April 20, 2009

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG LELAKI



Pagi itu tak seperti selalu. Tiada kicauan burung. Mendung berarak kelabu. Matahari masih enggan menunjukkan diri. Namun, dingin pagi masih terasa. Entah mengapa pagi itu terasa lain benar. Hatiku bagai disentak-sentak untuk ke tempat kerja. Sengaja aku keluar awal untuk menikmati pagi yang kelam itu. Ini pagi terakhir aku menaiki tren menuju ke tempat kerja.


Ingatanku berputar sejenak mengingati hari-hari ku menaiki tren menuju ke tempat kerja. Kerap kali aku merungut dengan perkhidmatan tren yang sering tergendala. Itu belum lagi aku menjeling dan ada tikanya aku mengeluarkan kata-kata yang kurang enak untuk didengari terhadap penumpang dungu yang kurang kesedaran siviknya kala menaiki tren. Ahhhhhh…… aku menarik nafas lega. Selepas ini tidak perlu lagi aku menghadap semua itu.


Tanganku pantas menekan butang lif sesampai sahaja aku di menara tempat aku bekerja. ‘Eh Mama,’ aku menegur rakan sepejabat yang membahaskan dirinya Mama. “Zul, awal hari ini,” balas Mama dengan senyuman manis yang terukir dibibirnya. Today is your last day kan? You gonna miss all this,” Mama terus-terusan berkata. Aku memandangnya dengan senyuman tanpa berkata walau sepatah pun. Nampak seperti aku tidak menghiraukan kata-katanya. Tapi sebenarnya aku cuba menidakkan hakikat yang hari ini hari terakhirku. Jauh di sudut hatiku, aku sedih kerana selepas ini mungkin aku tidak berpeluang bertemunya lagi. Mama yang ku kenali adalah seorang yang baik hati. Segala macam kerja yang aku kurang pasti akan segera ku usulkan kepadanya. Maklumlah pengalamannya melebihi 30 tahun.


Sebaik melabuhkan punggung di tempatku. Aku menghidupkan komputer. Jari-jemariku menari-nari di atas papan kekunci. Segera aku habiskan kerja-kerja terakhirku. Aku menyimpan semua data dan maklumat yang diperlukan supaya mudah bagi aku menyiapkan laporan untuk dipersembahkan kepada pensyarahku kelak.


Seketika kemudian, aku terdengar suara Mama memanggil semua staf di pejabat itu berkumpul di hadapan. Aku lihat ada sedikit jamuan di atas meja.


“Seperti kita sedia maklum salah seorang daripada pelajar praktikal di pejabat ini akan tamat latihan praktikalnya pada hari ini iaitu Zul. Oleh itu, kita persilakan Zul untuk memberi ucapan,” Mama mengepalai majlis pada pagi itu.


Aku terkesima. Tidak mampu menuturkan kata-kata. Muka ku merah disebabkan perasaan malu yang teramat sangat. Aku terdiam sejenak. Tidak kusangka rupanya mereka merancang majlis perpisahan buat diriku. Kala itu aku bertanyakan pada diriku. Siapa aku sehingga mereka meraikan aku sebegini rupa. Aku hanya seorang budak praktikal yang tidak bergaji. Kedatanganku di sini untuk melengkapkan program ijazah yang ku ambil. Kedatanganku di sini untuk menimba ilmu seberapa banyak yang mungkin.


Aku terasa diriku begitu kerdil sekali. Aku berdiri di kalangan mereka yang berpangkat besar yang ada diantara mereka bergaji menjangkau belasan ribu. Maklumlah aku bekerja di syarikat GLC. Sekali lagi aku bertanya pada diriku. Siapa aku sehingga mereka meraikan aku sebegini rupa.


Namun, aku gagahkan diri untuk memberi ucapan pada pagi itu.


“Saya malu,” itu perkataan yang pertama keluar dari mulutku.


