April 15, 2009

BELAH ROTAN ATAU BERLARUTAN

PIHAK PEREMPUAN:

Sungguh indah Tasik Chini,
Jauh mengalir ke Tanjung Puteri,
Tertanya-tanya pihak di sini,
Apa hajat datang ke mari.


PIHAK LELAKI :

Maaf la ye kami di sebelah lelaki ini tak pandai berpantun.



Tetttttttttttttt....... 1 – 0


Kemenangan pusingan pertama di pihak perempuan.


PIHAK PEREMPUAN:

Takpe, kalau tak pandai berpantun bersyair pun boleh…..


KEADAAN SEKELILING:

HAHAHAHAHAHA.......disambut dengan hilai tawa oleh pihak yang meminang.


Eh...eh...Gelak pulak...orang sindir la !


PIHAK LELAKI :

Kami datang ni bawa hajat besar ingin menyunting bunga di taman.


Eceh…..mereka mula menggunakan ayat berbunga-bunga mungkin sebab tak dapat jawab pantun tadi. Kiranya nak tebus balik la ni…… lalu mereka berpuitis. Takpe…takpe… kita bagi peluang.


PIHAK PEREMPUAN:

Bunga di taman kami ada dua kuntum nak yang mana satu…


Hahahahaha….Mr Jon suka! Jawapan standard untuk majlis pinang-meminang…..

PIHAK LELAKI:

Tentulah bunga mawar yang kembang mewangi.


Ha! Ekkk…lehhhhh apa engkorang ingat bunga kat taman ni dah layu ke? Semuanya kembang se-taman ok! Lagi satu mana engkorang tau bunga kat rumah ni bunga mawar? Kot-kot bunga orkid ke? Bunga raya ke? Bunga tulip ke? Bunga api ke?


Begitulah permulaan sebuah majlis pertunangan.



Anda mesti tertanya-tanya siapa yang bertunang?

Siap berpantun bagai, ada pihak perempuan dan pihak lelaki, pihak yang

meminang dan yang dipinang.




Adakah Mr Jon menyunting orang? Gotcha!

Atau orang menyunting Mr Jon? Ahaks!



Kedua-duanya tidak benar sama sekali. Sebenarnya, Mr Jon menghadiri majlis pertunangan sepupu tercinta. Seminggu sudah tiada entry baru di blog ini. Mr Jon ketandusan idea untuk dibuat modal penulisan. Puas medulla oblongata Mr Jon diperah dan dikorek…..tak dapat juga idea!

Akhirnya…..Nah! Ini dia buah tangan untuk pengunjung setia blog MELALUT. Selepas mendapat inspirasi dari majlis tersebut…….Mr Jon persembahkan entry MARI KITA BERTUNANG yang bertemakan ala Desa Inggeris.

Apa korang ingat kahwin jer ada tema……Ini jam punya zaman kalau bertunang pun kena ada tema tau! Serius Mr Jon tak tipu konsep hantaran pihak perempuan ala desa Inggeris.

Mr Jon rasa sekarang ni memang musim mamalia mengawan la. Mana taknya.....sana tunang sini kahwin lepas tu orang tu mengandung orang ni dapat anak.



Perut Mr Jon yang sedia boroi ni.......bertambah-tambah boroi asyik

mentedarah nasi minyak.

Ya Tuhan! Bahasa apa ni? Mentedarah! Mr Jon sila jaga bahasa anda….


Ketika sesi sunting-menyunting, petik-memetik bunga di taman itu, Pak Sedara Mr Jon selaku tukang kebun telah memarahi pihak lelaki kerana mereka petik bunga tak ikut prosedur.


Hahahahaha….ok…ok… Mr Jon melalut nak sedapkan jalan cerita.


Pak Sedara Mr Jon yang bertindak sebagai kepala majlis telah mengambil inisiatif untuk menerangkan konsep cincin belah rotan yang sebenarnya.


Contoh ayat:

1. Maslina menerima sebentuk cincin belah rotan daripada tunangnya.

2.“Syafa, mak nak dia bagi kamu sebentuk cincin belah rotan masa upacara batal air sembahyang nanti," kata ibunya dengan tegas.

3.“Wah! Cantiknya cincin belah rotan yang tunang kamu berikan ini,” kata Akma kepada Faizah.




Apa yang anda bayangkan kalau orang menyebut cincin belah rotan?

Adakah anda bayangkan cincin yang berbentuk seperti rotan yang

dibelah?

Tidakkah anda pelik, kadang-kadang cincin yang bermata berlian pun di panggil

belah rotan.



