pula bersama ibu dan makcik-makcik tercinta di gedung-gedung sekitar KL dan juga pasaraya-pasaraya besar yang menawarkan jualan murah. Ini semua dilakukan bagi menghilangkan kebosanan di samping meluangkan masa berkualiti bersama famili. Lagi satu keluar dengan mereka tidak perlu keluarkan duit walau sesen sekalipun. Hihihiihihihihhihi…… heaven sangat!



Sejak bergelar pengggangur ni Mr Jon rasa seolah-olah diri ini seperti tiada masa depan. Seolah-olah diri ini tidak berguna. Yelah duduk rumah goyang kaki sambil tengok WONDERPET. Ianya tidak mendatangkan hasil melainkan Mr Jon dah hafal semua lagu yang dinyanyikan oleh tiga ekor binatang perliharaan dalam cerita tersebut.



INI SERIUS……..


Ada kawan-kawan Mr Jon yang lain telah mendapat pekerjaan. Sedangkan Mr Jon masih terkontang-kanting memburu kerja. Haihhhhhhh……nasib…..nasib….. Puas sudah Mr Jon menjual diri secara beretika di sana sini.



“Encik nak beli saya……saya ada degree, dah la baik pulak tu…. Pasti company Encik akan mendapat keuntungan beribu-ribu lemon dengan mengambil saya sebagai pekerja”



“Puan nak beli saya.......saya ni seorang yang berdedikasi lagi kacak bergaya.......saya yakin reputasi syarikat ini akan bertambah baik dengan adanya orang macam saya.”



“Cik, kalau Cik ambil saya kerja, I bet you company ni akan bertambah vogue lagi hebat di mata masyarakat……”



(Sila jaga pemikiran anda Mr Jon bukan buat kerja yang di laknat Tohan!)



Namun, Mr Jon masih belum mendapat wahima sebanyak satu temuduga sekalipun! Sangat menyedihkan. Entahlah, belum ada rezeki la tu gamaknya.



Susah-susah sangat Mr Jon nak jadi parajurit la. Kah....kah...Kah... macam lepas! Mr Jon ni dah la tak berapa nak tinggi ada yang kena tendang keluar dengan Sarjan Misai kang…… Buat malu keluarga dan masyarakat setempat! Eh tapi kan dulu masa sekolah Mr Jon aktif Kadet Bomba. Lagi pula Mr Jon masuk Khidmat Negara (PKN) tau! Bukan nak berlagak tapi Mr Jon masa kat PKN dulu pernah kena jemur dua jam kat padang kawad pukul 1 tengahari sambil berbaring atas tar hitam legam yang panas itu. Takde apa-apa pun sihat jer. Jadinya, Mr Jon mesti boleh lepas ujian nak jadi parajurit nanti.



Hahahahahaha…….sangat menjengkelkan pernyataan ini! Ok sila kalian abaikan….



Tak pun Mr Jon jadi pendidik la dan ambil Diploma Perguruan. Ada orang kata Mr Jon ni boleh jadi guru yang hebat! Hebat ke tak hebat ke see the leg la! Ok satu lagi kenyataan berlagak dari Mr Jon. Sila abaikan juga…….. Kalau Mr Jon seorang guru, Mr Jon nak ajar subjek Sejarah. Mr Jon suka giler Sejarah dan benci tahap gaban subjek Matematik! Mr Jon tahu ramai orang tak suka sejarah. Sebab buta Sejarah la Batu Putih tu terlepas ke tangan Temasik. Sebab buta sejarah ramai orang tak tahu signifikan hak istimewa orang Melayu. Oleh itu, sebagai guru Sejarah Mr Jon akan pastikan anak-anak murid Mr Jon menjadi celik Sejarah!



Ha! Mr Jon dah naik seh dah ni. Korang jangan tak tahu Mr Jon ni berjiwa patriotisme.



Kembali kita ke topik perbincangan yang utama iaitu, APA MR JON NAK BUAT KALAU TAK DAPAT KERJA.



Sertai MLM? Haissyyhhhh….. sejak kebelakangan ni adalah beberapa individu approach Mr Jon masuk MLM. Tapi Mr Jon tak minat la. Serius memang tiada minat. Tapi memang ramai betul orang masuk MLM sekarang ni. Mr Jon tepis semua ajakan mereka itu. Jadi setakat ni MLM tiada dalam perancangan Mr Jon. Hanya satu sebabnya iaitu TAK MINAT! Tapi manalah tahu satu hari nanti Mr Jon sertai MLM pulak dan siap keluar paper lagi jadi jutawan MLM.



Hahahahaha….Oleh itu, Mr Jon jangan nak berlagak, sila jaga bahasa anda….Kata orang terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya….



Buka perniagaan baru! Bagus juga idea ni kan. Mr Jon takdela minat bagai nak gila berniaga ni. Tapi Mr Jon suka la juga kalau memiliki perniagaan sendiri. Persoalannya sekarang Mr Jon nak jual apa? Takkan nak jual diri lagi? Choyyyyyyyy!!!! Kalau masa Raya Puasa ibu dan makcik Mr Jon jual kuih raya. Mr Jon pun selalu la jugak tolong. Kerja Mr Jon sira coklat Almond London dengan gulung tart. Oleh yang demikian, Mr Jon berpendapat nak jual kuih raya sepanjang masa. Tak payah tunggu raya. Hahahahahaha….itu pun kalau ada market dan permintaan dari pasaran. Adakah anda semua sudi nak beli kuih Mr Jon nanti? Sila angguk kepala anda di depan monitor kalau wujud kesudian itu dalam diri anda.



