April 02, 2009

PERIHAL EARTH HOUR



Minggu lepas heboh saentero dunia bercakap pasal Earth Hour. Tak perlu Mr Jon terangkan apa kejadahnya Earth Hour itu. Sekiranya anda tidak membutakan mata mentulikan telinga anda pasti tidak terlepas dari publisiti meluas kempen ini.


Sabtu 28 April 2009 kira-kira jam 12 tengahari, Mr Jon menaiki tren menuju ke stesen Hang Tuah. Dari tingkap tren Mr Jon ternampak api menjulang tinggi beberapa orang dilihat sedang membakar sesuatu. Sisa pepejal barangkali. Dalam hati Mr Jon….

Earth Hour konon!

Tren berhenti di sebuah stesen, sekumpulan gadis-gadis sunti menaiki tren. Tren menjadi hingar-bingar. Sedetik kemudian Mr Jon terdengar perbualan ini,



"Wei malam ni Earth Hour doh...


Kita overnight lah!


Kau cakap ar ngan mak kau….. kau tido umah aku malam ni"

Mr Jon panas telinga, terasa ingin sekolahkan gadis-gadis sunti ini di situ juga. Beginikah cara mereka menyahut seruan kempen ini ?


“Mak malam ni tutup lampu tau, padam elektrik”

“Ahhh….. malam ni aku nak tengok AF”

Tidak berjaya saranan kawanku itu terhadap emaknya.

Di sana sini ada acara countdown Earth Hour. Apa kejadahnya semua itu? Segala macam peralatan elektrik sebelum countdown sudah melipat gandakan penggunaan tenaga elektrik, dari lampu neon yang berkedi-kedip, pembesar suara dan segala macam tok naduk yang bernyala dan berbunyi. Ironinya tepat jam 8:30 semuanya di hentikan sehingga jam 9.30 malam.


Sedangkan sekiranya tiada kempen ini maka tiada acara pentas seperti ini. Keadaan seperti biasa. Penggunaan elektrik seperti biasa. Tetapi disebabkan kempen ini penggunaan tenaga elektrik menjadi luar biasa.


Bukankah ini menambahkan pemanasan global?


Konsert, gelap, malam……elemen-elemen ini cukup mengheret anak-anak muda berembun sampai ke pagi. Seterusnya anda pasti tahu babak apa yang akan terjadi kalau nafsu menguasai akal.


Malaysia Boleh!


Slogan ini menurut guru Mr Jon salah dari segi subjek dan predikatnya.


Tapi itulah Malaysia, membolehkan semua perkara. Kalau orang putih buat kempen kemain lagi kita menyahutnya. Kerajaan buat kempen kitar semula sampai sekarang pun tak berjaya. Tong kitar semula berbagai warna tu jadi hiasan jer. Tong tu elok buat isi air time krisis air nanti.


Kelmarin Mr Jon terbaca di akhbar TNB catat kerugian 550 mw akibat kempen ini. Ini bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40tt setiap satu. Mungkinkah kestabilan saham TNB yang disukai ramai itu akan tergugat disebabkan kempen ini?


Menariknya, menurut TNB permintaan memuncak begitu cepat pada pukul 9.30 malam mengikut pola permintaan yang biasa pada petang Sabtu. Ada kempen ke takde kempen ke sama sahaja.


Rasanya atuk Mr Jon di kampung terlebih dahulu buat kempen padam lampu.

Pantang betul dia kalau semua lampu dihidupkan. Kalau cucu dia hidupkan lampu

bilik air dan pada masa yang sama cucunya menghidupkan juga lampu dapur sebab

bilik air terletak di dapur. Beliau pasti mengambil inisiatif untuk memadamkan

lampu dapur itu. Kadang-kadang kalau balik kampung Mr Jon rasa seperti hidup di

zaman lampau kerana semua lampu dipadamkan. Tetapi tanpa Mr Jon sedari, rupa-

rupanya atuk Mr Jon telah mengurangkan pemanasan global.