Kata-kata ku itu disambut dengan hilai tawa.


“Ala…zul tak perlu malu-malu,” entah siapa membalas kata-kata ku itu.


“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan banyak mengajar saya semasa saya di sini. Pengalaman bekerja di sini adalah sesuatu yang amat bernilai buat diri saya. Ini merupakan langkah pertama saya dalam menggapai kejayaan gemilang di masa depan,’ aku memberi ucapan ringkas.


Mereka memberi tepukan. General Manager menyampaikan hadiah. Kedipan cahaya kamera bertubi-tubi menerjahku. Aku pula terus dibuai perasaan yang bercampur-baur, antara malu, sedih dan gembira.


Petang sebelum aku meninggalkan pejabat, aku bersalaman dengan semua staf. Pada mereka ku mohon kemaafan di atas ketelanjuran kata-kata dan perbuatanku sepanjang aku bekerja di situ. Mereka sempat menitipkan pesan agar aku tidak memilih kerja. Kata mereka dalam ekonomi sekarang yang tidak menentu ini aku harus bijak mengambil setiap peluang yang ada.


Aku tenung meja tempat ku bekerja, aku renung bilik mesyuarat tempat aku berdiskusi, aku memandang wajah teman-teman seangkatan ku yang sama-sama menjalani latihan praktikal. Langkahku lesu takala aku meninggalkan pejabat pada petang itu.


Aku menuruni lif bersama-sama staf yang ku panggil Kak Watie. Walaupun aku memanggilnya kakak tapi beliau lebih tua daripada ibuku. Beliau kelihatan muda dan sentiasa tersenyum. Aku senang bersamanya. Aku sering bersarapan pagi bersamanya. Aku juga sering makan tengahari dengannya. Setiap kali aku makan dengannya pasti beliau yang membayarnya. Terkadang aku naik segan dibuatnya. Beliau banyak membantuku dalam menjalankan tugasan pejabat.


Sebelum berpisah aku bersalam dengannya. Aku cium tangannya. Padanya aku memohon keampuan.


“Kak Watie maafkan saya kalau saya ada buat salah dengan Kak Watie,” kata-kata ku tersekat-sekat. Aku menahan sebak. Entah kenapa aku emosi kali ini.


“Zul takde buat salah dengan Kak Watie, Zul dah macam anak Kak Watie. Jangan lupakan Kak Watie yer…...” Kak Watie membalas sambil mengusap bahuku.


Kelihatan titis-titis jernih bertakung di kelopak matanya. Pantas tangannya mengelap air mata yang hampir berjujuran itu.


Aku terdiam. Ku renung wajahnya. Dadaku berombak menahan sebak. Aku tidak mahu menangis. Ku tahan perasaan ku itu.


“Saya pergi dulu Kak Watie. Nanti kita jumpa lagi,’ aku menamatkan bicara petang itu.


Cepat-cepat ku atur langkahku meninggalkan tempat itu. Lagi lama aku di situ maka makin sebaklah hatiku. Jauh di sanubariku aku berjanji tidak akan melupakannya. Begitu juga dengan mereka yang lain. Aku membawa pulang bersamaku seribu satu kenangan. Aku kini optimis untuk memulakan hidup baru sebagai seorang lepasan siswazah.

Begitulah hari terakhir Mr Jon menjalani latihan praktikal industri. Mr Jon cuba menerapkan unsur-unsur cerita pendek (cerpen) dalam entry kali ini. Amacam? Ok? Hahahahaha…..Mr Jon tahu entry ini agak emosi sikit. Memang Mr Jon emosi hari tu tapi tak nak tunjuk. Malu seyyhhhh!

Yahoooooooooooooooo.com.my! Mr jon berasa sangat gumbira. Habis juga praktikal, lega rasanya. Kalau tiada aral menegak….eh menegak ke melintang ha? Lupa plak…. Mr Jon bakal menggenggam segulung ijazah. Insyallah, kalau di izinkan Allah.