Kesimpulannya, Mr Jon nak cakap apabila anda seorang penganggur anda akan menjadi sorang yang sensitif atau bahasa mudahnya dipanggil cepat sentap. Anda akan jadi seperti perempuan yang datang bulan. Emosi tak stabil. Nak nak lagi kalau orang kata KAU NI APA NAK JADI KERJA TAKDE DUDUK UMAH JER atau malaun yang jumud fikirannya berkata APA GUNA KAU BELAJAR TINGGI-TINGGI TAPI TAKDE KERJA. Akhir kata salam mesra Mr Jon buat anda sekeluarga. Doakan Mr Jon cepat dapat kerja.




SEKIAN…


May 17, 2009

SAYANGI JIRAN ANDA


BOOOOOOOOOOOMMMMMMM!



Jantung Mr Jon hampir gugur apabila terdengar bunyi mercun yang meletup di tepi rumah pada satu malam yang hening.


Huh! Mr Jon mengeluh. “Mungkin ni mercun bom kot,” getus hati kecil Mr Jon tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda kemarahan.



BOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!



Mak kau! Mercun itu berdentum lagi. Lebih kuat dari dentuman pertama. Mr Jon terkejut manja…….walaupun agak manja kejutan itu tapi jantung Mr Jon berdegup kencang.


Kali ini bulu ketiak Mr Jon pula hampir gugur jatuh ke lantai. Namun masih tiada tanda-tanda kemarahan.



BOOOOOOOOMMMMMMMMMMMM!



Bongok la! Mercun itu berdentum lagi. Mr Jon mula menunjukkan tanda-tanda kemarahan kerana kali ini bulu mata Mr Jon gugur lalu jatuh ke dalam anak mata. Mr Jon gosok-gosok mata sampai merah. Ini bermaksud letupan mercun itu telah mencedarakan Mr Jon.


Mr Jon bermonolog…….. “Lagi sekali kalau bunyi memang kena budak yang main mercun ni”



BOOOOOOOOOMMMMMMMMMM !



Sepantas kilat Mr Jon keluar rumah. Cari siapa yang bermain mercun itu..... Budak sebelah rumah rupanya. Kalau ikutkan hati memang kena hamun budak ni. Tapi Mr Jon bagi renungan tajam macam nak telan dia hidup-hidup. Tak sampai hati nak marah. Lagi pula anak jiran sebelah rumah. Budak tu pun dah macam takut-takut jer muka dia. Lekas-lekas dia masuk rumah. Ha! Tahu takut. Nasib la Mr Jon ni punya kesabaran yang tinggi.



Lepas tu terus diam dah takde bunyi mercun dah. Kalau musim perayaan bunyi mercun tu benda biasa. Nak marah pun tak boleh sebab semua lapisan masyarakat bermain mercun termasuklah adik-beradik, sepupu-sepusat, saudara-mara dan jiran tetangga.



Masalahnya, sekarang ini bukan musim perayaan yang memerlukan mercun walaupun bulan Mei ni kita sambut beraneka perayaan seperti Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Wesak, Hari Guru dan macam-macam hari lagi lah.



Esoknya kira-kira pukul 10 pagi.



BOMMMMMMMMMMMMM !



Kesabaran Mr Jon sudah punah seraya Mr Jon melontarkan vokal yang maha kuat yang kenyaringannya melampaui 9 oktaf.



WOOOIIII!!!!!!!!!!!



Jeritan itu di sahut balik.



WOI!



Eh…eh melawan pulak dia…... Mr Jon pun balas balik.



BODOHHHHHHHHHHH KE!



Diam tak berbalas. Kalau jeritan itu dibalas memang Mr Jon akan keluar rumah untuk bersemuka dengan si pembuat onar itu.



Tiba-tiba ibu Mr Jon bergegas ke ruang tamu.



“Bang kau jeritkan sape?” tanya ibu Mr Jon.


“Bodoh mana ntah main mercun pagi-pagi ni,” balas Mr Jon sedikit emosi.


“Eh bang…….bapak dia la yang main bukan anak dia,” kata ibu Mr Jon lagi.


“ Padan la muka kena bodoh. Dari semalam main mercun. Biar dia rasa sape suruh dia main mercun. Itu nasib orang tak cakap bukan-bukan lagi!



Setelah pemikiran Mr Jon kembali rasional. Mr Jon pun tergelak terkekeh-kekeh. Tak pasal-pasal bapak dia yang kena. Pada perkiraan Mr Jon tentulah anak dia yang main mercun sebab semalam punya hal. Rupa-rupanya bapak dia punya kerja.



Mana la budak-budak sekarang tak main mercun bapak dorang pun main mercun sama. Jap lagi dah putus tangan baru terhegeh-hegeh nak masuk TV kata menyesal lah itu lah ini lah nak minta derma buat tangan baru lah.



Itu ok lagi. Kalau cederakan orang lain macam mana. Rumah terbakar ke ? Jiran anda terkejut sampai mati sebab ada lemah jantung ke ? Ha....siapa nak jawab.



Kesimpulannya, Mr Jon sarankan anda hormatilah jiran anda. Jangan buat perkara yang sakitkan hati jiran anda. Nanti tak pasal-pasal boleh bikin gaduh. Kalau tak tahu cara nak hormati jiran pinjamlah buku pendidikan moral di perpustakaan sekolah bacalah bab cara-cara menghormati jiran. Pada hemat Mr Jon mereka yang tidak pandai menghormati jiran ini sebenarnya kurang kesedaran sivik. Harus disekolahkan golongan ini sebaik-baiknya.



Akhir kata,




HORMATI DAN SAYANGILAH JIRAN ANDA.