ATUK SANGAT HEBAT!


Adakah atuk atau nenek anda melakukan perkara yang sama?

Mr Jon bukan berpandangan negatif tapi cuma mahu bersikap realistik kempen padam lampu satu jam pada suatu malam mungkin berkesan meningkatkan kesedaran awam tetapi gagal mendidik manusia menjaga alam dalam jangka masa panjang.


Di satu sudut yang lain Malaysia pasti dipandang serong kalau tak sertai kempen ini. Ye lah....kan satu dunia ikut sama kempen ini. Nanti jadi macam US pulak tak nak ikut Perjanjian Kyoto. Apa pulak kata orang nanti.......

Ok cukuplah setakat di sini entry berciri ilmiah dan kritikan ini. Sehingga kita bertemu di lain masa.

22 comments:

  1. bagus kajian yg ko wat ni...
    nampak kesan sebenar kempen ni.
    kebaikan nampak kat 1 sudut jek iaitu sokongan terhadap kempen pemanasan global.
    padhl byk keburukkan kan. terutama dikalangan budak2 sekolah yg g sekolah tp cam xsekolah ni...
    apa nk jd...
    kdg2 nampak cam org bandar pandai tapi bodoh kan huhu
    pasal TNB 2, xksah r dia rugi skjap. dah btahun2 dia kenyang untung telan duit rakyat..

    ReplyDelete
  2. Hahahaha...TNB telan duit rakyat.....
    Dorang kan monopoli En Aur.... Nak kata ape lagi..

    ReplyDelete
  3. huu~
    entry neh adalah pengakuan yg agak berani mati la mr.jon..

    btw, mcm2 hal yg da jdk kt msia skang neh kn..
    kiter sbg belia yg cemerlang pon xdpt nk wat pape..
    mgkin 1 ari nnt bila ade antara kiter yg menerajui negara barulah ok kn..[berangan sekejap...]

    mr.jon jdk perdana menteri ke~
    bley la wat perubahan...
    *winks*

    ReplyDelete
  4. Qema janganlah cakap entry neh adalah pengakuan yg agak berani mati.....
    Bunyinya dah macam pengebom berani mati plak....
    Hihihihihi...Qema nak suruh Mr Jon jadi PM....Qema dah hilang akal ape? Mr Jon ni mengaji pun tak lepas lagi...
    Ok kalau camtu Qema bertanding Ketua Wanita UMNO tak pun Puteri UMNO.....
    HA! Baru cara....

    ReplyDelete
  5. hehe~
    ok lah kiter tuka kepada ---> berani kerana benar takot kerana salah
    abaikan statement berani mati td~

    Mr.jon nk suroh qema jdk Ketua Wanita UMNO ye???
    bak kate pepatah..
    selisih malaikat 44~ [ade ke pepatah nie??]

    ReplyDelete
  6. setelah membace post dan komen yg tertera di page mr.jon ni..ntah knp tibe2 miss mango terasa spt berada di parlimen plak..

    Mr.Jon, memandangkan en. aur dan cik qema da bg ulasan utk topik ni, jd miss mango x b'cadang nk ulas ape2 KERANA.........
    post mr.jon kali ini membuatkan miss mango begitu kagum..

    skali lg miss mango nk bgtau,
    mr.jon..
    anda seorang penulis yg baik..
    keep it up fren!

    *sudikah mr.jon m'jadi guru bahasa melayu miss mango?* =p

    ReplyDelete
  7. Miss Mango....Mr Jon terharu atas pujian tersebut...Terima kaseh Miss Mango...
    Sob...sob..sob....(seperti biasa menangis...)

    Hahahaha....Parlimen? Mungkin Parlimen kerajaan Pasir dua butir....yang mana Menteri Pasola belot terhadap kerajaan tersebut.HihihihihI...