Mr Jon habis awal seminggu tau. Nak tau sebabnya…..sebabnya Mr Jon seorang budak praktikal yang berdedikasi, komitment tinggi, tak pernah datang lambat dan hensem….

Aik! Tetiba lak hemsem. Ok itu tipu. Jangan percaya.

Sebab Mr Jon tak pernah ambil cuti. Oleh itu, mereka bagi Mr Jon habiskan cuti-cuti tersebut dengan harapan Mr Jon akan sahut program Cuti-Cuti Malaysia. Wang pun tiada bagaimana mahu pergi cuti-cuti.

Sasaran Mr Jon lepas habis praktikal ni adalah:

1. Memburu kerja.

2. Mengempiskan perut yang boroi.

3. Mencari cinta.


Hahahahahaha...objektif nombor 3 itu tidak benar! Gurauan semata-mata....

Anda semua doakan Mr Jon berjaya ya!


Sekian.

41 comments:

  1. mencari cinta...??haha..xslh pun if nk mencari.. :)

    pape pun...wish u best of luck.. :)

    ReplyDelete
  2. uhuk2..sedih btul bace entry ni..
    ala2 bce cerpen kat mjalah remaja plak..hee~
    sifu jon, all the best to u!

    nnti mr.jon grad miss mango bg cukulet lg ye..
    hek3x..

    ReplyDelete
  3. Nabilah,
    Thanks atas ucapan itu....

    ReplyDelete
  4. Miss Mango,
    Mr Jon nak demand skit boleh...
    Mr Jon nak sejambak bunga yang diselitkan coklat ferero roche dan ada teddy bear yg pakai jubah graduasi kat dlm bunga tu....
    Hehehehehe....
    Miss Mango pun nnt grad dip kan...
    Congrats!

    ReplyDelete
  5. x silap aku ko buat main happy nak abis practical.
    ni jd emo lak.

    nnt turn aku lak practical.
    no!!!

    ReplyDelete
  6. huu~
    buleh2..
    tp tak special la kalo bg hadiah mcm yg sifu jon mintak tu sbb da slalu sgt kan org bg hadiah bunga,coklat n teddy bear for graduation day..

    i'll think of smthing else ya.. =P

    ReplyDelete
  7. wah..nmpk nye mr jon habis dlu neh dr qilah..isk..isk..
    bos,sy jugk mahu habis awl semggu...!!! sbb sy jugk "seorang budak praktikal yang berdedikasi, komitment tinggi, tak pernah datang lambat dan hensem…!!!!(hikhik..gurau je)
    nway wish u best of luck n sasaran mr.jon b'jya!!

    ReplyDelete
  8. tahniah mr.jon kerana berjaya menamatkan practical...
    ni nak tanye nih GLC tu ape?

    ReplyDelete
  9. Dear Mr.Jon~
    tajok N3 mu kali ini mmbuatku konpius sket..
    "HARI-HARI TERAKHIR SEORANG LELAKI"
    adakah Mr.Jon nk btuka jantina dlm mse tdekat??
    huhu~
    jgn mara ar..nnt kne jual~

    Congrats krn bjye mengharungi cbrn prac..
    plus mmbuatkn staff kt GLC jatoh chenta dgn perilaku Mr.Jon yg sopan santun+periang+ensem tu (mengikut firasat qema)

    Marila kiter sme2 nntikan Graduation Day~
    Excited rsenyer Qema bile nk GrAd ney..yey!!

    ReplyDelete
  10. To Adela,
    Memang la happy gila abis praktikal...
    Tapi bila ada mereka yang baik dgn kita msti rasa sedih...

    ReplyDelete
  11. Ya rabbi Miss Mango baeknya hati nak bagi Mr Jon hadiah.... Kalau cmni Mr Jon pun nk bg hadiah lah....Hahahahahahaha....