May 09, 2009

DIA KEKASIHKU



Tidur malam Mr Jon tak lena,
Asyik teringat tentangnya.

Makan Mr Jon tak kenyang,
Asyik teringat tentangnya.

Mandi Mr Jon tak basah,
Asyik teringat tentangnya.

Serba tak kena. Siang terbayang malam merindu,
Semuanya kerna asyik teringat tentangnya.


Masih segar dalam ingatan Mr Jon, bagaimana dia mengalirkan air mata di perhentian terakhir itu. Mr Jon hanya mampu memujuknya supaya jangan menangis. Mr Jon katakan padanya masa akan berlalu dengan pantas sambil Mr Jon menyeka air matanya yang kian deras mengalir berjujuran jatuh ke pipi. Mr Jon kucup tangannya. Tanpa mempedulikan orang sekeliling Mr Jon terus mendakapnya lantas mencium pipinya. Lambaian terakhir itu hilang dalam sekelip mata.


AHAKS! Apakah itu?


Adakah C.I.N.TA.


Ya memang kerana cinta. Peristiwa itu berlaku 4 tahun yang lepas semasa Mr Jon menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dia yang Mr Jon maksudkan adalah IBU TERCINTA!


Betul, masa tu Mr Jon rasa kangen bangat sama ibu. Ye la tak pernah berjauhan.


Ok mungkin ia kedengaran seperti budak lelaki yang mengada-ngada duduk bawah ketiak mak. Heyyyyyy! Aku peduli apa! Sila klik disini untuk kisah duduk bawah ketiak.


Ketika itulah baru Mr Jon rasa betapa peritnya tiada ibu disisi. Tiada makanan sedap…..tiada orang basuhkan baju….lipat…dan gosok….tiada orang kejutkan bangun pagi…..tiada orang yang marah tuala basah letak atas katil…..seluar kecik bergulung-gulung dengan seluar jeans……stoking bau hapak 3 minggu tak basuh….


Kadang-kadang Mr Jon fikir ibu ni macam SUPERWOMAN. Semua kerja dorang buat. Urus rumah lagi, jaga anak, suami dan segala-galanya dari yang sekecil-kecil sampailah yang sebesar-besar perkara. Ibu merupakan wanita yang hebat!


Agaknya macam mana la kalau betul-betul kita ni kehilangan ibu?

Oh! Ibu

Kau disiram bayu pagi

Kehilangan terasa kini

Dan kesepian.. dan aku

Bagai purnama gerhana

Di ibarat lautan kering

Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini

Masih belum sempat

Kubuktikannya kepadamu

Ibu tersayang

Kucurahkan rasa hati


Begitulah bait-bait lagu Oh Ibu, nyanyian kumpulan Exist yang Mr Jon nyanyikan 17 tahun yang lampau ketika membuat persembahan sejurus mendapat segulung sijil dari TABIKA KEMAS.


Hahahahaha.....
Masa tu Mr Jon lead vocal, ntah kenapa pakcik sorang ni asyik jolok mikrofon ke mulut Mr Jon. Agaknya suara Mr Jon sedap sangat kot macam Susan Boyle.


Setelah diberi kepercayaan oleh Pakcik tersebut untuk mengepalai budak-budak lain menyanyi, Mr Jon apa lagi nyanyi la sampai tak hengat dunia.


Perghhhhhhhhhh.....I tell you time tu kan suara tak pecah belum akil baligh lagi la katakan. Mr Jon tarik suara masa korus tu sampai cecah 9 oktaf. Dah saing-saing ngan Mariah Carrey vokal Mr Jon.


Habis je nyanyi Syafinaz Selamat selaku juri lantas memberi komen, “Jon I just like your performance. I’m speechless while listening to your voice. It’s phenomenal”

Paul Moss pula cakap, “It wasn’t a great performance but I enjoyed it”

Hahahahahaha….
ok komen juri itu gurauan semata-mata. Tahun 1992 mereka berdua ini masih belum dikenali lagi secara meluas.


Tapi kan masa tu, Mr Jon tahu nyanyi jer. Tak hayati langsung maksud di sebalik lirik lagu tersebut. Bila dah besar-besar ni baru Mr Jon faham maksud di sebalik lagu tersebut.Ia mengisahkan seorang anak yang kematian ibunya.


Lagu tersebut sangat puitis dan meruntun jiwa jika di hayati setiap bait-baitnya. Mr Jon tidak mahu dan tidak sanggup untuk bayangkan kehidupan tanpa seorang ibu.


Setiap 10 Mei kita menyambut Hari Ibu. Hari Ibu pada kali ini, apa kata anda semua ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu anda sambil memberi mereka kucupan sayang.


Bagi Mr Jon hari-hari adalah Hari Ibu. Bukan maksudnya setiap hari kita perlu ucap Selamat Hari Ibu. Jap lagi ibu anda ingat anak dia buang tabiat dan gila meroyan pulak!


Maksud Mr Jon setiap hari kita perlu berbuat baik dengan ibu. Senangkan hati mereka. Tolong mereka buat kerja rumah atau urut kaki mereka dengan Losyen Mustajab Pati Halia agar mereka sihat dan panjang umur supaya kita sempat untuk membalas budi mereka nanti.


Hahahaha…bercakap soal urut kaki ni. Mr Jon suka pura-pura tidur kalau ibu Mr Jon suruh urut kaki. “Jon urut kaki aku ni,” Ibu Mr Jon mengeluarkan idea bernasnya kala menonton TV. “Krohhhh krohhh krohhh…,” itulah jawapan Mr Jon. “Tengok tu dia buat-buat tidur,” balas ibu Mr Jon. Haahahahaha….Sangat Jahat! Takpe lepas ni tak nak buat-buat tidur lagi.