Ini jawapannya, menurut Pak Sedara Mr Jon ini…..asalnya ia bukan di sebut sebagai BELAH ROTAN tapi BERLARUTAN.

Maksudnya cincin yang dipakai ketika pertunangan mahupun akad nikah itu adalah simbolik kepada hubungan yang berlarutan sehingga ke akhir usia. Sebab itu ia di panggil cincin berlarutan bukan belah rotan.

Tapi biasalah spesis mamalia bernama manusia ni suka buat silap. Kalau dah turun-temurun di sebut belarutan mestilah bila sampai generasi bawah-bawah ni jadi lain bunyinya.


Selingan jap………Mulai sekarang sila jangan gunakan slogan,

"Semoga berkekalan hingga ke anak cucu"

Tapi gunalah slogan……

"Semoga berkekalan hingga ke akhir usia"

Kalau anak cucu maknanya selepas mendapat cucu anda akan bercerai.


Bersambung kembali…..

Malam sebelum majlis pertunangannya pula orang sibuk gulung daun sirih nak buat sirih junjung, Mr Jon pun tau mau mengalah……. nak juga gulung sirih tersebut.

Cett! Sirih yang Mr Jon gulung kat lidi bagi membentuk daun yang bertangkai tak jadi. Orang kata tangan takde seni.

Mengalah! Malas nak buat……

Mr Jon biarkan mereka hanyut dibuai khayalan menggulung sirih-sirih itu. Ketika sesi gulung menggulung sirih, Mak Ngah Mr Jon selaku orang yang bertanggungjawab mengepalai acara tersebut berceloteh mengenai sirih junjung.

Katanya, sirih junjung mesti diselitkan kapur dan gambir. Orang tua-tua kata tak elok kalau takde kapur dan gambir dalam sirih junjung tersebut. Tambahnya lagi, kalau adat Perak mereka bawa tepak sirih tak bawa sirih junjung.

Mr Jon juga sempat mengheret Miss Linna untuk menyaksikan majlis tersebut agar beliau dapat memahami konsep pertunangan dan perkahwinan masyarakat Melayu. Ini kerana beliau mengamalkan dasar pandang ke barat dalam hal-hal sebegini.

Sebelum majlis pertunangan tersebut berakhir. Pak Sedara Mr Jon sekali lagi berpantun.


PIHAK PEREMPUAN :

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Pihak lelaki ada apa-apa nak diperkatakan.


PIHAK LELAKI :

??????????


Tetttttttttttttt....... 2 – 0

Failed !


Mr Jon harap anda semua belajar sesuatu daripada entry ini. Harus diingat walau secanggih dan semoden mana pun kita pada hari ini adat dan budaya jangan di lupa.


Wasalam,

31 comments:

  1. yo Mr JOn..

    Miss LiNNa tlah belajar seswatu di dalam majlis pertunangan itu!

    so lepas nie Miss LiNNa nak tunggu kekaseh belikan cincin berlarutan..

    nebes la if majlis pertungan sendiri nanti..tak dapat dibayangkan dengan muke rakan-rakan yang kejam nak kacan Miss LiNNa nanti..


    =).

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.....kitorang tidak akan berlaku kejam kala Miss Linna ditunangkan nanti...

    ReplyDelete
  3. LOL.... br i tau maksud belah rotan..pdn la selama ni dok fikir mn lawa cincin belah rotan yang takda batu PERMATA besar tu....rupanya berlarutan...

    ok la... pasni klu bertunang nak suh mak mintak cincin berlarutan..bukan belah rotan..nant i dapat rotan terbelah je la pulak =P...huhu

    ReplyDelete
  4. alamak mr.jon...nak tambah lg..

    part pantun tu..oleh sbb i berkerjaya sebagai PR..nanti siapkan speech and juga pantun untuk wakil kedua2 belah pihak agar mengikut budaya nenek moyang kita...FOC okey ...kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Miss Iezy....
    Lama tidak bertemu....
    Sihat hendaknya yer....
    Mr Jon pun sebenarnya baru tahu....BERLARUTAN bukan BELAH ROTAN.... heheheheeh...macam2 kan...
    Ok nnt Mr Jon tolong Miss Iezy reka kan pantun siap dgn speech skali.... harga boleh runding..

    ReplyDelete
  6. hehe~
    sgt menarek entry neh..
    tang cincin belah rotan tu..
    mmg qema tgh imagine cincin yg dibuat dr rotan+tbelah dua..
    siyes..
    [tbe2 terase singkt btol pmikiran neh..huhu]

    ReplyDelete
  7. Tu la Qema org dulu-dulu ni suka bermetafora....
    Setiap tutur dan perbuatan mereka itu ada makna tersendiri...
    Sampai time kita new generation....dah tak main dah kiasan ni semua...