    ReplyDelete
  12. To Aqilah,
    Sindir Mr Jon ehhh qilah.....
    Hahahahahahaha.....Thanks for the wish
    Mr Jon pun doakan Qila berjaya jugak!

    ReplyDelete
  13. To Cik Odd,
    Thanks...
    GLC adalah singkatan kpd Government Link Company...

    ReplyDelete
  14. To Qema....
    Tajok entry ini adalah strategi Mr Jon nak tarik perhatian pembaca....
    Hahahaha...bunyinya mmg boleh disalah ertikan...
    Mr Jon pun tak sabar nak pg Graduation Day....
    Qema, Mr Jon tak hensem pun....hihihihihihihi..suka2 je nk puji diri sendiri...

    ReplyDelete
  15. wah..mr.jon dh berileks2 di rumah ye...dh siap report blum?

    lor...pe slahnya mr.jon mencari cinta dan mencari kerja sekali gus..haha

    ReplyDelete
  16. hey...y not if betul mencari cinta...now is the time. what r u waitg 4...?!huhu
    if u tolak cinta, it can be a good lesson 4 u....huhu

    ReplyDelete
  17. To Iezy....
    Report belum buat lagi....tapi dah bersenang-lenang duk umah mcm takde pedoman dah....
    Hahahahahahaha...

    ReplyDelete
  18. Aur....
    Mencari cinta....
    Itu statement giler jer....
    Mana mungkin cinta dicari2 En Aur...

    ReplyDelete
  19. Mr Jon mencari cinta..??

    Nak Miss Linna carikan tak..

    sbb sebelum nie prfession Miss Linna adalah match-maker..

    hahahah...

    sempena da abis practl nie gi la abiskan bace novel2 yang menunggu anda!

    ReplyDelete
  20. Hahahahahaha...
    ada-ada sahaja Miss Linna ini...
    ye ada 3 novel menanti untuk di habiskan....

    ReplyDelete
  21. amboi...
    ni bukannye article...
    ni novel dah tahap bahasa u ni...
    kemain lagi...
    berbunga2...
    kagum sgtttt...
    last but not least...
    semoga tercapai semua sasaran Mr Jon tu...
    especially yg no. 3 tu...
    sentap i bace taw...

    ReplyDelete
  22. Plusss...
    tajuk entry ni....
    sangat kelasssssssssssssssss...
    ala2 cerita melayu yg btitle...
    "hari2 terakhir seorang PELACUR"
    kelas sangat...

    ReplyDelete
  23. yg no. 3 tu asal lak x btol??
    ko xpnh nk mencuba ke jon?

    ReplyDelete
  24. Hahahahahaha....
    Mr Nael jgnlah berkat begitu....
    Ini cerpen tahap remaja mcam yg dikatakan Miss Manggo...
    You ni mmg bijak teka...mmg I mendapat inspirasi dripada title cerita Melayu yang you cakapkan di atas itu...

    ReplyDelete
  25. Ya Ampun....
    Kenapa semua org nk komen objektif no 3 itu...
    Punyalah panjang berjela Mr Jon tulis tetap org nak komen objektif no 3 yang dua perkataan itu...
    Alizey....
    Mr Jon nk tunggu org menyunting Mr Jon...GOTCHA!
    Hihihihihii...kira perigi cari timba lah ni...
    Alizey rasa ada tak?

    ReplyDelete
  26. zul...
    aku terlambat bce post ko...
    alaaa..dramatik sgt..
    nanti la aku suggest nme ko kat karangkraf...
    kerja tulis novel..sungguh puitis...bergelinangan airmata aku...tapi aku thn..heee...

    practical da abes...
    so...kne ler cri keje..x kan nak ddk umh kan..
    so,aku ucapkan semoga berjaya la yer...
    free2 2 singgah la melawat kami kat S.Alam..
    Chow!!!!