Seorang ibu senantiasa mengingati anaknya.
Tak kira walau di mana sahaja anaknya berada.
Nama kita meniti dalam setiap doa mereka.
Oleh demikian sayangi dan hargai mereka sebelum masa meragut segala-galanya.


SELAMAT HARI IBU

May 01, 2009

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN



Assalamualaikum w.b.k………

Rindunya Mr Jon pada blog ini …………


Rindunya Mr Jon pada kalian wahai blogger-blogger…….


Rindu serindu rindunya……………


Dikesempatan ini Mr Jon nak ucapkan terima kasih kepada kalian kerana sudi melawat blog ini sambil meninggalkan komen yang menggeletek hati sanubari Mr Jon sampai terbahak-bahak Mr Jon tergelak.


Mr Jon seminggu ni sibuk membanting tulang empat kerat buat practical training report sebanyak 22 pages itu! Ahhhhhhhh! Benci betul! Sampai kering otak Mr Jon perah idea….fikir nak buat ayat…cari bahan bukti….eh pendek kata…macam-macam nika Mr Jon kena buat.


Nasib Mr Jon ni seorang yang berdedikasi, teguh pendirian, rajin tak terkata, semangat membara dan hensem…


Aik…hensem lagi….Kah...Kah…Kah…Kah….

Sangat menjengkelkan asyik puji diri sendiri…..

Silakan kalian muntah sebanyak satu plastik.


KEMBALI SEMULA,


Namun segalanya telah berakhir lewat pagi Khamis yang lalu. Berbekalkan keimanan yang teguh, keyakinan yang tiada taranya, penampilan penuh maskulin dan disertai slide show bercirikan feminine, Mr Jon berjaya membentangkan laporan tersebut di hadapan pensyarah.


Yehhhhhhhhhhhhh! Penat jerih Mr Jon selama 3 tahun ini telah berakhir. Hati Mr Jon berbunga-bunga, gumbira tidak terkata. Berakhirlah penantian Mr Jon untuk tamat belajar.


Dalam kesibukkan buat report tu sempat jugak Mr Jon pergi pesta buku di PWTC. Mak aaihhh! Ramainya umat manusia……….dari budak, bapak budak, mak budak, tok nenek budak dan segala macam saiz dan rupa semua ada duk menelek dan membelek buku. Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.


Kala itulah Mr Jon bertanya pada diri sendiri. Siapa kata rakyat Malaysia malas membaca ? Nahhh! Buktinya masa pesta buku tu. Kesedaran membaca rakyat Malaysia telah meningkat.


Takkan la sebab naik LRT tak baca buku nak kata rakyat Malaysia malas membaca.

LRT SANGAT HAMPEH! SESAK BAGAI NAK GILA! MACAM MANA NAK BACA BUKU. NAK KENTUT PUN SUSAH. INIKAN PULA BACA BUKU DALAM KEADAAN MACAM TU.


Takkan la masa tunggu bas tak baca buku nak kata rakyat Malaysia malas membaca.

BUS STATION PULA SERING DIPENUHI BUDAK-BUDAK HAMPEH DAN P.A.T.I YANG SERING BERBUAT ONAR DAN JENAYAH KENA BERHATI-HATI. KALAU ASYIK BACA BUKU NANTI TAK PERASAAN JENAYAH MENGHAMPIRI.


Takkan la sebab buku-buku kat Malaysia ni tak laku nak kata rakyat Malaysia malas membaca.

YA RABBI BUKU-BUKU KAT MALAYSIA NI MANA ADA YANG MURAH. TIME PESTA BUKU MACAM NI BARU MURAH ‘SIKIT’. SIKIT JER TAK BANYAK.


Mr Jon pun belilah dua buah buku karya Faisal Tehrani iaitu KETUPAT CINTA dan MANIKAM KALBU.


Ok ok ok....sila kawal diri anda ketupat cinta bukanlah cerita cinta yang total. Nanti ada yang salah anggap cakap Mr Jon ni dah kemaruk mencari cinta sampai beli buku cinta. Oleh itu, harus Mr Jon terangkan dari awal agar tidak timbul spekulasi liar. Terutama Miss Mango yang suka buat komen berkonsepkan MARI MENGUSIK MR JON.


KETUPAT CINTA ni adalah lebih kepada satira politik. Mr Jon dah abis baca buku ni. MANIKAM KALBU tak sentuh lagi.


Masa tu Faisal Tehrani ada di situ, Mr Jon pun rasa bertuah kerna dapat bersalam-salaman dengan beliau sambil meminta beliau menandatangani MOU dgn Mr Jon. Hahahahaha....apa kejadahnya MOU…Mr Jon meminta beliau menandatangani kedua-dua buku tersebut.


Lepas tu Miss Linna telah meminjamkan novel Inggeris bertajuk TIME TO SAY GOOD-BYE karya Judith Gould. Ini pun tak sentuh lagi. Tak pernah-pernah baca novel omputih, tetiba nak baca plak. Entah kan faham entahkan tidak. Hahahahahaha….


Sejak dua menjak ni dah mula baca novel. Padahal dulu Mr Jon mudah jelak kalau baca novel sebab terlalu banyak perkataan, mata boleh bulau lalu pening, mula lah tekak rasa loya nak muntah.


Selain itu, novel juga mampu mengancam kesihatan Mr Jon. Sebabnya Mr Jon tak tahan dengan kertas novel yang warna kekuningan itu dan kalau selak habuk-habuk kertas pun berterbangan. Novel yang menggunakan kertas seperti ini boleh membuatkan Mr Jon terbersin sampai selesema.