    ReplyDelete
  8. wee~~~
    mr jon nk nyebok gak neh...
    slmt la cincin berlarutan kl cincin belah rotan tu sbnrny diperbuat dr rotan mhu t'belah jari kl pkai..hhhaha..xsanggup..

    mr.jon gtaw sepupu ek..
    qilah wish die"selmt b'tunang"
    kpd tunang sepupu mr.jon lak"selmt menerima cincin berlarutan"

    ReplyDelete
  9. Hahahahaha....
    Betul gak tu Qilah....mau terbelah jari...
    elok2 nk bertunang trus jadi tragedi berdarah plak..

    ReplyDelete
  10. aku pun bru tau gak.
    tapi aku tak nak cincin berlarutan.
    aku nak ade diamond satu kt ats die.
    baru very sweet.

    cop3.
    pantun tu kene ade ke.
    kakak aku xde pun pantun2 ni.
    if ade pun, aku je yang pndi pantun2 dlm family.
    tak kan tetibe nak interrupt golongan tua.
    malu mereka nnt.

    aku ternanti2 pertunangan miss linna.
    sure kelakar gile.
    dengan muka bajet ayu.
    then kepala di dongak kan untuk di sarung kan cincin.
    kelakar!!

    ReplyDelete
  11. haha~
    entry yg sgt menarik..
    cetek sgguh ilmu miss mango ni..
    kalo bkn sbb sifu jon, mmg sampai tua la miss mango tak tau yg cincin belah rotan ni sebenanye cincin berlarutan..
    Just like iezy, miss mango pn igt cincin belah rotan tu, cincin yg takde permata+murah..
    har har har

    ReplyDelete
  12. hrumm..baru ku tau pe mksud belah rotan tu sebenarnye..hehehe..nice n3 Mr Jon.. :)

    ReplyDelete
  13. To Adela,
    Hahahahaha....bakal mak mertua Miss Linna akan memegang dagunya sambil mendongakkan mukanya...
    Mesti dia termalu-malu cam siput..hihihihi

    ReplyDelete
  14. To Miss Mango...
    Mr Jon cadangkan bila Miss Mango tunang nanti demand sikit kat bakal tunang nak cincin bertakhta batu permata berbentuk mango...

    ReplyDelete
  15. To Nabilah...
    Hi....
    Nabila, Mr Jon nak ucapkan thanks sebab bagi Mr Jon award...

    ReplyDelete
  16. ahaks..
    kelakar tol la sifu jon ni..
    hurm..bgs gak idea tu..
    tp kan, ade ke org nk tlg design eh??
    sila bg miss mango senarai pengukir2 batu permata kat m'sia ni..
    miss mango nk deal ngn dorang awal2..wahahaha!

    ReplyDelete
  17. Ala apa susah tempah je kat Rafflesia ke Habib Jewels ke Mandalay ke or Kedai Emas Poh Kong..
    Banyak kedai ada...
    Tapi kan make sure Miss Mango dapat calon yang kaya tau..hheheheheeh

    ReplyDelete
  18. hahahaha...ye2..
    maceh di atas nasihat mu itu..
    =D

    ReplyDelete
  19. "sepupu tercinta"???
    explain sikit...hahahaha...

    siot u ckp musim ni musim mamalia mengawan...
    hahahaha...

    nanti kene btg hidung sdiri baru tahu...
    ghee...

    ReplyDelete
  20. kate spring..musim mengawanlah...heheheheh..
    p/s: kalo x silaplah....:p

    ReplyDelete
  21. To Cik Jagong Manes,
    Adek Eder yang bertunang....

    ReplyDelete
  22. To odd_odc
    Oh ye ker Spring musim mengawan....
    Mr Jon ingat musim dingin adalah musim mengawan..

    ReplyDelete
  23. hamboi perbincangan dh merebak ke musim mengawan nampaknya...ni lobo la yg start..haha

    ReplyDelete
  24. kalo musim dingin tu rasenye spesis linna je kot yang mengawan...muahahahhaha......hai teringin plak nak mkn nasik minyak...lapalah....selamat petang malaysia!!!!

    ReplyDelete
  25. To Iezy....
    Musim mengawan adalah bagus utk menambah populasi manusia....

    ReplyDelete
  26. Hi odd_odc,
    Selamat petang,
    Linna mengawan tak kira musim....hahahahaha...
    jgn marah kawanku..
    Musim kemarau pun lagi lah dia atif...
    Kalau takde aral menegak thn depan merasalah nasi minyak cik linna....

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah...dah lama saya tgu nasik minyak linna.....

    ReplyDelete