    ReplyDelete
  27. Hi Famy.....
    Hahahahaha....jgnlah sampai begitu sekali eksperesi kau...
    sampai bergelinangan air mata...
    Melampau tu! Kau sindir aku ek...
    Thanks atas ucapan kau itu...
    Kau juga..semoga berjaya kawanku...
    Buktikan pada NUSA DAN BANGSA bhw kau FAMY YANG HEBAT!
    hihihihihihi...
    Insyallah ada kesempatan akan ku tiba di Shah Alam...

    ReplyDelete
  28. hahahahaha!
    hahahahahahhahahaha....
    huahuahuahuahaua...

    [sifu jon, nthing to say act..bace komen2 dari mereka2 ni wat miss mango rase mcm kne geletek je..muahahahaha! i just cant stop laughing..dorang ni sgt kelakar. especially nael.]

    p/s: semua followers blog mr.jon tak sabar nk bace post mr.jon yg bertajuk "hatiku sudah dimiliki" cpt2 la cari jodoh ye.. =)

    ReplyDelete
  29. haip~
    ok im new on ur blog site.ok sangatlah jujur kan..wahaha~
    btw,percaya atau tidak i just finished read satu blog kamooo(gila ah membuang masa)..hoho~haruslah bagitahu since i just be one of ur followers(katalah bahawa kamoo tidak kesah).dont you?..gile ah~

    ReplyDelete
  30. Miss Mango...
    Jgn gelak kuat2 tak manes tau dara pingitan gelak kuat2.... hihihihihihih

    Mr Nael tu mmg suka jalan2 kat blog org sambil cari pasal...hihihihihihi...

    Alamat berjanggot la Miss Mango nk tunggu entry Hatiku sudah dimiliki...

    ReplyDelete
  31. Hi Looking Back...
    Welcome to Melalut....
    Ya Allah sape suruh Cik Looking Back baca satu blog.... mmg membuang masa dan tenaga...
    Simpanlah sikit utk masa depan...
    Hahahahaha...
    Aiman mmg tak kesah....eh...Mr Jon tak kisah malah sgt gumbira tidak terkata...
    Ada juga org nk baca blog yg tak seberapa ini....
    Salam perkenalan Looking Back....
    Anyway what should I call you...

    ReplyDelete
  32. lol..you can call me lookingback la.or untuk menambah kan kesedapan lookinggood(gila bajet bagus)..tipo semata ok..

    ok2 saya lookingback(tuka saya ikut keselesaan eh, aku pon xkesa).chill..

    eh btw kan kate pada manager mr.jon.common la manager apedahal monitor/cpu/pc(whateverla it is)?..zaman maju mr.jon guna laptop sahaja. hahaha(sopan sambil menutop mulut~)..

    ReplyDelete
  33. oppss!
    miss mango gelak over eh??
    hee~sorry..

    mane sifu jon tau lmbt lg?
    tup2, by next week da ade..hik2..
    sape tau kan..

    ReplyDelete
  34. Looking Back....
    Mr Jon tak nak derhaka ngan Manager sbb time tu budak baru...
    Kecut perot.....
    Kang tak pasal2 Mr Jon cipta sejarah baru...
    Budak Intern pertama kena tendang kuar....
    Siapa yg malu...
    Mr Jon dan keluarga juga yang malu....

    ReplyDelete
  35. Hahahahahaha...ada2 je Miss Mango ni...
    Sat gi masin mulut Miss Mango abis la Mr Jon....

    ReplyDelete
  36. ape plak abis..
    bgusla kalo masin..
    mintak2 masin la mulut miss mango ni..
    cpt amin kan..
    ihihihi..

    ReplyDelete
  37. mr.jon bizi ke? kenape takde topik baru?

    ReplyDelete
  38. Good Luck!!! Sy doakan anda berjaya mengecapi apa yang dihajati.

    ReplyDelete
  39. Cik Odd....
    Mr Jon tgh busy buat report praktikal...
    Nnt Mr Jon buat topic baru...

    ReplyDelete