Masa sekolah dulu adalah juga baca novel macam Novel Bukit Kepong, Konserto Terakhir, The Return dan The Pearl. Itu pun sebab nak jawab SPM. Kalau tak jangankan nak baca pandang pun tidak.


Oh Ya!
Hampir terlupa pulak, novel AYAT-AYAT CINTA juga Mr Jon habis baca. Sebabnya , ketika itu satu rumah demam cerita ni. Mr Jon pada mulanya takde lah heran sangat. Habis tu kalau satu rumah duk baca novel ni, ulang tayang cerita ni berkali-kali siap download bagai, mesti ada sesuatu yang ‘sesuatu’ mengenai novel ni. Atas semangat ingin tahu yang tinggi Mr Jon pun mengambil inisiatif untuk membaca novel tersebut.


Sekali lagi jangan salah anggap novel ini juga ini tiada kena mengena dengan gurauan misi mencari cinta Mr Jon pada entry yang lalu. Novel AYAT-AYAT CINTA sudah menjadi isu klasik. Mr Jon baca time belajar kat Shah Alam ‘dulu’.


Eceh….'dulu'….padahal baru jer habis.


Setelah membaca novel ini, Mr Jon telah mendapat inspirasi dengan meletakkan gambar mata pada blog ini sejajar dengan kulit novel tersebut yang ada gambar mata. Kah….kah…kah....rahsia Mr Jon dah pecah di blog bukan di mulut.


Rumusannya di sini, Mr Jon sarankan anda semua bacalah buku demi memperolehi perkataan-perkataan ‘bombastic’ yang boleh digunakan ketika menulis di blog disamping menambahkan ilmu pengetahuan dan memperkayakan pembendaharaan kata anda.


Mr Jon beransur dulu ye. Semoga kita bertemu lagi di lain masa.




Nota Kaki :

1)Kalau nak buka blog ni gunalah Internet Explorer jangan guna Mozilla sebab Mr Jon update guna Internet Explorer.

2)Nanti blog ni kelihatan semacam kalau buka menerusi Mozilla.

3)Mr Jon juga tiada kemudahan internet di rumah.

4)Oleh itu ada kalanya setiap komen lambat dijawab.

5)Anda semua doakan Mr Jon cepat dapat kerja supaya mampu memiliki kemudahan internet di rumah.

6)Akhir kata, salam sayang dari Mr Jon buat anda di depan monitor.


April 20, 2009

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG LELAKI



Pagi itu tak seperti selalu. Tiada kicauan burung. Mendung berarak kelabu. Matahari masih enggan menunjukkan diri. Namun, dingin pagi masih terasa. Entah mengapa pagi itu terasa lain benar. Hatiku bagai disentak-sentak untuk ke tempat kerja. Sengaja aku keluar awal untuk menikmati pagi yang kelam itu. Ini pagi terakhir aku menaiki tren menuju ke tempat kerja.


Ingatanku berputar sejenak mengingati hari-hari ku menaiki tren menuju ke tempat kerja. Kerap kali aku merungut dengan perkhidmatan tren yang sering tergendala. Itu belum lagi aku menjeling dan ada tikanya aku mengeluarkan kata-kata yang kurang enak untuk didengari terhadap penumpang dungu yang kurang kesedaran siviknya kala menaiki tren. Ahhhhhh…… aku menarik nafas lega. Selepas ini tidak perlu lagi aku menghadap semua itu.


Tanganku pantas menekan butang lif sesampai sahaja aku di menara tempat aku bekerja. ‘Eh Mama,’ aku menegur rakan sepejabat yang membahaskan dirinya Mama. “Zul, awal hari ini,” balas Mama dengan senyuman manis yang terukir dibibirnya. Today is your last day kan? You gonna miss all this,” Mama terus-terusan berkata. Aku memandangnya dengan senyuman tanpa berkata walau sepatah pun. Nampak seperti aku tidak menghiraukan kata-katanya. Tapi sebenarnya aku cuba menidakkan hakikat yang hari ini hari terakhirku. Jauh di sudut hatiku, aku sedih kerana selepas ini mungkin aku tidak berpeluang bertemunya lagi. Mama yang ku kenali adalah seorang yang baik hati. Segala macam kerja yang aku kurang pasti akan segera ku usulkan kepadanya. Maklumlah pengalamannya melebihi 30 tahun.


Sebaik melabuhkan punggung di tempatku. Aku menghidupkan komputer. Jari-jemariku menari-nari di atas papan kekunci. Segera aku habiskan kerja-kerja terakhirku. Aku menyimpan semua data dan maklumat yang diperlukan supaya mudah bagi aku menyiapkan laporan untuk dipersembahkan kepada pensyarahku kelak.


Seketika kemudian, aku terdengar suara Mama memanggil semua staf di pejabat itu berkumpul di hadapan. Aku lihat ada sedikit jamuan di atas meja.


“Seperti kita sedia maklum salah seorang daripada pelajar praktikal di pejabat ini akan tamat latihan praktikalnya pada hari ini iaitu Zul. Oleh itu, kita persilakan Zul untuk memberi ucapan,” Mama mengepalai majlis pada pagi itu.


Aku terkesima. Tidak mampu menuturkan kata-kata. Muka ku merah disebabkan perasaan malu yang teramat sangat. Aku terdiam sejenak. Tidak kusangka rupanya mereka merancang majlis perpisahan buat diriku. Kala itu aku bertanyakan pada diriku. Siapa aku sehingga mereka meraikan aku sebegini rupa. Aku hanya seorang budak praktikal yang tidak bergaji. Kedatanganku di sini untuk melengkapkan program ijazah yang ku ambil. Kedatanganku di sini untuk menimba ilmu seberapa banyak yang mungkin.