    Janganlah berkata begitu Miss Mango ilmu Bahasa Melayu Mr Jon tidaklah setinggi mana...Sering sahaja membuat kesilapan tatabahasa...Tidak layak bergelar guru...

    ReplyDelete
  8. Kelmarin Mr Jon terbaca di akhbar TNB catat kerugian 550 mw akibat kempen ini. Ini bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40tt setiap satu. Mungkinkah kestabilan saham TNB yang disukai ramai itu akan tergugat disebabkan kempen ini?

    ya memang saham TNB menjadi kegilaan ramai.
    walau bagaimanapon kedudukan mereka tak kan tergugat kerana kita masih perlukan tenaga dan selagi kita mengunakan pekhidmatan meraka,dan selagi itulah mereka mengusai peratusan tertinggi saham Malaysia.

    =)

    mari kita pakai lilin seumur hidup..

    ReplyDelete
  9. Itu dia kata-kata seorang Unit Trust Practitioner!
    Harus Mr Jon dapatkan saham itu walau satu unit sekalipun....

    ReplyDelete
  10. wahahahahaha! ckp pasal menteri pasola, terus miss mango t'bayang muke si jasonking buang air besar..

    bnyk mane la slh yg mr.jon buat kalo nk dibandingkan dgn keslhn yg miss mango wat? for me, there's nothing wrong with ur grammar..
    kalo xmo pgl guru, pgl teacher buleh?? hee..

    ReplyDelete
  11. Panggil sahaja Sifu....
    hahahaha...lagi over...

    ReplyDelete
  12. betul3.
    kite padam kan lampu selama sejam tp lepas tu kite bukak balik lampu kat setiap perosok rumah selama 2 jam tanpa henti.
    then lepas earth hour sampah berlonggok2 kat mane2.
    kesian kat pemanasan global jd derita kat pencemaran alam lak.
    maybe mereka2 tu berniat baik hendak mengurang kan pemanasan global tp kaedah mungkin x sesuai dgn iklim manusia2 di malaysia.

    aku pun da lame kurangkan pemanasan global tp mls nak heboh kat org.
    x caya g uma aku afta 9.
    sure gelap je uma aku.
    aku xsuke tgk tv bukak lampu.
    x feel.

    ReplyDelete
  13. Hahahahaha....bijak sekali Cik Adela mengutarakan pandangan....
    Mr Jon pun suka tgk TV dalam gelap....
    Baru fokus dan rasa cam tgk wayang....
    Ok nnt after 9 Mr Jon curi-curi tgk uma Cik Adela....

    ReplyDelete
  14. em..
    daku xthu siapa anda, tp daku sdkt kagum dgn anda..
    rse terhibur membace blog anda..
    truskan ye..chaiyok2!
    (^_^)

    ReplyDelete
  15. hoho~ sifu yer..
    baiklah sifu jon..uhuks

    ReplyDelete
  16. Hi Cik Aku Chenta Dia...
    Thanks kerna melawat blog ini....
    Salam perkenalan....
    Apa patut saya panggil anda?

    ReplyDelete
  17. Miss Mango ni ada-ada sajer....

    ReplyDelete
  18. sifu jon, pgl dia nanano..
    hik3x..
    [miss mango wakil dia tlg bg jwpn utk soalan sifu jon itu..] =P

    ReplyDelete
  19. anda buleh pggl sy nana..he

    ReplyDelete
  20. earth hour tak memberi kesan kepada SAYA!... cmne tutup lampu pun kami still on tv,kipas, fridge,charger hp,masak air gne cerek elektrik dan sebagainya lah....

    situasi dekat oversea saya kurang pasti mcm mn..tp kat malaysia selain menggalakkan perampok,maling,peragut juga menaikkan peratus maksiat anak2 muda serta yang dh tua...waktu bergelap la mereka wat ntah pape...

    ReplyDelete
  21. Benar sekali Iezy....
    Dikala kegelapan itulah berbagai-bagai benda boleh terjadi....

    ReplyDelete