Aku terasa diriku begitu kerdil sekali. Aku berdiri di kalangan mereka yang berpangkat besar yang ada diantara mereka bergaji menjangkau belasan ribu. Maklumlah aku bekerja di syarikat GLC. Sekali lagi aku bertanya pada diriku. Siapa aku sehingga mereka meraikan aku sebegini rupa.


Namun, aku gagahkan diri untuk memberi ucapan pada pagi itu.


“Saya malu,” itu perkataan yang pertama keluar dari mulutku.


Kata-kata ku itu disambut dengan hilai tawa.


“Ala…zul tak perlu malu-malu,” entah siapa membalas kata-kata ku itu.


“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan banyak mengajar saya semasa saya di sini. Pengalaman bekerja di sini adalah sesuatu yang amat bernilai buat diri saya. Ini merupakan langkah pertama saya dalam menggapai kejayaan gemilang di masa depan,’ aku memberi ucapan ringkas.


Mereka memberi tepukan. General Manager menyampaikan hadiah. Kedipan cahaya kamera bertubi-tubi menerjahku. Aku pula terus dibuai perasaan yang bercampur-baur, antara malu, sedih dan gembira.


Petang sebelum aku meninggalkan pejabat, aku bersalaman dengan semua staf. Pada mereka ku mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata-kata dan perbuatanku sepanjang aku bekerja di situ. Mereka sempat menitipkan pesan agar aku tidak memilih kerja. Kata mereka dalam ekonomi sekarang yang tidak menentu ini aku harus bijak mengambil setiap peluang yang ada.


Aku tenung meja tempat ku bekerja, aku renung bilik mesyuarat tempat aku berdiskusi, aku memandang wajah teman-teman seangkatan ku yang sama-sama menjalani latihan praktikal. Langkahku lesu takala aku meninggalkan pejabat pada petang itu.


Aku menuruni lif bersama-sama staf yang ku panggil Kak Watie. Walaupun aku memanggilnya kakak tapi beliau lebih tua daripada ibuku. Beliau kelihatan muda dan sentiasa tersenyum. Aku senang bersamanya. Aku sering bersarapan pagi bersamanya. Aku juga sering makan tengahari dengannya. Setiap kali aku makan dengannya pasti beliau yang membayarnya. Terkadang aku naik segan dibuatnya. Beliau banyak membantuku dalam menjalankan tugasan pejabat.


Sebelum berpisah aku bersalam dengannya. Aku cium tangannya. Padanya aku memohon keampuan.


“Kak Watie maafkan saya kalau saya ada buat salah dengan Kak Watie,” kata-kata ku tersekat-sekat. Aku menahan sebak. Entah kenapa aku emosi kali ini.


“Zul takde buat salah dengan Kak Watie, Zul dah macam anak Kak Watie. Jangan lupakan Kak Watie yer…...” Kak Watie membalas sambil mengusap bahuku.


Kelihatan titis-titis jernih bertakung di kelopak matanya. Pantas tangannya mengelap air mata yang hampir berjujuran itu.


Aku terdiam. Ku renung wajahnya. Dadaku berombak menahan sebak. Aku tidak mahu menangis. Ku tahan perasaan ku itu.


“Saya pergi dulu Kak Watie. Nanti kita jumpa lagi,’ aku menamatkan bicara petang itu.


Cepat-cepat ku atur langkahku meninggalkan tempat itu. Lagi lama aku di situ maka makin sebaklah hatiku. Jauh di sanubariku aku berjanji tidak akan melupakannya. Begitu juga dengan mereka yang lain. Aku membawa pulang bersamaku seribu satu kenangan. Aku kini optimis untuk memulakan hidup baru sebagai seorang lepasan siswazah.

Begitulah hari terakhir Mr Jon menjalani latihan praktikal industri. Mr Jon cuba menerapkan unsur-unsur cerita pendek (cerpen) dalam entry kali ini. Amacam? Ok? Hahahahaha…..Mr Jon tahu entry ini agak emosi sikit. Memang Mr Jon emosi hari tu tapi tak nak tunjuk. Malu seyyhhhh!

Yahoooooooooooooooo.com.my! Mr jon berasa sangat gumbira. Habis juga praktikal, lega rasanya. Kalau tiada aral menegak….eh menegak ke melintang ha? Lupa plak…. Mr Jon bakal menggenggam segulung ijazah. Insyallah, kalau di izinkan Allah.

Mr Jon habis awal seminggu tau. Nak tau sebabnya…..sebabnya Mr Jon seorang budak praktikal yang berdedikasi, komitment tinggi, tak pernah datang lambat dan hensem….

Aik! Tetiba lak hemsem. Ok itu tipu. Jangan percaya.

Sebab Mr Jon tak pernah ambil cuti. Oleh itu, mereka bagi Mr Jon habiskan cuti-cuti tersebut dengan harapan Mr Jon akan sahut program Cuti-Cuti Malaysia. Wang pun tiada bagaimana mahu pergi cuti-cuti.

Sasaran Mr Jon lepas habis praktikal ni adalah:

1. Memburu kerja.

2. Mengempiskan perut yang boroi.

3. Mencari cinta.


Hahahahahaha...objektif nombor 3 itu tidak benar! Gurauan semata-mata....

Anda semua doakan Mr Jon berjaya ya!


Sekian.

April 15, 2009

BELAH ROTAN ATAU BERLARUTAN

PIHAK PEREMPUAN:

Sungguh indah Tasik Chini,
Jauh mengalir ke Tanjung Puteri,
Tertanya-tanya pihak di sini,
Apa hajat datang ke mari.


PIHAK LELAKI :

Maaf la ye kami di sebelah lelaki ini tak pandai berpantun.



Tetttttttttttttt....... 1 – 0


Kemenangan pusingan pertama di pihak perempuan.


PIHAK PEREMPUAN:

Takpe, kalau tak pandai berpantun bersyair pun boleh…..


KEADAAN SEKELILING:

HAHAHAHAHAHA.......disambut dengan hilai tawa oleh pihak yang meminang.


Eh...eh...Gelak pulak...orang sindir la !


PIHAK LELAKI :

Kami datang ni bawa hajat besar ingin menyunting bunga di taman.


Eceh…..mereka mula menggunakan ayat berbunga-bunga mungkin sebab tak dapat jawab pantun tadi. Kiranya nak tebus balik la ni…… lalu mereka berpuitis. Takpe…takpe… kita bagi peluang.


PIHAK PEREMPUAN:

Bunga di taman kami ada dua kuntum nak yang mana satu…


Hahahahaha….Mr Jon suka! Jawapan standard untuk majlis pinang-meminang…..

PIHAK LELAKI:

Tentulah bunga mawar yang kembang mewangi.


Ha! Ekkk…lehhhhh apa engkorang ingat bunga kat taman ni dah layu ke? Semuanya kembang se-taman ok! Lagi satu mana engkorang tau bunga kat rumah ni bunga mawar? Kot-kot bunga orkid ke? Bunga raya ke? Bunga tulip ke? Bunga api ke?


Begitulah permulaan sebuah majlis pertunangan.



Anda mesti tertanya-tanya siapa yang bertunang?

Siap berpantun bagai, ada pihak perempuan dan pihak lelaki, pihak yang

meminang dan yang dipinang.




Adakah Mr Jon menyunting orang? Gotcha!

Atau orang menyunting Mr Jon? Ahaks!



Kedua-duanya tidak benar sama sekali. Sebenarnya, Mr Jon menghadiri majlis pertunangan sepupu tercinta. Seminggu sudah tiada entry baru di blog ini. Mr Jon ketandusan idea untuk dibuat modal penulisan. Puas medulla oblongata Mr Jon diperah dan dikorek…..tak dapat juga idea!

Akhirnya…..Nah! Ini dia buah tangan untuk pengunjung setia blog MELALUT. Selepas mendapat inspirasi dari majlis tersebut…….Mr Jon persembahkan entry MARI KITA BERTUNANG yang bertemakan ala Desa Inggeris.

Apa korang ingat kahwin jer ada tema……Ini jam punya zaman kalau bertunang pun kena ada tema tau! Serius Mr Jon tak tipu konsep hantaran pihak perempuan ala desa Inggeris.

Mr Jon rasa sekarang ni memang musim mamalia mengawan la. Mana taknya.....sana tunang sini kahwin lepas tu orang tu mengandung orang ni dapat anak.



Perut Mr Jon yang sedia boroi ni.......bertambah-tambah boroi asyik

mentedarah nasi minyak.

Ya Tuhan! Bahasa apa ni? Mentedarah! Mr Jon sila jaga bahasa anda….


Ketika sesi sunting-menyunting, petik-memetik bunga di taman itu, Pak Sedara Mr Jon selaku tukang kebun telah memarahi pihak lelaki kerana mereka petik bunga tak ikut prosedur.


Hahahahaha….ok…ok… Mr Jon melalut nak sedapkan jalan cerita.


Pak Sedara Mr Jon yang bertindak sebagai kepala majlis telah mengambil inisiatif untuk menerangkan konsep cincin belah rotan yang sebenarnya.


Contoh ayat:

1. Maslina menerima sebentuk cincin belah rotan daripada tunangnya.

2.“Syafa, mak nak dia bagi kamu sebentuk cincin belah rotan masa upacara batal air sembahyang nanti," kata ibunya dengan tegas.

3.“Wah! Cantiknya cincin belah rotan yang tunang kamu berikan ini,” kata Akma kepada Faizah.




Apa yang anda bayangkan kalau orang menyebut cincin belah rotan?

Adakah anda bayangkan cincin yang berbentuk seperti rotan yang

dibelah?

Tidakkah anda pelik, kadang-kadang cincin yang bermata berlian pun di panggil

belah rotan.



Ini jawapannya, menurut Pak Sedara Mr Jon ini…..asalnya ia bukan di sebut sebagai BELAH ROTAN tapi BERLARUTAN.

Maksudnya cincin yang dipakai ketika pertunangan mahupun akad nikah itu adalah simbolik kepada hubungan yang berlarutan sehingga ke akhir usia. Sebab itu ia di panggil cincin berlarutan bukan belah rotan.

Tapi biasalah spesis mamalia bernama manusia ni suka buat silap. Kalau dah turun-temurun di sebut belarutan mestilah bila sampai generasi bawah-bawah ni jadi lain bunyinya.


Selingan jap………Mulai sekarang sila jangan gunakan slogan,

"Semoga berkekalan hingga ke anak cucu"

Tapi gunalah slogan……

"Semoga berkekalan hingga ke akhir usia"

Kalau anak cucu maknanya selepas mendapat cucu anda akan bercerai.


Bersambung kembali…..

Malam sebelum majlis pertunangannya pula orang sibuk gulung daun sirih nak buat sirih junjung, Mr Jon pun tau mau mengalah……. nak juga gulung sirih tersebut.

Cett! Sirih yang Mr Jon gulung kat lidi bagi membentuk daun yang bertangkai tak jadi. Orang kata tangan takde seni.

Mengalah! Malas nak buat……

Mr Jon biarkan mereka hanyut dibuai khayalan menggulung sirih-sirih itu. Ketika sesi gulung menggulung sirih, Mak Ngah Mr Jon selaku orang yang bertanggungjawab mengepalai acara tersebut berceloteh mengenai sirih junjung.

Katanya, sirih junjung mesti diselitkan kapur dan gambir. Orang tua-tua kata tak elok kalau takde kapur dan gambir dalam sirih junjung tersebut. Tambahnya lagi, kalau adat Perak mereka bawa tepak sirih tak bawa sirih junjung.

Mr Jon juga sempat mengheret Miss Linna untuk menyaksikan majlis tersebut agar beliau dapat memahami konsep pertunangan dan perkahwinan masyarakat Melayu. Ini kerana beliau mengamalkan dasar pandang ke barat dalam hal-hal sebegini.

Sebelum majlis pertunangan tersebut berakhir. Pak Sedara Mr Jon sekali lagi berpantun.


PIHAK PEREMPUAN :

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Pihak lelaki ada apa-apa nak diperkatakan.


PIHAK LELAKI :

??????????


Tetttttttttttttt....... 2 – 0

Failed !


Mr Jon harap anda semua belajar sesuatu daripada entry ini. Harus diingat walau secanggih dan semoden mana pun kita pada hari ini adat dan budaya jangan di lupa.


Wasalam,

April 06, 2009

BUKAN KERANA RUPA


MAMBANG.. MARKA.. MATA AIR.. MAKWE


Walau apa pun istilahnya, ia tetap membawa kepada satu makna iaitu perempuan yang berkasih-kasihan dengan seorang lelaki yang bukan muhrimnya.


Maka apa kaitan pernyataan di atas ini dengan Mr Jon.


ADAKAH MR JON SUDAH BERPUNYA?

ATAU

MR JON INGIN DIPUNYAI?


Anda mesti tertanya-tanya apa kes entry Mr Jon kali ini. Ini bukan kes sivil, kes mahkamah atau pencil case. Kedua-dua pernyataan tersebut tiada kena-mengena dengan entry Mr Jon kali ini. Tapi ini soal hati dan perasaan. Mari Mr Jon bawa anda kepada situasi ini:


SITUASI 1: Ketika bersama kawan-kawan yang sudah lama dikenali.

Individu A:
Jon kau ni bila la nak ada girlfriend ?
Mr Jon: Kenapa?
Individu A: Muka hensem-hensem takde girlfriend.


SITUASI 2: Ketika bersama kawan-kawan yang baru dikenali.

Individu B:
Zul kau takde makwe ?
Mr Jon : Takde.
Individu B : Tipu la muka hensem macam ni takkan la takde makwe. Tak caya aku.....


SITUASI 3 : Pura-pura tidur tapi pasang telinga untuk mendengar
perbualan ibu dan adik perempuan.

Adik Perempuan: Ibu abang takde girlfriend ke?
Ibu: Entah….takde kot. Tapi kawan perempuan ramai.
Adik Perempuan:Muka hensem pun takde makwe ke?
Ibu: Kau tanya lah dia sendiri.
Mr Jon: Krohhhh....krohhhh...krohhh.. (berdengkur untuk mantapkan lagi lakonan)


SITUASI 4 : Ketika berkumpul bersama sanak-saudara di kampung.
Saudara-mara: Kome ni idak ke ade makwe.
Mr Jon: Takde
Saudara-mara: Issyyyhhh…. Tak caye teman….ghoper kome lawo-lawo ni takde
makwe. Ate… kat unibersiti tu idak ke ade yang berkenan.
Mr Jon: Takde
Saudara-mara: Bior teman caghi kan….
Mr Jon: Tak sior teman….


PERSOALANNYA SEKARANG!

SALAH KE ORANG HENSEM TAKDE MAKWE?

SALAH KE?

CUBA KORANG BAGITAU MR JON SALAH KE ORANG HENSEM TAKDE MAKWE?

SALAH KE?



OK! Anda semua diminta muntah sebanyak satu besen disebabkan terpaksa baca entry yang
berbaur masuk bakul angkat sendiri ni. Silakan muntah jangan segan-segan. Mr Jon faham
perasaan anda kerna terpaksa baca entry yang rendah tahap moralnya ini.

PADA MR JON,

Cinta itu bukan kerana paras rupa.
Cinta terbit dari perasaan sayang yang mendalam.
Cinta itu juga bukan sekadar kata-kata.
Cinta bukan boleh didapati di tepian pantai mahupun di puncak gunung.
Cinta adalah anugerah dari NYA yang tidak terhingga nikmatnya.


OK OK….STOP! Mr Jon bukan boleh mula bermadah pujangga ni jap lagi naik seh pula. Ya Tuhan! Apa kena dengan aku ni buat sajak cinta pula……hilang akal apa!


KEMBALI KITA KE PANGKAL JALAN……


Penulisan Mr Jon kali ini bukanlah hendak memuji diri jauh sekali mengatakan diri hensem. Tapi Mr Jon ingin katakan bahawa jodoh itu merupakan antara rahsia Allah. Kepada mereka yang tidak berpacaran janganlah gundah-gulana bermuram durja kerana semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz. Hanya menunggu saat dan tikanya sahaja. Kepada mereka yang sudah berpacaran semoga anda ke jinjang pelamin.


SEKIAN,


Wabillahitaufiqwalhidayah wasalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh.


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.